Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) https://jati.um.edu.my/index.php/JPM
Jurnal Pengajian Melayu or the Journal of Malay Studies (JOMAS) (e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622) is published biannually in April and October by the Academy of Malay Studies, Universiti Malaya. (Previously published annually until 2021, Jurnal Pengajian Melayu (Journal of Malay Studies, JOMAS) recently started to publish biannually). The journal publishes original articles based on professional policies, practices and progress in the field of Malay studies. The journal accepts articles and book reviews both in Malay and English on topics pertaining to the Malay world. The journal aims to provide a forum for communication among experts and professionals to introduce new thoughts, concepts, theories and systems. This journal uses double-blind review, which means that both the reviewer’s and author’s identities are concealed from each other and vice versa, throughout the review process.

Jurnal Pengajian Melayu atau Journal of Malay Studies (JOMAS) (e-ISSN: 2735-1904 & ISSN: 1823-7622) diterbitkan dua kali setahun pada April dan Oktober oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Sebelum ini diterbitkan satu kali setahun sehingga 2021 dan kini mula diterbitkan dua kali setahun). Jurnal ini menerbitkan artikel asal berbentuk dasar profesional, amalan dan kemajuan dalam bidang Pengajian Melayu. Jurnal ini menerima artikel dan ulasan buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris berkaitan dengan Alam Melayu. Jurnal ini menyediakan forum untuk komunikasi dalam kalangan pakar dan profesional bagi memperkenalkan pemikiran baharu, konsep, teori dan sistem. Jurnal ini menggunakan semakan setara dua pihak, iaitu identiti penilai dan penulis dirahsiakan antara satu sama lain dan begitu juga sebaliknya sepanjang proses penilaian dilakukan.

Academy of Malay Studies, University of Malaya en-US Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 1823-7622 MANIFESTASI EMOSI MELALUI METAFORA API: SATU REPRESENTASI PEMIKIRAN MELAYU https://jati.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51752
ABSTRAK

Metafora merupakan satu bentuk gaya bahasa yang digunakan atas tujuan-tujuan yang tertentu. Keupayaan individu mengasosiasikan alam sekeliling ke dalam penulisan atau pertuturan mereka dapat memanifestasikan emosi individu tersebut. Oleh sebab ungkapan bermetafora mempunyai maksud tersiratnya, maka kajian ini dijalankan bagi menginterpretasi maksud tersirat yang terkandung dalam metafora api yang merepresentasikan emosi orang Melayu dalam penulisan mereka. Apabila maksud yang diimplikasikan oleh ungkapan bermetafora itu dapat dicungkil, jenis-jenis emosi dan klasifikasi nilai linguistik yang dimanifestasikan oleh ungkapan bermetafora itu juga dapat diperincikan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif dengan memanfaatkan data yang dijana daripada pangkalan data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi mencungkil maksud implisit tersebut, Teori Hibrid yang digagaskan oleh Tendahl (2009) dan diperkemas oleh Stöver (2010) yang dinamai Model Hibrid Baharu diterapkan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa orang Melayu begitu cenderung menggunakan api sebagai satu simbol untuk memanifestasikan emosi marah dibandingkan dengan emosi-emosi yang lain kerana kuat dipengaruhi oleh pegangan agama dan budaya. Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa api lebih banyak digunakan dalam konteks yang negatif dalam ruang lingkup Melayu. Makalah ini juga memberikan pengetahuan tentang pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai dengan lebih terperinci. Maka, kajian sebegini perlu dikembangkan lagi dengan meneliti penggunaan simbol ‘api’ dalam bahasa dan budaya yang berbeza yang pastinya akan memberikan dapatan yang lebih variasi.

