Masyarakat nelayan di negeri Pahang: satu kajian sosioekonomi

Main Article Content

Mohammad Raduan Mohd Ariff Amaluddin Bakeri

Abstract

Sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, masyarakat nelayan di Malaysia sering digambarkan sebagai golongan yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah. Masyarakat nelayan termasuk dalam kategori tujuh golongan di luar bandar yang berada di bawah garis kemiskinan. Berdasarkan laporan Rancangan Malaysia Ketiga, pada tahun 1970 terdapat kira-kira 38,000 keluarga nelayan di Semenanjung Malaysia. Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, sebilangan besar nelayan terdiri daripada orang-orang Melayu, manakala di Pantai Barat dua pertiga adalah kaum Cina. Daripada jumlah tersebut dianggarkan 28,000 keluarga berada di bawah garis kemiskinan iaitu 19,000 di Pantai Timur dan 9,000 di Pantai Barat. Di Pantai Timur, kadar kemiskinan adalah 95% berbanding di Pantai Barat yang mempunyai kadar kemiskinan lebih rendah. Pada tahun-tahun 1970an dengan mengambil kira keadaan harga barang yang semakin meningkat serta bilangan ahli keluarga nelayan yang ramai iaitu secara purata di antara lima hingga tujuh orang, garis kemiskinan diletakkan pada kadar jumlah pendapatan di antara RM200 hinggaRM300 sebulan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MOHD ARIFF, Mohammad Raduan; BAKERI, Amaluddin. Masyarakat nelayan di negeri Pahang: satu kajian sosioekonomi. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 7, p. 175-195, dec. 2002. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6603>. Date accessed: 27 may 2019.
Section
Abstract