PELABUHAN SINGAPURA: KE ARAH PEMBINAAN SEBUAH PELABUHAN LAUT DALAM, 1930-1941

Main Article Content

Hanizah Idris

Abstract

Pelabuhan Singapura merupakan sebuah pelabuhan muara sungai yang mula dibangunkan oleh pihak British pada tahun 1819. Bermula di pangkalan Sungai Singapura, peIabuIan ini telah berjaya menarik pedagang-pedagang Cina, Melayu dan Bugis dari rantau Asia Tenggara untuk berdagang di pelabuhan tersebut. Kepesatan perdagangan dan perkapalan di pelabuhan Singapura telah membawa kepada perlunya memperluaskan kawasan peIabuhan dari muara sungai Singapura ke bahagian selatan pulau tersebut iaitu di Tanjong Pagar dan New -Harbour). Selain daripada perkembangan perdagangan, perubahan dalam teknologi perkapalan wap di barat serta pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 turut mempengaruhi pembinaan sebuah pelabuhan laut dalam yang moden di Singapura. Walau bagaimanapun hanya pada pertengahan abad ke 20 pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pentadbir pelabuhan iaitu The Singapore Harbour Board untuk mewujudkan sebuah pelabuhan laut dalam yang moden di Singapura.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
IDRIS, Hanizah. PELABUHAN SINGAPURA: KE ARAH PEMBINAAN SEBUAH PELABUHAN LAUT DALAM, 1930-1941. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 10, p. 137-149, dec. 2005. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6444>. Date accessed: 22 may 2019.
Section
Articles