MANIFESTASI SOSIOBUDAYA DALAM LAGU RAKYAT MELAYU PATANI DAN MALAYSIA SOCIOCULTURAL MANIFESTATION IN FOLK SONGS OF THE MALAY PATANI AND MALAYSIA

Main Article Content

Aminoh Jehwae

Abstract

Lagu rakyat merupakah sebuah khazanah sastera yang menjadi bahan untuk mengenali budaya dan tamadun bangsa. Lagu rakyat dicipta atas usaha untuk merakamkan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berkaitan dengan gaya hidup setempat, khususnya mencakupi sejarah, kesenian, kebudayaan dan adat istiadat orang Melayu di alam Melayu. Kajian ini telah memilih lagu rakyat dari dua buah tempat, iaitu wilayah sempadan Selatan Thai dan kawasan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Di dua kawasan ini telah ditemui beberapa khazanah warisan Melayu dalam bentuk lagu yang asalnya dituturkan atau dilagukan secara lisan dan kemudiannya didokumentasikan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis manifestasi elemen sosiobudaya dalam lagu rakyat Melayu Patani dan Malaysia serta memahami peranannya dalam melestarikan warisan budaya masyarakat Melayu di tengah-tengah cabaran globalisasi. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu pemerolehan data adalah melalui sumber kepustakaan dengan menerapkan teori ekologi budaya dalam menganalisis data. Melalui kajian ini khalayak dapat mengetahui peranan sastera lisan terhadap pembentukan tamadun sesuatu bangsa yang dapat dikesani melalui genre lagu.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Aminoh Jehwae. (2024). MANIFESTASI SOSIOBUDAYA DALAM LAGU RAKYAT MELAYU PATANI DAN MALAYSIA: SOCIOCULTURAL MANIFESTATION IN FOLK SONGS OF THE MALAY PATANI AND MALAYSIA. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 7(1), 95–114. Retrieved from https://jati.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56718
Section
Articles

References

Carol R. E. & Melvin, M. (1996). Teori dan metoda antropologi budaya. Dalam T. O. Ihromi (Ed.), Pokok-pokok antropologi budaya. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Danandjaja, J. (1984). Folklore Indonesia. Jakarta: Penerbit PT Grafiti.

Daud, H. (2011) Tradisi lisan dan pelancongan di Malaysia: satu saranan. Dalam: Festival & Seminar Kebangsaan Tradisi Lisan Dan Keusahawanan Warisan, 16-18 Oktober 2011, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Bachok, Kelantan.

Din. (2007). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Driss, S. (2006). Lagu rakyat di Sarawak: Pemuliharaan dan perubahan sosial. Dalam R. A. Hamid & J. Ilias (Eds.), Lagu rakyat: Memupuk kesantunan Melayu (hlm. 90-105). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harris, M. (1984). Kemunculan teori antropologi: sejarah teori-teori kebudayaan (Norazit Selat, Hashim Awang, Penterjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menon, N. (2005). Permainan, lagu dan puisi kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

Mohd, F. H. et al. (2019). Falsafah, bahasa dan pemikiran Melayu dalam lirik lagu Bangau Oh Bangau dan Burung Kenek-kenek. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(6), 14-26.

Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia. (2024, Jun 18). Dato Aripin Said. Diakses dari [http://www.arkib.gov.my/web/guest/607]

Said, A. (2002). Nyanyian rakyat. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Said, A. (2004). Nyanyian rakyat mencari khazanah yang hilang. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Selat, N. (1989). Konsep asas antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selat, N. (2006). Indung: Lagu rakyat dari Hulu Tembeling, Pahang. Dalam R. A. Hamid & J. Ilias (Eds.), Lagu rakyat: Memupuk kesantunan Melayu (hlm. 45-58). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

White, L. A. (1947). The Science of Culture: A Study of Man and Civilization. New York: Grove Press.

Yasalae, & et al. (2012). Lagu rakyat Melayu daerah Yingo, wilayah Narathiwat. Bangkok: The Thailand Research Fund (TRF).