Kata kunci: api; emosi; metafora; Model Hibrid Baharu; pemikiran Melayu

ABSTRACT

A metaphor is a form of figurative language used for a specific purpose.An individual’s ability to associate the surrounding world with their writing or communication can manifest their emotions. Because metaphorical expressions have implied meanings, this study is conducted to interpret the implied meanings contained in the metaphor based on the lexical fire, representing the emotions of Malays in writings. When the implied meaning can be extracted, the types of emotions and the classification of linguistic values manifested by the metaphor of fire can also be detailed. This descriptive qualitative study utilised data from the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) corpus database. The Hybrid Theory proposed by Tendahl (2009) and reinforced by Stöver (2010), the New Hybrid Model, is applied to uncover the implicit meaning. Findings showed that Malays tend to use fire as a symbol to manifest anger more than other emotions, largely influenced by religious and cultural beliefs. Thus, according to Malay thought, it indicates that fire is predominantly used in a negative context. This paper also provided insights into the operation of the Triple Processing Model in greater detail. Studies like this could be further developed by examining the use of fire in different languages and cultures, yielding more diverse findings.

Keywords: fire; emotion; metaphor; New Hybrid Model; Malay thought.
Nor Hafuza Muhammad Arif Maizura Osman Hasmidar Hassan Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 2024-04-25 2024-04-25 35 1 1 17 CONTESTATION OF NEWSPAPER DISCOURSES IN THE NOVEL PEROESOEHAN DI KOEDOES: A CRITICAL DISCOURSE ANALYSIS https://jati.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51756
ABSTRACT

Newspapers are the primary medium of moulding discourse on significant events, including the anti-Chinese riots in Koedoes, also known as Kudus, Central Java in 1918. Some publications even created conversations to further their goals of broadcasting news to the public. Hence, this study aims to examine discourse conflicts featured in newspapers highlighted by the novel Peroesoehan di Koedoes by Tan Boen Kim (TBK). A qualitative descriptive approach was utilised in this study, with an emphasis on the identification of news cuttings featured in the novel. Data was processed using Teun A. Van Dijk’s critical discourse analysis theory, focusing on social context, text structure and social cognition. Findings indicated that the contestation of discourse in the newspaper cuttings was an attempt to influence public opinion. Sin Po, a Chinese newspaper, focused on protecting Chinese victims, whereas De Locomotief, a Dutch periodical, focused on the hazardous propaganda by indigenous groups. Conversely, Sinar Hindia, a Bumiputera newspaper, focused on the protection of residents and the Islamic Union (SI). The outlet also wrote a clarification to relieve the Bumiputera of responsibility. In addition, specific newspapers could have potentially displayed ulterior motives. TBK’s choice of stories might also indicate his aim to denounce the rioters’ crimes against ethnic Chinese. Future research can explore other TBK works through critical discourse analysis as well to map his tendencies during the production of discourse.

Keywords: contestation of discourse; newspaper; Peroesoehan di Koedoes; indigenous; Chinese

ABSTRAK

Surat khabar menjadi medan utama membentuk wacana semasa berlakunya pelbagai kejadian, misalnya rusuhan anti-orang Cina di Koedoes, kini dikenali sebagai Kudus, Jawa Tengah pada tahun 1918. Sejumlah akhbar tersebut turut menggalakkan perbincangan lanjut demi menyebarkan berita kepada orang ramai. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti persaingan wacana dalam keratan akhbar yang diketengahkan dalam novel Peroesoehan di Koedoes tulisan Tan Boen Kim (TBK). Pendekatan deskriptif kualitatif digunakan untuk mengenal pasti keratan laporan yang dipilih. Data selanjutnya diproses menggunakan teori analisis wacana kritis olahan Teun A. Van Dijk sambil menekankan unsur konteks sosial, struktur teks dan kognisi sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa persaingan wacana dalam keratan akhbar yang dipaparkan bermatlamat mempengaruhi pendapat awam. Akhbar berbahasa Cina Sin Po bertujuan melindungi mangsa berbangsa Cina, manakala penerbitan berkala Belanda De Locomotief menampilkan propaganda berbahaya daripada golongan Bumiputera. Sebaliknya, akhbar Bumiputera, Sinar Hindia, bertindak melindungi penduduk tempatan dan Sarekat Islam (SI). Akhbar berkenaan turut menjelaskan bahawa golongan Bumiputera tidak bertanggungjawab atas kejadian itu. Sejumlah akhbar pun boleh dianggap sebagai memiliki niat tersembunyi. Pemilihan laporan berita oleh TBK mencerminkan juga matlamatnya hendak mengkritik kesalahan perusuh ke atas orang berbangsa Cina. Cadangan kajian lanjutan ialah analisis wacana kritis ke atas karya lain tulisan TBK perlu dijalankan untuk memahami arah kecenderungannya semasa berwacana.

