SEJARAH MELAYU SEBAGAI LAMBANG TRADISI AKAL BUDI BANGSA YANG TINGGI

Main Article Content

Norazimah Zakaria
Abdul Halim Ali
Azhar Wahid
Ani Omar

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi mitos dan legenda yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Seterusnya, menghuraikan tahap proses kreativiti pengarang tradisi dalam mengangkat Sejarah Melayu sebagai sebuah teks yang mempunyai pemikiran dan akal budi bangsa Melayu yang tinggi. Makalah ini akan menggunakan teori sosiologi sastera Ken Plummer (1997). Pada 13 Mei 1612 Tun Seri Lanang atau namanya Tun Muhammad yang digelar Bendahara Paduka Raja diminta mengarang Sejarah Melayu oleh Raja Abdullah. Tujuannya ialah untuk melukiskan keagungan raja-raja Melayu keturunan dari Melaka, dan di dalam menyempurnakan tugas yang demikian dia secara sedar telah mengubah beberapa peristiwa, memutarbelitkan kejadian sejarah, untuk menyesuaikan dengan kehendaknya. Tetapi apabila ia berbuat demikian, tidaklah ia merosakkan buku itu, malah ia menambahkan lagi keindahan isinya. Kerana satu perkara yang harus diingatkan ialah Sejarah Melayu bukanlah sebuah buku “sejarah†seperti yang kita ertikan dalam bahasa moden. Ia lebih banyak merupakan sebuah hasil kesusasteraan, sebuah mitos dilukiskan dalam bentuk-bentuk simbol yang tinggi akan keagungan bangsa Melayu. Mitos adalah sumber kreativiti pengarang untuk mengangkat daulat raja dan keturunannya. Mitos dan legenda adalah dua contoh yang dapat meninggikan kedudukan seseorang dan sering berlaku seperti “combat of prestigeâ€, mitos, legenda dan motif yang sama akan berulang-ulang dalam teks-teks yang berbeza. Pengarang cuba menjelmakan ketokohan rajanya untuk memenuhi satu konsepsi konvensional mengenai seorang raja yang unggul (Noriah Taslim, 1993: 22). Pengarang Melayu tradisi merupakan tokoh yang berwibawa dalam mengangkat teks sastera tradisi melalui teknik penulisan yang kreatif. Unsur mitos dan legenda dimasukkan ke dalam teks bagi memenuhi fungsi teks sastera tradisi sebagai sebuah dokumen budaya dan cermin akal budi bangsa Melayu. Teks sastera sejarah seperti Sejarah Melayu merupakan contoh teks yang wajar diteliti bagi melihat ketinggian akal budi pemikiran pengarang tradisi yang telah jauh ke depan dengan berfikir secara kreatif dan kritis.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Zakaria, N., Ali, A. H., Wahid, A., & Omar, A. (2018). SEJARAH MELAYU SEBAGAI LAMBANG TRADISI AKAL BUDI BANGSA YANG TINGGI. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 1(1), 191–209. Retrieved from https://jati.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/13389
Section
Articles