SUMBANGAN PETEMPATAN KAMPUNG AIR TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI BANDAR: KAJIAN KES DAERAH LIMBANG, SARAWAK

Main Article Content

Amaluddin Bakeri
Mohammad Raduan Mohd Ariff

Abstract

Penempatan kampung air di daerah Limbang, Sarawak telah wujud sejak daerah itu berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Kesultanan Brunei pada abad tersebut berpusat di Kampong Ayer. Kampong Ayer merupakan pusat pentadbiran dan pelabuhan penting yang menemukan pedagang-pedagang dari pelbagai negara termasuklah India, China, Timur Tengah dan Eropah. Kampong Ayer juga merupakan kawasan petempatan komuniti maritim Melayu yang terbesar di kesultanan tersebut. Sebelum daerah Limbang dirampas keluarga Brooke pada penghujung abad ke-19, ia ditadbir sepenuhnya oleh Kesultanan Brunei. Daerah Limbang mempunyai tanah lembah yang sangat subur untuk diusahakan sebagai kawasan pertanian khususnya tanaman padi sawah dan sagu. Dengan demikian daerah ini menjadi pembekal penting padi sawah dan sagu kepada Kesultanan Brunei secara langsung menjadi sumber pendapatan bagi pegawai-pegawai yang mentadbir daerah Limbang. (Disalin daripada artikel).

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles