Terma Dan Syarat Kontrak Pekerjaan Pekerja Kanak-Kanak Dan Orang Muda
Terlindungkah Mereka Di Sisi Undang-Undang?
Abstract
Malaysia tidak menjadikan sistem pendidikan sebagai sesuatu yang wajib. Apa yang disediakan hanyalah peluang pendidikan kepada semua rakyatnya bermula daripada peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Tanpa menjadikan pendidikan sebagai sesuatu yang wajib, maka sudah tentulah akan terdapat keadaan-keadaan di mana para pelajar yang tidak mampu meneruskan pelajaran mereka atas sebab-sebab tertentu, perlu bekerja. Makalah ini akan membincangkan sejauhmanakah undang-undang melindungi golongan dan syarat kontrak pekerjaan dan Akta khusus yang diadakan untuk golongan ini, iaitu Akta (Pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 (selepas ini dikenali sebagai "Akta"). Perbincangan ini adalah terhad hanya kepada Malaysia Barat kerana Akta ini hanya terpakai di Malaysia Barat dan ianya mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 1966.