PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERIKANAN MODEN DAN PERUBAHAN PERANAN KAUM WANITA DI PERKAMPUNGAN NELAYAN ARTISENAL RU SEMBILAN, PATTANI, THAILAND

Main Article Content

Mohammad Raduan Mohd Ariff
Amaluddin Bakeri
khairul Ariffin Abdul Samad

Abstract

Kertas ini membincangkan tentang perkembangan teknologi perikanan moden di perkampungan nelayan artisenal Ru Sembialan, Wilayah Pattani, Thailand.  Perkembangan teknologi perikanan moden telah menyebabkan perubahan peranan kaum wanita di perkampungan nelayan tersebut. Bahagian awal penulisan ini akan menjelaskan tentang perkembangan industri perikanan dan kemasukan teknologi perikanan moden oleh golongnan pemodal Cina Siam di Wilayah Patani.  Bagi meneliti perubahan yang perlaku, penulisan ini akan menjelaskan terlebih dahulu peranan yang dimainkan oleh kaum wanita di Kampung Ru Sembilan sebelum tahun 1970.  Tempoh tersebut diambilkira memandangkan titik-tolak kemasukan dan perkembangan teknologi perikanan moden di Kampung Ru Sembilan adalah sekitar tahun 1970.  Seterusnya, perbincangan akan mengupas perubahan peranan kaum wanita pada masa kini yang berlaku akibat pembangunan dan perkembangan teknologi perikanan moden di atas (copied from the paper).

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles