PENGLIBATAN BURUH PERIKANAN ASIA TENGGARA DALAM PERUSAHAAN PERIKANAN DI MALAYSIA: KAJIAN KES BURUH PERIKANAN THAI DI KUALA PERLIS

Main Article Content

Mohammad Raduan Mohd Ariff Hock Lai Yeop

Abstract

Sektor perikanan di Malaysia masa kini sedang mengalami satu fenomena yang amat membimbangkan. Berdasarkan kepada Perangkaan Tahunan Jabatan Perikanan, pada tahun 2001 negara Malaysia terpaksa meluluskan seramai 18, 152 orang buruh perikanan asing untuk bekerja di sektor perikanan negara ini. Ini disebabkan negara Malaysia pada masa kini sedang berhadapan dengan pola di mana tenaga muda tempatan tidak bermintat untuk melibatkan diri dalam sektor perikanan. Tenaga muda berpersepsi, bekerja dalam sektor perikanan tidak menjamin masa depan dengan alasan pendapatan yang diterima tidak tetap; tahap pendidikan yang meningkat membolehkan tenaga muda menceburi bidang pekerjaan yang lebih selesa, berpendapatan lumayan dan berkedudukan di sektor ekonomi yang lain; proses modenisasi dan urbanisasi menggalakkan tenaga muda berhijrah ke bandar-bandar besar, termasuk ke Singapura dan banyak lagi sebab-sebab yant tidak mendorong mereka bekerja dalam sektor perikanan. Pada masa yang sama golongan yang telah berumur pula sedikit meninggalkan sektor ini akibat ketuaan mereka. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
MOHD ARIFF, Mohammad Raduan; YEOP, Hock Lai. PENGLIBATAN BURUH PERIKANAN ASIA TENGGARA DALAM PERUSAHAAN PERIKANAN DI MALAYSIA: KAJIAN KES BURUH PERIKANAN THAI DI KUALA PERLIS. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 8, p. 127-138, dec. 2003. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6461>. Date accessed: 20 nov. 2019.
Section
Articles