Main Article Content

Abstract

Jumlah pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 1920-an. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan, namun jumlah pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir mencatatkan peningkatan setiap tahun. Artikel ini membincangkan cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir, khususnya di Universiti al-Azhar, Kaherah sejak tahun 1910-an hingga 1950-an. Kajian ini dilakukan berdasarkan kaedah kajian perpustakaan dengan meneliti dan menganalisis sumber primer dan sumber sekunder berkaitan cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pelajar Melayu bagi melanjutkan pelajaran di Mesir. Kajian ini mendapati bahawa pemergian pelajar Melayu ke Kaherah mendedahkan mereka kepada pelbagai cabaran dan rintangan, sama ada sebelum memulakan perjalanan, semasa dalam perjalanan dan selepas menamatkan perjalanan dan tiba di Mesir, khususnya proses mendapatkan pasport dan visa.

Keywords

Mesir, Kaherah, Universiti al-Azhar, Pemergian, Cabaran.

Article Details

How to Cite
Haris, A. H. (2013). PEMERGIAN PELAJAR MELAYU KE MESIR DARI TAHUN 1910-AN HINGGA 1950-AN: CABARAN DAN IMPLIKASI (Departure of Malay Students to Egypt from 1910’s to 1950-an: Challenges And Implications). Journal of Al-Tamaddun, 8(1), 67–84. Retrieved from https://jati.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8650