MASALAH SOSIAL DI BANDAR SEMENANJUNG MALAYSIA: TINJAUAN DARIPADA PERSPEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA

Main Article Content

Haris Abd. Wahab

Abstract

Masalah sosial merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku dalam masyarakat hari ini. Setiap hari kita dapat melihat di kaca televisyen dan suratkhabar pendedahan mengenai pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku dalam masyarakat. Masalah jenayah dan salah laku yang berlaku dalam masyarakat menarik perhatian awam dan menjadi bahan perbahasan politik semasa. Orang awam berada dalam keadaan khuatir dan gelisah terhadap bahaya dan kesan salah laku sosial dalam masyarakat serba moden yang mengutamakan individualisme dan materialisme dalam kehidupan mereka. Masalah sosial mempunyai pengertian yang luas, is bukan hanya mencakup permasalahan kemasyarakatan tetapi juga yang mencakupi permasalahan dalam masyarakat yang berkaitan dengan gejala-gejala abnormal dalam kehidupan masyarakat. Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu, masalah sosial boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian bagi keadaan yang menimbulkan kesulitan kepada sesebuah masyarakat. Masalah sosial sering dikaitkan dengan keadan tertentu seperti kemiskinan, kebuluran, jenayah dan fenomena sosiobudaya yang menghalang masyarakat daripada mengecapi potensi maksima mereka (Eitzen,1984) dan ketidakseimbangan dalam masyarakat sehingga unit tersebut mengklasifikasikan individu sebagai devian (Becker, 1967). Tingkah laku devian merujuk kepada aktiviti yang mengambil tempat dalam masyarakat serta tindakan atau perbuatan melanggar norma-norma yang wujud dalam masyarakat, komuniti dan organisasi bagi tempoh tertentu. Unsur sosiobudaya biasanya mempengaruhi tingkah laku devian. Tingkah laku devian adalah sesuatu yang arbitari dan wujud kerana proses labelling yang mengambil tempat dalam masyarakat pada hari ini. Proses labelling ini dilakukan dengan giat oleh unit masyarakat yang mempunyai kuasa (kerajaan tempatan, kerajaan negeri, atau manamana badan berkanun) kerana mereka berusaha dengan giatnya untuk mencapai `UTOPIA' (keadaan masyarakat yang ideal dan sempuma) dalam perjuangan mereka. (Eitzin dan Zinn, 2000) Berdasarkan penjelasan di atas, masalah sosial dapatlah ditafsirkan sebagai keadaan yang tidak digemari oleh orang ramai dan perlu dibasmi, diselesai atau 55 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 diperbaiki melalui tindakan bersama oleh anggota-anggota masyarakat (Julian, 1996; Tallman dan McGee, 1971; Abd. Hadi, 2004). Oleh itu masalah sosial dilihat mempunyai dua unsur utama iaitu tingkah laku yang menentang atau menyimpang dan norma-norma masyarakat. Kepincangan institusi keluarga menjadi asas kepada wujudnya masalah sosial. Perubahan tingkah laku individu dalam keluarga memerlukan campur tangan daripada masyarakat agar masyarakat dapat meneruskan fungsinya. Untuk itu, perlu ada usaha bagi memelihara dan mengembangkan keberfungsian sosial sesuatu masyarakat kerana masalah sosial melibatkan aspek yang berkait dengan individu dan sosial dalam masyarakat. PERSPEKTIF MASALAH SOSIAL Masalah sosial boleh dibincangkan daripada dua perspektif, iaitu perspektif sosiologi dan perspektifkriminologi. Mengikut perspektif sosiologi, masalah sosial melibatkan penelitian permasalahan sosial melalui kajian dan menganalisis pelbagai gejala dalam kehidupan masyarakat. Kerja sosial pula merupakan profesion utama dalam bidang kebajikan sosial yang berusaha untuk mengatasi gejala abnormal dalam masyarakat, atau memecahkan persoalan-persoalan yang dihadapi oleh masyarakat. Burgess (1968) telah mengelompokkan masalah sosial kepada lima kategori yang utama, iaitu: (i) patologi organik individual, (ii) patologi sosial, (iii) kecelaruan peribadi dan sosial, (iv) konflik nilai, dan (v) proses. Manakala Eitzen dan Zinn (2000) telah mengkategorikan masalah sosial kepada dua subtopik, iaitu (i) salah laku norma (norm violations), dan (ii) keadaan sosial (social condition). Klasifikasi masalah sosial yang mereka buat bersifat arbitari, tetapi ia boleh membantu dalam memahami mekanisme masalah sosial. Masalah sosial yang berbentuk salah laku norma (norm violations) merujuk secara tidak langsung kepada ketidakseimbangan sosial yang mengambil tempat dalam masyarakat. Ketidakseimbangan sosial yang sering berlaku dalam masyarakat ialah