Dasar Sains & Teknologi dan Pembangunan Inovasi: Cabaran dan Masa Hadapan

Main Article Content

Noraini Ibrahim

Abstract

Peranan Dasar Sains dan Teknologi (S&T) negara dalam membantu menggalakkan aktiviti inovasi seringkali dipersoalkan keberkesanannya. Inovasi sebagai jentera penggerak kepada proses peningkatan stok teknologi negara tidak dapat disangkal kepentingannya. Inovasi yang bersumberkan teknologi perindustrian apabila berjaya diinstitusikan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kepada pemilik dan negaranya.  Sebahagian besar teknologi ini dibawa ke negara membangun seperti Malaysia melalui berbagai saluran rangkaian syarikat multinasional. Artikel ini menggunakan interdisplinari sains sosial. Persoalan utama ialah setakat manakah perlaksanaan Dasar S&T dapat mengintegrasi aktiviti inovasi bersumberkan paten dan utiliti.  Isu mengenai cabaran dan masa depan perlaksanaan Dasar S&T dalam mengintegrasikan aktiviti inovasi bersumberkan paten di Malaysia akan dianalisis. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
IBRAHIM, Noraini. Dasar Sains & Teknologi dan Pembangunan Inovasi: Cabaran dan Masa Hadapan. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 5, p. 16-34, dec. 2000. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6488>. Date accessed: 27 may 2019.
Section
Articles