LALUAN MARITIM HO CHI MINH: PENYUSUPAN KETENTERAAN KE VIETNAM SELATAN SEPANJANG PERANG VIETNAM, 1959-1975

Main Article Content

Kui Hua Ong

Abstract

Salah satu faktor yang paling penting membolehkan pihak Vietnam Utara mencapai kemenangan semasa Perang Vietnam adalah wujudnya Laluan Ho Chi Minh (Ho Chi Minh Trail). Melalui Laluan ini, tentera Vietnam Utara telah dapat menghantar pasukan tentera mereka serta bantuan senjata dan bekalan perang yang lain ke Vietnam Selatan sehingga dapat mengalahkan pihak Vietnam Selatan dan sekutunya iaitu Amerika Syarikat. Kepentingan Laluan tersebut menjadi lebih ketara apabila pihak Amerika Syarikat telah menjalankan pelbagai usaha untuk menyekat tentera Vietnam Utara dari terus mencerobohi Vietnam Selatan, ini termasuklah pengeboman secara besar-besaran ke atas Kampuchea dalam tahun 1970. Penulisan ini akan meninjau satu aspek penyusupan ketenteraan yang mempunyai fungsi yang sama dengan Laluan Ho Chi Minh di sempadan Vietnam dengan Laos dan Kampuchea tetapi kurang mendapat perhatian oleh para pengkaji sejarah Perang Vietnam iaitu Laluan Maritim Ho Chi Minh. Sehubungan itu, strategi penyusupan ketenteraan, sumber tenaga tentera, latihan tentera dan bekalan alat senjata yang menjadi elemen penting akan diteliti. Perbincangan ini juga akan melihat keberkesanan penyusupan ketenteraan melalui Laluan Maritim Ho Chi Minh. Dalam ada itu, keberkesanan strategi Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan menghalang aktiviti penyusupan ketenteraan yang dijalankan melalui Laluan ini turut ditinjau. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
ONG, Kui Hua. LALUAN MARITIM HO CHI MINH: PENYUSUPAN KETENTERAAN KE VIETNAM SELATAN SEPANJANG PERANG VIETNAM, 1959-1975. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 7, p. 149-168, dec. 2002. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6600>. Date accessed: 22 aug. 2019.
Section
Articles