seperti tercicir dari sekolah, kemiskinan, 'intellectual instability', kebuluran, jenayah, dan keganasan rumahtangga. Salah laku norma tidak mempunyai standard yang mutlak. Ini bermakna masalah sosial merupakan satu keadaan yang abstrak dan dapat dipersoalkan, serta berlaku 'double standard' dalam pengamalannya. Keadaan ini berlaku kerana masalah sosial sebenarnya bersifat subjektif dan ia boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan masa. Mungkin pada suatu ketika perkara yang berlaku dianggap sebagai masalah sosial dan pada masa yang lain, perkara yang sama tidak dianggap sedemikian. Keadaan ini dapat difahami melalui contoh berikut: a. pembunuhan dilihat sebagai satu masalah sosial yang sangat serius. Namun pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di medan perang diterima umum oleh segenap lapisan masyarakat, malah mereka juga diberi pingat dan penghargaan atas tindakan yang mereka lakukan. 56 Haris - Masalah Sosial Di Bandar b. individu yang `mendengar Tuhan' bercakap kepada mereka dianggap sebagai pesakit `schizophrenic'. Namun individu yang berurusan' dengan Tuhan (para paderi dan sami), dihormati dan nasihat mereka akan diikuti dengan akur. c. kegiatan pelacuran merupakan suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh masyarakat di sesetengah negara. Mereka yang terlibat akan ditangkap dan didenda mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Namun di negara lain, kegiatan pelacuran dianggap sebagai kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pertumbuhan negara. Masalah sosial berbentuk keadaan sosial (social condition) merujuk kepada kesukaran yang berbentuk fizikal yang dialami oleh seseorang individu. Kesukaran fizikal ini ditafsirkan sebagai kekurangan dalam bentuk material. Zinn (2000) telah merujuk kepada Teori Keperluan Diri yang dipelopori oleh Abraham Maslow bagi menjelaskan aspek yang berkaitan dengan kesukaran fizikal yang dinyatakan. Teori ini menerangkan secara mendalam mengenai set-set keperluan yang hendak dipenuhi untuk menjalani kehidupan yang selesa. Hierarki keperluan yang dibincangkan oleh Abraham Maslow ialah keperluan (i) fisiologi, (ii) keselamatan, (iii) sokongan kumpulan, (iv) penghormatan, dan (v) 'Self-actualization' (ini merujuk kepada penglibatan yang konstruktif dan kreatif dalam sebarang aktiviti yang membangun). Apabila salah satu daripada keperluan ini tidak dapat dipenuhi oleh seseorang individu, maka mereka akan mula melanggar peraturan dan norma-norma yang ditetapkan oleh masyarakat. Ini bermakna masalah sosial akan wujud apabila keperluankeperluan yang dinyatakan tidak dipenuhi. Dan perspektif kriminologi pula, masalah sosial dikaitkan dengan perlakuan jenayah. Berdasarkan kepada Akta Kanun Keseksaan, terdapat 20 kategori masalah sosial yang merangkumi 400 jenis jenayah. Banyak kajian telah dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang kriminologi bagi mengenalpasti punca terjadinya masalah sosial. Menurut Clifford (1969) kelas sosial dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kegiatan jenayah. Beliau mendapati kebanyakan penjenayah dan perbuatan jenayah dilakukan oleh golongan kelas bawahan dalam masyarakat. Akibatnya ramai remaja dan kanak-kanak lebih tertarik kepada nilai-nilai, norma sosial dan amalan jenayah tersebut. Pandangan ini disokong oleh Miller (1975) yang mengatakan bahawa jenayah dan delikuensi banyak berlaku di kawasan dan di kalangan masyarakat kelas rendah. Masalah ini berlaku kerana mereka amat mementingkan aspek berikut: (i) trouble , (ii) toughness, (iii) smartness,(iv) excitement, (v) fate dan (iv) autonomi. Kadangkala sesuatu masalah itu timbul akibat daripada keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Bagi memastikan kehendak mereka dapat dipenuhi, pelbagai cara atau teknik telah digunakan untuk tujuan tersebut (Merton, 1970) dan dalam usaha memenuhi sesuatu keinginan, seseorang akan terdedah dengan kesempatankesempatan yang tidak sah dan boleh menyebabkan mereka melanggar undangundang (Richard dan Llyod, 1960). Apabila sebahagian keinginan itu tidak dapat 57 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 dicapai, maka banyaklah masalah yang akan timbul di dalam masyarakat. KAWALAN MASALAH SOSIAL Masalah sosial yang mengganggu kesejahteraan negara semakin bertambah dengan meningkatnya kejadian jenayah, pelacuran, penderaan kanak-kanak, keciciran, kenakalan