KAMPUNG AIR NELAYAN TRADISIONAL DI MUARA SUNGAI KAPUAS, KALIMANTAN BARAT, INDONESIA: SATU TINJAUAN

Main Article Content

Mohammad Raduan Mohd Ariff

Abstract

Artikel ini memaparkan penemuan hasil penyelidikan kerja lapangan di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonresia yang telah dilaliukan pada bulan Mei dan Jun 1998. Kajian telah dijalankan di beberapa buah kampung air di muara Sungai Kapuas, antaranya termasuklah Kampung Sepak Laut Kampung Selubuk, Kampung Pantai Banjai, dan Kampung Sungai Kakap. Penyelidikan tersebut merupakan sebahagian daripada rangka penyelidikan yang lebih menyeluruh di bawah taJuk "Petempatan Kampung Air di Pulau Borneo: Satu Kajian Perbandingan". Kajian ini ditaja oleh Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam. Perlu dijelaskan, penulisan ini sepenuhnya berdasarkan kepada pemerhatian dan hasil tembubual pengkaji dengan penduduk setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles