Main Article Content

Abstract

Kajian ini adalah sebuah kajian untuk mengkaji buku-buku yang berkaitan dengan Palestin yang diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Melihat kepada situasi yang berlaku sekarang ke atas Palestin, ramai penulis yang mencoretkan bait-bait penulisan mereka tentang Palestin. Sebahagiannya untuk menceritakan kepada masyarakat apa yang sedang berlaku ke atas Palestin dan juga sebagai tanda caknanya kita terhadap isu-isu yang berlaku di sana. Dengan penghasilan buku-buku berkenaan Palestin, ianya secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat dan menyalurkan input-input tentang situasi Palestin kepada para pembaca. Kajian ini menggunakan metod kajian kepustakaan. Pengumpulan data-data dilakukan dengan melihat senarai buku di perpustakaan, carian internet dan lawatan ke kedai dan toko buku. Senarai buku-buku yang diperolehi telah dibahagikan kepada penerbitan sebelum tahun 2000 dan dari tahun 2000 hingga 2014. Hasil kajian Mendapati bahawa penerbitan buku berkaitan Palestin di Malaysia dan Indonesia berkembang dengan jumlah penerbitan yang boleh dianggap membanggakan.

Keywords

Buku Palestin, Penerbit Buku, Malaysia, Indonesia, Timur Tengah, Arab-Israel.

Article Details

How to Cite
Mohd Nor, M. R., & Nik Dahalan, N. N. (2015). PENERBITAN BUKU-BUKU BERKAITAN PALESTIN YANG DITERBITKAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA (Books Publication Related to Palestine Published in Malaysia and Indonesia). Journal of Al-Tamaddun, 10(2), 1–15. Retrieved from https://jati.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8686