Asia Tenggara dalam dasar luar Jepun

Main Article Content

Asmadi Hassan

Abstract

Asia Tenggara merupakan rantau yang kaya dengan bahan mentah yang tidak dapat diperolehi di rantau-rantau lain. Antaranya adalah rempah, getah dan sumber galian seperti bijih timah dan biji besi. Kerana kekayaan yang dimiliki oleh rantau inilah negara-negara di Asia Tenggara menjadi rebutan penjajah dari barat dan timur. Selepas mencapai kemerdekaan, banyak negara maju cuba menjalinkan semula hubungan politik, diplomatik dan perdagangan dengan rantau ini. Jepun tidak terkecuali dalam hal ini malah selepas negara-negara ini mencapai kemerdekaan. Tokyo terus mempergiatkan usaha untuk mengadakan hubungan yang lebih baik. Menurut Glenn: "Japanese policy making agents and other political actors ever since the period of colonial expansion during the Pacific War have been aware of the crucial importance of Southeast Asia to Japan's own economic development." Artikel ini akan membincangkan tentang Asia Tenggara dalam dasar luar Jepun melalui beberapa pembahagian seperti: apa yang menyebabkan Jepun menjalin hubungan dengan rantau Asia Tenggara; pendekatan Jepun untuk memulihkan hubungan dengan rantau ini; dasar awal Jepun ke Asia Tenggara dan perubahan dasar tersebut sehingga kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
HASSAN, Asmadi. Asia Tenggara dalam dasar luar Jepun. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 8, p. 105-126, dec. 2003. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/6460>. Date accessed: 22 may 2019.
Section
Abstract