Kata kunci : persaingan wacana; akhbar; Peroesoehan di Koedoes; bumiputera; Cina
Cahyaningrum Dewojati Rosalita Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 2024-04-25 2024-04-25 35 1 18 37 A CRITICAL DISCOURSE ANALYSIS PHYSICAL CHARACTERISTICS OF TRADITIONAL TERENGGANU ARCHITECTURE AS A TOURIST ATTRACTION ON THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA: A CASE STUDY OF TERRAPURI HERITAGE VILLAGE IN TERENGGANU https://jati.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51758
ABSTRACT

Traditional Terengganu architecture, including the Rumah Bujang Berselasar (bachelor house with an unroofed platform) and Rumah Tiang Dua Belas (twelve-pillared house), is the earliest and most prevalent type of housing in the northeastern region of Peninsular Malaysia, specifically in Terengganu. Site observation was conducted in Terrapuri Heritage Village in Setiu, Terengganu. These Malay houses are considered a crucial part of the region’s architectural history, reflecting numerous changes in their architectural elements and their continuity with the past and present built environment. Beyond being mere structures for shelter, the physical characteristics of these houses embody traditional values, beliefs, and ways of life. Rooted in the rich cultural heritage of the Malay community, they have been shaped over centuries by history, geography, and social interactions. Hence, studying the physical features of traditional Terengganu architecture requires an interdisciplinary approach that encompasses not only technical and functional aspects but also cultural and symbolic significance. This necessitates integrating architectural and construction principles with social, cultural, and historical perspectives. The objective of this study is to identify the structural and non-structural elements of traditional Terengganu houses, specifically Rumah Bujang Berselasar and Rumah Tiang Dua Belas. These distinctive features reflect the local context and cultural influences, contributing to the creation of a coastal resort identity. Thus, it is imperative to continue efforts to preserve and promote traditional Malay architecture, including Rumah Bujang Berselasar (bachelor house with unroofed platform) and Rumah Tiang Dua Belas (twelve-pillared house), to ensure the sustainability and preservation of cultural heritage for future generations to come.

Keywords: physical characteristics; traditional Terengganu architecture; Terengganu identity; tourist attraction; coastal resort design

ABSTRAK

Seni bina tradisional Terengganu, termasuk Rumah Bujang Berselasar (rumah bujang dengan platform tanpa atap) dan Rumah Tiang Dua Belas (rumah berdinding dua belas tiang), merupakan jenis rumah yang paling awal dan meluas di wilayah timur laut Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu. Pemerhatian tapak telah dijalankan di Terrapuri Heritage Village di Setiu, Terengganu. Rumah-rumah Melayu tradisional ini dianggap sebagai sebahagian penting dalam sejarah seni bina wilayah ini, mencerminkan banyak perubahan dalam elemen-elemen seni bina mereka dan kesinambungan mereka dalam persekitaran binaan masa lalu dan kini. Lebih daripada sekadar struktur untuk perlindungan, ciri fizikal rumah-rumah ini mencerminkan nilai-nilai tradisional, kepercayaan, dan cara hidup. Berakar dalam warisan budaya yang kaya dari komuniti Melayu, mereka telah dibentuk selama berabad-abad oleh sejarah, geografi, dan interaksi sosial. Sebagai hasilnya, mengkaji ciri fizikal seni bina tradisional Terengganu memerlukan pendekatan interdisiplin yang merangkumi bukan sahaja aspek teknikal dan fungsional tetapi juga kepentingan budaya dan simbolik. Ini memerlukan integrasi prinsip seni bina dan pembinaan dengan perspektif sosial, budaya, dan sejarah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen struktur dan bukan struktur rumah tradisional Terengganu, khususnya Rumah Bujang Berselasar dan Rumah Tiang Dua Belas. Ciri-ciri istimewa ini mencerminkan konteks tempatan dan pengaruh budaya, menyumbang kepada penciptaan identiti resort pesisiran. Oleh itu, adalah penting untuk terus berusaha untuk mengekalkan dan mempromosikan seni bina Melayu tradisional, termasuk Rumah Bujang Berselasar (rumah bujang dengan platform terbuka) dan Rumah Tiang Dua Belas (rumah dengan dua belas tiang), bagi memastikan kelestarian dan pemeliharaan warisan budaya untuk generasi masa depan.