juvana, keganasan dalam keluarga, perceraian, pengangguran, lari dari rumah, penganiayaan terhadap orang tua, belia berpeleseran dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah sosial yang berlaku, maka perlulah dilaksanakan langkah-langkah kawalan yang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Peningkatan dalam amalan keagamaan merupakan faktor kawalan utama dalam mengatasi keinginan untuk melakukan sesuatu yang melanggar nilai, norma serta undang-undang. Kawalan sosial merupakan proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat termasuk undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan institusi tahanan. Kawalan kepada masalah sosial merangkumi suatu penghasilan tingkah laku yang dianggap normal dan juga penindasan tingkah laku devian atau yang menyimpang (Rokiah Ismail, 2002). Kawalan masalah sosial boleh dilaksanakan melalui undang-undang, keluarga, sekolah, tempat kerja dan komuniti. Kawalan masalah sosial merangkumi pengaturan tingkahlaku yang dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Kawalan secara formal melibatkan negara dan undang-undang yang berkait dengan aktiviti-aktiviti sistem keadilan jenayah. Manakala kawalan secara tidak formal melibatkan kawalan peribadi, kawalan daripada keluarga, dan komuniti sendiri (Nye, 1973) bagi menyekat seseorang individu daripada terlibat dalam masalah sosial. Kawalan ini akan menjadi penghalang kepada seseorang individu untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Selain itu, ahli komuniti perlu ada bendungan dalaman iaitu kekuatan diri dalam menangani kehampaan dan juga bendungan luaran iaitu 'public image' yang baik (Reckless, 1964). Di samping itu, seseorang individu juga perlu mempunyai komitmen untuk tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Komitmen ini akan berlaku melalui ikatan antara seseorang individu dengan agensi-agensi yang tidak menyokong perbuatan jenayah, penglibatan individu dalam perbuatan yang tidak bertentangan dan kepercayaan seseorang kepada kesahan undang-undang atau peraturan (Hirschi, 1969). Dalam membincangkan kawalan kepada masalah sosial, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, antaranya ialah implikasi risiko dan keadaan berisiko yang tidak dikawal/dicegah kepada individu dalam masyarakat. Tema risiko (risk) dan berisiko (at-risk) seringkali digunakan dalam pelbagai bidang sains sosial bagi merujuk situasi tertentu. Mengikut McWhrirter (1993) tema berisiko adalah satu set sebab musabab' (perhubungan di antara sebab dan akibat yang bersifat dinamik yang dijangkakan boleh meletakkan individu di dalam situasi semasa yang bahaya). Menurut Merton (1971), perkara atau faktor yang menjadi penggalak kepada perkembangan masalah sosial di kalangan manusia adalah disebabkan oleh sikap toleransi dan pesimis individu terhadap perubahan sosial di sekelilingnya. Keduadua sifat ini amnya mempunyai kesan negatif apabila tiada reaksi atau reaksi yang 58 Haris - Masalah Sosial Di Bandar lemah terhadap sesuatu penyelewengan (Smelser, 1976). Individu yang berisiko seringkali dilihat sebagai sangat lemah, mudah dipengaruhi, mudah dimanipulasi oleh faktor risiko serta gagal mengadaptasikan diri dengan cabaran, perubahan serta keperluan sosial dan ekonomi semasa. Keadaan berisiko ini akan menyebabkan individu gagal berfungsi dengan baik dalam menghadapi perubahan yang dialami. Individu yang berisiko juga memperlihatkan corak hidup atau amalan sosial yang negatif seperti penggunaan dadah, hubungan seksual bebas, ponteng sekolah dan menghidap penyakit HIV. Faktor risiko pula adalah keadaan yang mendesak anggota masyarakat ke arah perbuatan bermasalah atau pemudah ke arah tingkah laku sosial bermasalah (Loftland, 1969). Lazimnya faktor yang menggalakkan kepada sesuatu kejadian masalah sosial adalah faktor yang berkemampuan untuk mencambahkan berbagaibagai masalah sosial. Faktor ini seringkali diistilahkan sebagai faktor risiko (Jessor, 1992). Faktor risiko ini boleh dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu: (i) faktor biologi-genetik, (ii) faktor persekitaran sosial, (iii) faktor alam semulajadi, (iv) faktor personaliti, dan (v) faktor tingkah laku. OBJEKTIF KAJIAN Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang bentukbentuk masalah sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat bandar di Semenanjung Malaysia. Setelah kajian ini selesai dijalankan perkara-perkara berikut dapat diketahui: 1. bentuk masalah sosial yang banyak berlaku dalam masyarakat di bandarbandar utama di Semenanjung Malaysia. 