BANGSA MELAYU: MELIHAT SEBUAH TAMADUN SEBAGAIMANA YANG DIGAMBARKAN OLEH KARYA SEJARAH MELAYU

Main Article Content

Mior Ahmad Noor Mior Hamzah

Abstract

Tulisan ini cuba memaparkan kepada para pembaca perihal tentang bangsa Melayu mengikut pandangan yang tercatat dalam karya Sejarah Melayu. Apa yang dipaparkan oleh karya tersebut cuba dianalisiskan bagi memperlihatkan satu keagungan bangsa yang telah tercipta pada zaman itu. Perkara ini penting untuk direnungkan serta dijadikan iktibar dan panduan. Sesungguhnya bangsa Melayu itu bukanlah sebuah bangsa yang mundur atau mandum sebagaimana gambaran sesetengah pihak. Seperkara lagi tulisan ini mengajak para pembaca supaya melihat "ke dalam" perihal keupayaan dan kemampuan bangsa Melayu. Sejarah telah membuktikannya. Melihat kembali ini amat penting, lebih-lebih lagi jika ia seorang Melayu atau rakyat Malaysia. Dengan ini dapat dilihat bahawa orang Melayu itu pada satu ketika dahulu telah mencipta sebuah tamadun yang setanding dengan tamadun lain di dunia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MIOR HAMZAH, Mior Ahmad Noor. BANGSA MELAYU: MELIHAT SEBUAH TAMADUN SEBAGAIMANA YANG DIGAMBARKAN OLEH KARYA SEJARAH MELAYU. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 8, p. 155-182, dec. 2003. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6463>. Date accessed: 18 aug. 2019.
Section
Articles