Salahuddin al-Ayubi dalam Menangani Masyarakat Kristian Di Islamic Jerusalem Dan Palestin

Main Article Content

Mohd Roslan Mohd Nor
Nor Shakila Mohd Noor

Abstract

Umat Islam telah berjaya membebaskan Islamicjerusalem dan kota Baitulmuqaddis bagi kali yang kedua di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayubi. Beliau telah memimpin pasukan Muslim dan berjaya membebaskan kota tersebut pada tahun 1187. Ketika kota tersebut dibebaskan, Islamicjerusalem dan kota Baitulmuqaddis mempunyai rakyat daripada pelbagai latar agama, termasuk Kristian. Oleh kerana Perang Salib yang berlaku melibatkan Muslim dan Kristian, maka hubungan dan tindakan pemimpin terhadap golongan ini sewaktu mencapai kemenangan adalah amat penting untuk dikaji. Ini bagi melihat sejauh mana tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Islam dalam menghormati penganut agama lain. Oleh yang demikian, kertas ini mengkaji dan memaparkan peristiwa besar pembebasan kota Baitulmuqaddis dengan melihat kepada Salahuddin al-Ayubi dalam menangani masyarakat Kristian di Islamicjerusalem dan kota Baitulmuqaddis tersebut. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Nor, M. R., & Mohd Noor, N. S. (2012). Salahuddin al-Ayubi dalam Menangani Masyarakat Kristian Di Islamic Jerusalem Dan Palestin. Jurnal Usuluddin, 35, 81–98. Retrieved from https://jati.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7449
Section
Articles