LANGKAH-LANGKAH DALAM PEMBANTERASAN KEGIATAN DAN PERDAGANGAN CANDU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB), 1911-1920
Eradication Measures of Opium Activities and Trade in the Federated Malay States (NNMB) 1911-1920
DOI:
https://doi.org/10.22452/sejarah.vol33no2.3Keywords:
candu, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Dasar Monopoli Kerajaan, amalan menghisap candu, dasarAbstract
Artikel ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang usaha-usaha pembanterasan kegiatan dan perdagangan candu yang dilaksanakan oleh kerajaan NNMB dari tahun 1911 hingga 1920. Kajian ini dilakukan dengan berfokuskan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), kerana penulisan-penulisan sebelum adalah menjurus kepada Negeri-negeri Selat (NNS) sahaja. Di NNMB, penularan amalan menghisap candu berleluasa, ekoran daripada kemasukan orang Cina sejak akhir abad ke-18. Amalan menghisap candu mencetuskan kontroversi disebabkan kesan-kesan buruk yang timbul, terutamanya dari segi kesihatan dan kehidupan seharian. Dengan menggunakan pendekatan kualititatif dan kuantitatif, usaha yang diambil oleh kerajaan NNMB diperincikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha kerajaan NNMB memberikan kesan positif terhadap pengurangan amalan menghisap candu dalam kalangan penghisap candu. Antaranya ialah pengenalan Dasar Monopoli Kerajaan, Sistem Catuan 1920, kawalan terhadap penjualan dan pembelian candu, pengenalan undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih ketat dan bersistematik. Namun bagaimanapun, amalan menghisap candu masih tidak berjaya dihapuskan dalam tempoh 20 tahun selepas berlakunya perubahan dasar.