LANUN ATAU MUNDU DI SABAH

Main Article Content

Ramli Dollah

Abstract

Serangan, rompakan, penculikan dan sebagainya yang menjadikan laut sebagai kawasan utama kumpulan perompak ini merupakan antara perkara yang menjadi isu utama di Sabah. Namun, sehingga ke hari ini, dikalangan masyarakat umum kesemua aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti perlanunan, rompakan bersenjata ataupun penculikan. Namun, bagi masyarakat di Sabah (terutamanya pantai Timur Sabah), aktiviti ini lebih dirujuk sebagai serangan Mundu. Hal ini mungkin ada kebenarannya memandangkan konsep lanun, rompakan di laut penculikan dan sebagainya ini tidak mampu menjelaskan keadaan yang berlaku ini malahan konsep tersebut banyak bertindan lapis, mengelirukan dan gagal untuk mengenal pasti bentuk aktiviti yang berlaku di Sabah. Berdasarkan kepada permasalahan ini, maka artikel ini dengan menggunakan beberapa contoh akan cuba untuk mengetengahkan satu konsep iaitu Mundu yang mungkin akan membantu menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di Sabah. Kertas kerja ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian utama. Bahagian pertama akan melihat definisi Perlanunan dan rompakan Bersenjata di Laut yang banyak menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi apabila membandingkan dengan keadaan yang berlaku di Pantai Timur Sabah. Bahagian kedua akan cuba melihat definisi dan beberapa krateria Mundu yang dilihat mampu menjelaskan kesemua keadaan yang berlaku di Sabah. Bahagian ketiga melihat latar belakang dan fenomena semasa yang berlaku di Pantai Timur Sabah berkait dengan ancaman Mundu. Bahagian empat, melihat beberapa insiden serangan, rompakan dan penculikan oleh Mundu dan bahagian akhir kesimpulan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
DOLLAH, Ramli. LANUN ATAU MUNDU DI SABAH. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 9, p. 171-188, dec. 2004. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/5935>. Date accessed: 20 nov. 2019.
Section
Articles