Kes Pemecatan Tertunggak Di Mahkamah Perusahaan
Adakah Penyelesaiannya Dengan Meminda Akta Perhubungan Perusahaan 1967?
Abstract
Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 merupakan satu seksyen yang memberikan laluan kepada pekerja yang telah dipecat tanpa alasan atau sebab yang munasabah untuk mendapat pembelaan. Remedi yang disediakan pula adalah untuk diambil bekerja semula, suatu remedi yang tiada dalam Common Law jike tuntutan dikemukakan di Mahkamah Sivil. Keadaan ini menyebabkan seksyen ini begitu "hidup" berbanding dengan seksyen lain dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Sehingga April 2004, sebanyak 7,000 kes lagi masih dalam proses perbicaraan. Untuk mengatasi masalah kes tertunggak ini, Yang Berbahagia Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Ong, telah mencadangkan supaya pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dibuat. Pindaan yang dicadangkan ini akan meletakkan pekerja yang berpendapatan di bawah RM5,000 sahaja sebagai berhak untuk mengemukakn kes pemecatannya kepada Mahkamah Perusahaan. Mereka yang berpendapatan lebih daripada itu hendaklah mengemukakan kes mereka ke Mahkamah Sivil. Adakah cadangan ini sesuai? Adakah jumlah pendapatan yang dicadangkan itu sesuai? Makalah ini akan cuba memberikan jawapan kepada persoalan ini.