AMALAN KULTUS DEVARAJA DI ASIA TENGGARA

Main Article Content

M Rajantheran

Abstract

Hubungan perdagangan antarabangsa India dengan Empayar Rom (Roman Empire) dan Asia Tenggara terjalin sekurang-kurangnya sejak abad ke-3sm. Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai bukti seperti bukti kesusasteraan India, karya-karya sejarah dan geografi Barat, catatan penggembara-penggembara Cina, rekod-rekod pedagang Arab dan pelbagai penemuan arkeologi di India dan Asia Tenggara. Penemuan pelbagai inskripsi di wilayah Asia Tenggara yang bertarikh abad ke-4 dan ke-5 masihi yang kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Sanskrit, menunjukkan bahawa hubungan perdagangan antarabangsa telah merintis jalan untuk beberapa unsurperadaban India tersebar di kalangan masyarakat di Asia Tenggara. Ini termasuklah kultus devaraja yang menjadi pokok persoalan dalam tulisan ini. Tujuan utama artikel ini ialah untuk memberikan satu gambaran yang komprehensif tentang amalan kultus devaraja di kalangan pemerintah-pemerintah awal di wilayah Asia Tenggara. Namun demekian sebelum amalan kultus devaraja di Asia Tenggara dibincang ada baiknya jika kita meneliti secara ringkas akan erti perkataan devaraja dan konsep asas devaraja yang boleh dicari dari sumber-sumber India.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
RAJANTHERAN, M. AMALAN KULTUS DEVARAJA DI ASIA TENGGARA. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 6, p. 49-68, dec. 2001. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6740>. Date accessed: 17 aug. 2019.
Section
Articles