Hubungan perdagangan sumber perikanan Sarawak-Negara Brunei Darussalam: kajian kes daerah perikanan Miri

Main Article Content

Mohammad Raduan Mohd Ariff Amaluddin Bakeri

Abstract

Pada tahun 1999, Negeri Sarawak telah mengeksport sejumlah 106.53 tan metrik hasil perikanannya ke Negara Brunei Darussalam (NBD) bernilai RM1,002,243. Bekalan sumber perikanan Negeri Sarawak diperoleh dari 15 buah daerah perikanan negeri itu iaitu Semantan, Santubong, Kuching, Sadong Jaya, Sebuyau, Kabong, Sarikei, Belawai, Daro, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas. Di antara daerah-daerah perikanan tersebut, daerah Miri, Limbang dan Lawas merupakan pembekal sumber perikanan yang utama ke NBD. Ini kerana kedudukan ketiga-tiga daerah perikanan itu bersempadan dengan negara berkenaan. Artikel ini akan membincangkan realiti hubungan perdagangan sumber perikanan yang berlaku di antara daerah perikanan Miri dengan NBD. Ini kerana lokasi daerah perikanan Miri yang bersempadan dengan bahagian barat NBD bukan sahaja merupakan pintu masuk utama dalam hubungan perdagangan dua hala, malah menjadikan daerah itu sebagai pembekal sumber perikanan basal/segar yang amat penting ke negara jiran tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MOHD ARIFF, Mohammad Raduan; BAKERI, Amaluddin. Hubungan perdagangan sumber perikanan Sarawak-Negara Brunei Darussalam: kajian kes daerah perikanan Miri. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 6, p. 1-28, dec. 2001. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6738>. Date accessed: 22 may 2019.
Section
Abstract