Kata Kunci: ciri-ciri fizikal; seni bina tradisional Terengganu; identiti Terengganu; tarikan pelancong; reka bentuk resort pesisiran
Izzati Zainal Abidin Sumarni Ismail Siow May Ling Nur Aina Abidah Mohd Hamdan Siti Sara Sazli Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 2024-04-25 2024-04-25 35 1 38 54 PENGUASAAN KATA NAMA KANAK-KANAK BERUMUR 3 HINGGA 5 TAHUN SEMASA PANDEMIK COVID-19 https://jati.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51759
ABSTRAK

Kanak-kanak generasi kini yang kurang berminat bertutur menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia telah memberikan impak yang sangat memilukan. Akibat pendedahan kepada media digital yang melampau pada sepanjang pandemik Coronavirus Disease (COVID-19) yang lalu telah menambah parah nasib bahasa Melayu pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan golongan kata nama dalam bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penyelidik telah memilih seramai tujuh orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun dari seluruh Malaysia dan telah menjalankan Ujian Pengecaman Gambar. Seramai empat orang daripada mereka mendapat pendidikan prasekolah sebelum PKP sebaliknya pula bagi tiga orang lagi kanak-kanak. Penyelidik menggunakan 50 keping kad gambar pelbagai kategori bagi kata nama am untuk memperoleh data. Data disokong dengan pandangan daripada ibu atau bapa kanak-kanak melalui temu bual berstruktur yang dijalankan secara dalam talian. Skor markah dan maklumat temu bual ditranskripsi dan dianalisis. Berdasarkan skor markah yang diperoleh, hasil dapatan menunjukkan purata penguasaan bahasa Melayu subjek kajian adalah peringkat rendah. Dua orang kanak-kanak memperoleh tahap tinggi, dua orang lagi pada tahap sederhana dan seterusnya tiga orang tahap rendah. Kanak-kanak yang belum pernah ke prasekolah dapat menyebut perkataan kata nama dengan baik tetapi kanak-kanak yang pernah ke sekolah mendapat skor sebaliknya. Dapatan menunjukkan, walaupun pemerolehan bahasa pertama terjadi secara ilmiah namun faktor persekitaran turut mempengaruhi penguasaan bahasa kanak-kanak. Implikasinya, kanak-kanak akan terpengaruh dengan bahasa yang kerap didengarnya dalam pertuturan seharian mahupun di media massa. Pertembungan pelbagai bahasa mengakibatkan kanak-kanak mula berdepan dengan bahasa Melayu yang tidak baku. Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan negara ini agar kanak-kanak generasi Alpha mencintainya untuk kesejahteraan dalam kehidupan.

