Main Article Content

Abstract

Pendidikan kerohanian adalah bertujuan mendidik umat Islam agar senantiasa beriltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat merasakan nikmat dan kepuasan jiwa, sentiasa gemar melakukan amalan-amalan tersebut serta dapat membentuk kekuatan hati melalui didikan ibadah. Pendidikan kerohanian merupakan asas dalam pembentukan individu dan penting dijadikan sebagai mekanisme dalam membentuk jati diri remaja khususnya remaja berisiko. Kajian ini bertujuan menganalisis elemen kerohanian menurut perspektif Islam, menjelaskan kepentingan penerapan elemen kerohanian dalam diri remaja dan membangunkan model kerohanian terhadap remaja berisiko di institusi pemulihan akhlak Malaysia. Kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual melibatkan pengurusan di institusi pemulihan. Hasil kajian ini menunjukkan elemen kerohanian diterapkan dalam program pemulihan terhadap remaja berisiko.

Keywords

Kerohanian Remaja Berisiko PERKID

Article Details

How to Cite
Mohd Haridi, N. H., Mohd Saleh, N., & Mohammad Jodi, K. H. (2019). Penerapan Elemen Kerohanian terhadap Remaja Berisiko di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID). Online Journal of Research in Islamic Studies, 6, 87–98. Retrieved from https://jati.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/20804