Pengaruh Pemikiran Akidah al-Ghazālī dalam Kitab Jawi Tinjauan Terhadap Kitab Al-Durr Al-Nafīs dan Sayr Al-Sālikīn1

Main Article Content

Mohd Fauzi Hamat
Mohd Hasrul Shuhari

Abstract

Pemikiran akidah ulama Melayu mempunyai kesinambungan dengan ulama muktabar dunia, seperti dengan Abū Ḥāmid Muḥammad alGhazālī (m. 505H), seperti yang dapat dilihat apabila pemikirannya mendasari beberapa kitab Jawi. Makalah ini meneliti pengaruh tersebut dalam dua karya terkenal di rantau ini iaitu kitab al-Durr al-Nafīs dan Sayr al-Sālikīn. Penelitian ini dilakukan dengan mengupas rujukan dan adaptasi terhadap tulisan dan pemikiran al-Ghazālī yang ada dalam dua karya tersebut. Seterusnya, perbandingan yang dilakukan boleh membuktikan pengaruh yang ada. Akhirnya, makalah ini merumuskan bahawa pengaruh pemikiran akidah al-Ghazālī memang wujud dalam karya-karya yang dikaji, menunjukkan ketokohan al-Ghazālī dari satu sudut, dan kesinambungan pemikiran akidah ulama Melayu dengan tradisi Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jamā‘ah yang lebih awal dan umum, dari satu sudut lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hamat, M. F., & Shuhari, M. H. (2012). Pengaruh Pemikiran Akidah al-Ghazālī dalam Kitab Jawi Tinjauan Terhadap Kitab Al-Durr Al-Nafīs dan Sayr Al-Sālikīn1. Jurnal Usuluddin, 36, 21–48. Retrieved from https://jati.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7453
Section
Articles