Kata kunci: generasi alpha; literasi; pemerolehan bahasa; Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); Ujian Pengecaman Gambar

ABSTRACT

The current generation of children, who exhibit decreased interest in using the national language of Malaysia, has profoundly concerning implications. The extensive exposure to digital media amid the recent COVID-19 pandemic has exacerbated the future prospects of the Malay language. This research was undertaken to assess children's proficiency in noun groups within the Malay language, particularly amid the Movement Control Order (MCO) period. Seven children between the ages of 3 and 5 from various regions in Malaysia were selected for participation, with four having attended kindergarten prior to the MCO, while three had not. A Picture Recognition Test was administered, utilizing 50 picture cards depicting various categories of common nouns to gather data. Structured interviews conducted online with the children's parents provided supplementary insights. Transcripts of scores and interview responses were meticulously analysed. The results revealed a generally low level of Malay proficiency among the participants, with two achieving high proficiency, two medium, and three low. Interestingly, children who had not attended preschool demonstrated better pronunciation of noun words compared to their counterparts who had. This underscores the influence of environmental factors alongside the scientific processes involved in language acquisition. Importantly, children are heavily influenced by the languages prevalent in their everyday interactions and in mass media, often leading to exposure to non-standard forms of Malay due to linguistic diversity. The implications of this study underscore the necessity for further research to elevate the status of the national language, instilling a genuine fondness for it among the Alpha generation to enhance their well-being in life.

Keywords: alpha generation; literacy; language acquisition; Movement Control Order (MCO); Image Recognition Test

Nora’Azian Nahar Nurul Jamilah Rosly Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 2024-04-25 2024-04-25 35 1 55 73 THE ACCULTURATION OF KABA IN RANDAI UDA DAN DARA 2022 https://jati.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51763
ABSTRACT

Randai is one of the traditional Minangkabau cultures originated from West Sumatra, Indonesia. Characterised by drama, kaba, dance, song and silat. Thus, Randai refers to Minangkabau custom and cultural heritage. Therefore, kaba can be found in the form of stories, songs, rituals, mythologies, and folklores of these communities. Even with the increasing population of the Minangkabau Diaspora, especially in Negeri Sembilan since the early 19th century, randai remains as Minangkabau heritage culture. Hence has adapted some of Malay stories, songs, rituals, mythologies, and folklore of Negeri Sembilan community that has similarities with the story in West Sumatra. The novelty of this paper is to explore the acculturation of kaba in Randai performance, defined as Minangkabau culture, which researchers have not widely studied. The study of acculturation in Minangkabau Kaba has never been published. It is a qualitative approach via content analysis. Rest on the notion of kaba which is defined as a story. The research draws on the concept of acculturation of the story of Uda dan Dara by Usman Awang in Randai Uda dan Dara 2022 performance. The result highlights Uda dan Dara as kaba to a certain extent can be seen as a manifestation of a creative adaptation through the concept of acculturation. Thus, functions as a new set of meaning to Randai.

Keywords: Randai; Kaba; Acculturation; Uda dan Dara; Randai Uda dan Dara 2022

ABSTRAK

Randai adalah salah satu budaya tradisional Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Bercirikan drama, kaba, tarian, lagu dan silat. Justeru itu, randai merujuk kepada adat dan warisan budaya Minangkabau. Maka, kaba boleh didapati dalam bentuk cerita, lagu, ritual, mitologi, dan cerita rakyat masyarakat ini. Walaupun dengan pertambahan penduduk diaspora Minangkabau khususnya di Negeri Sembilan sejak awal abad ke-19, Randai kekal sebagai budaya warisan Minangkabau. Melalui migrasi, pembudayaan berlaku melalui proses adaptasi beberapa cerita Melayu, lagu, ritual, mitologi, dan cerita rakyat Negeri Sembilan yang mempunyai persamaan dengan cerita di Sumatera Barat. Fokus kertas kerja ini adalah untuk meneroka pembudayaan kaba dalam persembahan Randai, yang ditakrifkan sebagai budaya Minangkabau, yang belum dikaji secara meluas oleh penyelidik. Kajian pembudayaan kaba randai Minangkabau adalah pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan. Berpegang pada pengertian kaba yang ditakrifkan sebagai cerita. Kajian ini menggunakan konsep pembudayaan kaba teater Randai melalui cerita Uda dan Dara oleh Usman Awang dalam persembahan Randai Uda dan Dara 2022. Hasilnya Uda dan Dara sebagai kaba dilihat sebagai manifestasi adaptasi kreatif melalui konsep pembudayaan migrasi. Oleh itu, berfungsi sebagai satu set makna baru kepada kaba teater Randai Minangkabau.

