Pemindahan teknologi dan implikasi kepada pengguna: analisis bersistem

Main Article Content

Noraini lbrahim

Abstract

Artikel ini akan meneliti sistem rangkaian teknologi pengguna terdiri daripada komponen iaitu Dasar Pemindahan Teknologi, Dasar Perindustrian dan Pelan Tindakan Nasional Pembangunan Teknologi Perindustrian. Setiap komponen dalam sistem rangkaian ini mempunyai kesan aktif kepada pembangunan teknologi nasional. Sistem rangkaian teknologi pengguna yang lemah akan mempunyai kuasa yang amat kurang untuk membuat pemilihan kepada jenis teknologi dan mekanisme pemindahan teknologi. Sistem rangkaian teknologi pengguna ini didokrinasikan dengan idea yang lahir dari neo klasikal yang mengandaikan pertumbuhan dan pembangunan teknologi nasional muncul secara otomatis. Analisis struktur institusi secara inter dan intra diteliti dari pendekatan ekonomi penginstitusian (institusitional economics) dengan menggunakan interdisplinari sains sosial. Konflik struktur inter dan intra rangkaian institusi dalam sistem rangkaian teknologi pengguna akan diteliti (Swedberg R., 2000). Artikel ini akan perbahaskan mengenai peranan kerajaan adalah kritikal untuk memastikan sistem rangkaian teknologi pengguna tidak mempunyai kelemahan struktur dalaman. Supaya memudahkan proses penyelarasan dalam mengintegrasikan setiap komponen didalam sistem rangkaian teknologi pengguna ke arah mempertingkatkan pembangunan sistem inovasi nasional. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
LBRAHIM, Noraini. Pemindahan teknologi dan implikasi kepada pengguna: analisis bersistem. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 6, p. 138-149, dec. 2001. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6744>. Date accessed: 22 may 2019.
Section
Abstract