LOBI JEPUN UNTUK MENDUDUKI KERUSI TETAP MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Main Article Content

Asmadi Hassan

Abstract

Lobi Jepun untuk menjadi ahli tetap di Majlis Keselamatan PBB mula menonjol pada pertengahan hingga akhir tahun 1990an. Walau bagaimanapun usaha ini telah bermula sejak era perang dingin lagi setelah Jepun mencapai perkembangan ekonomi pesat dan menjadi sebuah negara yang dihormati di dunia terutama pada lewat tahun 1960an. Berdasarkan kapasiti Jepun sebagai sebuah negara yang cukup berpengaruh dari segi ekonomi, Jepun percaya ia berkelayakan untuk menjadi ahli tetap di Majlis Keselamatan. Dengan pengaruh dari ekonomi juga Jepun percaya ia dengan mudah mendapat sokongan terutama dari negara-negara yang banyak menerima bantuannya seperti negara rantau Asia dan Afrika. Begitu juga Jepun percaya dengan mudah mendapat sokongan dari negara-negara yang rapat dengannya seperti Amerika, Britain dan Perancis. Walau bagaimanapun anggapan Jepun ini tidak mudah untuk direalisasikan. Jepun sehingga sekarang masih belum menjadi ahli tetap di Majlis Keselamatan PBB. Malahan jalan untuk mendapat kerusi tersebut semakin sukar berikutan banyak halangan dan cabaran yang terpaksa ditempohi. Artikel ini akan melihat bagaimana lobi Jepun dalam dua tahap yang berbeza dan halangan-halangan serta prospek Jepun untuk menjadi ahli tetap di Majlis Keselamatan tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
HASSAN, Asmadi. LOBI JEPUN UNTUK MENDUDUKI KERUSI TETAP MAJLIS KESELAMATAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB). JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 7, p. 45-60, dec. 2002. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6587>. Date accessed: 18 oct. 2019.
Section
Articles