Kata kunci : Randai; Kaba; Pembudayaan; Uda dan Dara; Randai Uda dan Dara 2022
Ayu Haswida Abu Bakar Duratul Ain Dorothy Jonathan Linggang Norzizi Zulkafli Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 2024-04-25 2024-04-25 35 1 74 86 KEPENGARANGAN REALISME LENGKAP SASTERAWAN NEGARA RAHMAN SHAARI: ANALISIS NOVEL CENGKAMAN HASRAT https://jati.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51768
ABSTRAK

Kajian realisme mutakhir ini semakin mendapat sambutan dalam kegiatan kesusasteraan tempatan selepas beberapa ketika pernah disanggah dan ditolak daripada kegiatan kesusasteraan di negara ini. Sebagai aliran yang masih dalam fasa kebangkitan di negara ini, maka masih tidak begitu banyak kajian yang menggunakan teori ini dikesan di Malaysia. Dalam konteks karya-karya Sasterawan Negara pula, kajian realisme yang mengupas pemikiran Sasterawan Negara turut dikenal pasti masih tidak banyak dilakukan oleh pengkaji di negara ini. Oleh yang demikian, kajian ini mengupas pemikiran Sasterawan Negara Rahman Shaari dalam novelnya Cengkaman Hasrat (2015). Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap novel Cengkaman Hasrat (2015) berlandaskan prinsip kritikan realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) bagi mengenal pasti pemikiran yang signifikan ke arah menambah baik kehidupan masyarakat di Malaysia secara khususnya. Kaedah kepustakaan turut digunakan bagi mengenal pasti hubungan dan kesan pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk menganalisis pemikiran realisme lengkap yang dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam novel Cengkaman Hasrat, memperincikan hubungan dan impak pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat dan negara, serta mengemukakan kekuatan, kelebihan dan kepentingan karya-karya Sasterawan Negara. Kajian ini pada akhirnya mendapati novel Cengkaman Hasrat sememangnya mengandungi pemikiran realisme lengkap yang berimpak terhadap pembangunan masyarakat dan negara.

Kata kunci: kritikan realisme; Sasterawan Negara; Rahman Shaari; Lukacs; novel Cengkaman Hasrat

ABSTRACT

The study of present realism has now received a lot of interest in local literature after being criticised and rejected for a while by literary activities in the country. As the country is in its developing phase, Malaysia has not yet conducted much research using this theory. In the context of the works of the National Laureate, the study of realism that examines the thoughts of the National Laureate is also identified as still not being done much by researchers in this country. This study therefore examines the thoughts of National Laureate, Rahman Shaari in his novel Cengkaman Hasrat (2015). This is a qualitative research using content analysis method of the novel Cengkaman Hasrat (2015) based on the principles of realism criticism by Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) in order to identify significance thoughts to improve the lives of poeple in Malaysia in particular. Library methods were also used to identify the relationship and impact of the National Laureate Rahman Shaari's thoughts on the development of society and the country. The three objectives determined are, to analyse the ideas of complete realism expressed by Rahman Shaari in his novel Cengkaman Hasrat, to detail the relationship and impact of the Rahman Shaari thoughts towards development of society and country, as well as presenting the strengths, advantages, and importance of the works of a National Laureate. This research finally revealed that the novel Cengkaman Hasrat does, in fact, include comprehensive realistic thinking that is founded on the growth of society and the nation.

