Al-Adillah ‘alā Wujūd Allāhu Ta‘ālā indā Ᾱbī al-Barakāt al-Baghdādī

Main Article Content

Wan Suhaimi Wan Abdullah

Abstract

Abu al-Barakat al-Baghdadi adalah antara tokoh falsafah Islam mutakhir yang mendokong aliran mengkritik falsafah Ibn Sina sebagaimana yang dipelopori oleh Abu Hamid al-Ghazali sebelumnya. Beliau telah mengemukakan analisis kritis terhadap falsafah Peripatetik Muslim dalam karyanya yang terkenal al-Muktabar fi al- Hikmah. Sikap beliau ini walau bagaimanapun tidak bermakna bahawa beliau menolak segala pemikiran yang didokong oleh pendahulunya. Sebaliknya terdapat banyak aspek yang diterima bahkan dikembang oleh Abu al-Barakat kemudiannya. Antara aspek tersebut adalah yang berkaitan hujah dan dalil membuktikan kew judan Allah SWT. Beliau menerimapakai banyak unsur-unsur asas pendalilan ahli falsafah terdahulu dalam pendalilannya di samping menyusun dan menggubah bentuk-bentuk yang secara nisbinya baru. Ini cukup menyumbang dalam perkembangan pemikiran falsafah selepasnya. Artikel ini mengemukakan sikap dan kritikan Abu al-Barakat ke atas dalil Aristotle berserta dalil-dalil Abu al-Barakat ke atas kewujudan Allah SWT.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wan Abdullah, W. S. (2006). Al-Adillah ‘alā Wujūd Allāhu Ta‘ālā indā Ᾱbī al-Barakāt al-Baghdādī. Jurnal Usuluddin, 23, 255–280. Retrieved from https://jati.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4259
Section
Articles