Keywords: realism criticism, National Laureate, Rahman Shaari, Lukacs, novel Cengkaman Hasrat
Asyraff Jamin Mary Fatimah Subet Santrol Abdullah Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 2024-04-25 2024-04-25 35 1 87 105 KERUNTUHAN AKHLAK MENERUSI NOVEL PEREMPUAN POLITIKUS MELAYU BERDASARKAN PERSPEKTIF AL-GHAZALI https://jati.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51770
ABSTRAK

Faisal Tehrani merupakan seorang penulis sastera kontemporari yang kerap kali menghasilkan karya-karya berkaitan krisis masyarakat dalam pelbagai aspek, iaitu dari sudut ekonomi, politik dan, sosial. Novel Perempuan Politikus Melayu yang dihasilkan pada tahun 2016  merupakan salah satu novel beliau yang mengetengahkan pelbagai bentuk keruntuhan  akhlak  dalam  sebuah  kelompok masyarakat seperti konflik dalam hubungan pemerintah dengan rakyat, pasangan kekasih dan juga hubungan kekeluargaan.  Isu  keruntuhan  akhlak  tersebut  digarap melalui pelbagai tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam dan nilai norma masyarakat Melayu yang dipaparkan menerusi watak-watak tertentu. Kajian  ini dilaksanakan bagi memahami jenis-jenis perlakuan keruntuhan akhlak yang telah didasari oleh nafsu marah, benci dan dendam. Kajian ini juga telah menggariskan tiga objektif utama,  iaitu mengenalpasti  isu  keruntuhan akhlak  menerusi  novel kajian,  menganalisis serta menilai kesan keruntuhan akhlak dalam novel tersebut dengan menggunakan Pendekatan Ihya’ Ulumuddin yang dipelopori oleh Al-Ghazali (2013). Metodologi kajian yang digunakan adalah pendekatan kualitatif, iaitu analisis wacana. Hasil kajian mendapati bahawa isu keruntuhan akhlak yang ditunjukkan dalam novel Perempuan Politikus Melayu benar-benar tidak selari dengan ajaran Islam dan harus dijauhi agar manusia dapat menjamin kesejahteraan sejagat. Kesimpulannya, kajian ini bermatlamat untuk memberi nilai pendidikan kepada semua pihak untuk lebih memahami dan mengenali bentuk-bentuk keruntuhan akhlak yang kerap kali berlaku dalam masyarakat berdasarkan novel kajian hingga berupaya membentuk normalisasi yang negatif dalam kehidupan mereka. Di samping itu, kajian ini diharapkan berupaya menjadi salah satu strategi utama yang boleh digunakan oleh masyarakat untuk lebih memahami dan menghindari tingkah laku negatif berdasarkan penilaian agama dan norma hidup masyarakat Melayu.

Kata Kunci: Keruntuhan akhlak, novel Perempuan Politikus Melayu, al-Muhlikat, Ihya’ Ulumuddin.

ABSTRACT

Faisal Tehrani is a contemporary literary writer who is keen to produce works related to the crisis of society in various aspects, namely from an economic, political and, social perspective. The Perempuan Politikus Melayu novel produced in 2016 is one of his novels that describes various forms of moral collapse in a group of society such as conflicts in government relations with the people, lovers and family relations.  The problem of moral collapse is raised through various acts that violate the teachings of Islam and the values of the norms of the Malay community displayed through certain characters. This study was conducted in order to understand the kinds of morally disastrous treatments that have been based on anger, hatred and vengeance. The study has also outlined three main objectives, namely, identifying the issue of moral collapse through the study novel, analyzing and evaluating the impact of moral colapse in the novel using the Ihya’ Ulumuddin Approach pioneered by Al-Ghazali (2013). The methodology used is a qualitative approach, i.e. discourse analysis. The results of the study revealed that the issue of moral collapse that is presented in the novel of the Perempuan Politikus Melayu is completely inconsistent with the teachings of Islam and must be avoided in order for mankind to guarantee universal well-being.In conclusion, this study aims to provide educational value to all parties to better understand and recognize the forms of moral decay that often occur in society based on the novel study to be able to form a negative normalization in their lives. In addition, this study is expected to be one of the main strategies that can be used by the community to better understand and avoid negative behavior based on the assessment of religion and the life norms of the Malay community.

Keywords: The problem of moral collapse, Perempuan Politikus Melayu novel, al-Muhlikat, Ihya’ Ulumuddin.

Siti Nur Anis Muhammad Apandi Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali Eizah Mat Hussein Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 2024-04-25 2024-04-25 35 1 106 120 SARANA WOLIO: PERLEMBAGAAN BERTULIS TERTUA DI KESULTANAN BUTON https://jati.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51772
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji perlembagaan Kesultanan Buton untuk mengungkapkan proses institusionalisasi yang berlaku. Manuskrip yang ditulis pada tahun 1610 menjadi landasan utama bagi penyelidikan ini. Pendekatan metodologi sejarah dan struktur kerajaan digunakan dalam kajian ini. Metodologi sejarah digunakan untuk mengkaji prinsip-prinsip yang membentuk perlembagaan Sarana Wolio dan Istiadatul Azaliy, manakala struktur kerajaan digunakan untuk menggambarkan institusi-institusi kerajaan. Pelbagai sumber luar digunakan sebagai perbandingan untuk menunjukkan perkembangan peraturan di kawasan tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perlembagaan tersebut dicipta dan dilaksanakan semasa pemerintahan Sultan keempat, iaitu Dayanu Ikhsanuddin dengan bantuan seorang cendekiawan Arab bernama Syeikh Syarif Muhammad yang mengubah “Martabat Tujuh” menjadi perlembagaan. Selain itu, perlambangan yang digunakan untuk tiga peringkat pertama kamboru-mboru turut ditemui, iaitu Kumpulan tanailandu yang mulia dikaitkan dengan martabat ahadiyah, tapi-tapi dengan martabat wahdah dan kumbewaha dengan martabat wahidiyah. Pengkaji juga menemui perlambangan yang berkaitan dengan empat peringkat tertinggi kesultanan, iaitu Sultan dirujuk dilambangkan dengan martabat alam arwah, sapati dengan martabat alam missal, kenepulu dengan martabat alam ajsam dan kapitaraja atau kapitalao dengan martabat alam insan. Perlambangan ini digunakan bagi memastikan pegawai-pegawai Kesultanan Buton menjalankan tugas mereka berdasarkan sifat-sifat Ilahi. Setiap pejabat diberikan tanggungjawab seperti yang diterangkan dalam manuskrip Sarana Wolio dan Istiadatul Azaliy.

Kata kunci: perlembagaan; Sarana Wolio; Istiadatul Azaliy; kesultanan; Buton

ABSTRACT

This paper aims to examine the constitution of the sultanate of Buton to reveal the institutionalisation that had occurred. The document was structurally embodied in a manuscript written in 1610. Researchers utilised the approaches of historical methodology and government structure: the former could study the principles that formed the basis of the creation of the Sarana Wolio constitution and Istiadatul Azaliy, whereas the latter could describe governmental institutions. Numerous external sources were used as comparisons to demonstrate the emergence of rules in that region. Results showed that the constitution was created and enforced during the reign of the fourth Sultan, Dayanu Ikhsanuddin, who was assisted by an Arab scholar, Syeikh Syarif Muhammad, who transformed the martabat tujuh into a constitution. Next, the symbolism applied to the first three levels of the kamboru-mboru was discovered: The noble tanailandu group was associated with the martabat ahadiyah, the tapi-tapi with martabat wahdah, and the kumbewaha with martabat wahidiyah. Subsequently, researchers found the symbolism tied to the highest four levels of the sultanate: The sultan is referred to with the martabat alam arwah, the sapati with martabat alam misal, the kenepulu with martabat alam ajsam and the kapitaraja or kapitalao with martabat alam insan. Such symbolism was applied to ensure the officeholders of the Buton Sultanate would execute their duties based on Divine attributes. Every office was given responsibilities as outlined in the Sarana Wolio and Istiadatul Azaliy manuscripts.

Keywords: constitution; Sarana Wolio; Istiadatul Azali; sultanate; Buton
Asrun Lio Hasaruddin Andi Tenri Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS) 2024-04-25 2024-04-25 35 1 121 134