2. salah laku sosial yang banyak dilakukan oleh remaja lelaki dan perempuan di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. 3. cadangan untuk mengawal masalah dan salah laku sosial remaja yang berlaku dalam masyarakat bandar di Semenanjung Malaysia. METODOLOGI KAJIAN Bagi tujuan meneliti isu masalah sosial dan tingkah laku yang berlaku dalam masyarakat bandar, satu tinjauan telah dilakukan terhadap orang ramai di Semenanjung Malaysia. Seramai 1368 orang responden telah terlibat dalam tinjauan ini (Jadua] 1). Pengumpulan data telah dilakukan menggunakan borang soal selidik. Pemilihan responden sebagai sampel kajian adalah menggunakan teknik berkelompok dan persampelan kuota. Teknik persampelan berkelompok digunakan untuk memilih bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Bandar-bandar utama ini dikelompokkan kepada empat mengikut zon, iaitu selatan (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor), tengah (Kuala lumpur dan Selangor), utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak), dan timur (Kelantan, Terengganu, dan Pahang). 59 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Pemilihan responden kajian dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan kuota. Teknik persampelan ini digunakan kerana is menjamin bahawa sekurang-kurang semua sub-populasi yang ingin dikaji diwakili dalam persampelan akhir. Pemilihan responden dibuat berdasarkan pembolehubah jenis rumah kediaman, kaum dan jantina. Bagi mencapai matlamat ini, responden yang dipilih terdiri daripada mereka yang tinggal di kediaman jenis kos rendah, kos sederhana dan mahal. Responden kajian juga mengambilkira semua kaum utama (Melayu, Cina dan India) dan jantina (lelaki dan perempuan) bagi menggambarkan situasi bandar di Semenanjung Malaysia (Jadual 1). Borang soal selidik ini mengandungi beberapa bahagian, iaitu maklumat berkaitan dengan latar belakang responden, masalah sosial yang banyak berlaku, bentuk salah laku remaja dan cadangan untuk mengatasi masalah sosial dan salah laku remaja. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisa dengan menggunakan program komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Maklumat dibentangkan dalam bentuk bilangan, peratusan dan jadual silang. Jadual 1: Maklumat Latarbelakang Responden Kajian Perkara Bilangan Peratus Zon Selatan 367 26.8 Tengah 474 34.6 Utara 176 12.9 Timur 351 25.7 Jumlah 1368 100.0 Jenis rumah kediaman Rumah murah 638 46.6 Rumah mahal/sederhana 730 53.4 Jumlah 1368 100.0 Kaum Melayu 827 60.4 Cina 432 31.6 India 109 8.0 Jumlah 1368 100.0 Jantina Lelaki 680 49.7 Perempuan 688 50.3 Jumlah 1368 100.0 60 Hails - Masalah Sosial Di Bandar MASALAH SOSIAL MENGIKUT KAWASAN BANDAR Responden yang dipilih diminta menyatakan apakah masalah yang paling utama berlaku di kawasan tempat tinggal mereka. Responden kajian menyatakan empat puluh enam jenis masalah sosial yang banyak berlaku dalam masyarakat di bandar. Kemudian jawapan yang diberikan oleh responden dikategorikan semula. Setelah dikategorikan semula, didapati enam belas masalah sosial yang banyak berlaku dalam masyarakat di bandar. Bentuk masalah sosial secara keseluruhan dan mengikut zon (selatan, tengah, utara dan timur) bandar di Semenanjung Malaysia ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah. Berdasarkan penemuan hasil kajian, terdapat tiga kategori masalah sosial yang banyak berlaku dalam masyarakat bandar di Semenanjung Malaysia. Masalah tersebut ialah jenayah (28.0%), penyalahgunaan dadah (20.8%) dan lepak (10.1%). Berdasarkan penemuan kajian, didapati masalah jenayah merupakan masalah utama yang berlaku di bandar di utara (35.2%), selatan (29.4%), tengah (26.6%) dan timur (24.7%) tanah air (Jadual 2). Secara umumnya pola kejadian jenayah di Malaysia hampir sama dengan keadaan di negara maju. Berdasarkan Jenayah Indeks yang dikenalpasti di Malaysia, didapati kategori jenayah harta benda dan kekerasan merupakan yang paling banyak berlaku. Kategori jenayah ini menjadi tumpuan tindakan pelaksanaan dan pencegahan oleh pihak polis dan juga badan bukan kerajaan dan masyarakat sendiri. Kesalahan yang tergolong dalam kategori jenayah ini ialah rompakan bersenjata api, kes mencuri kenderaan bermotor, pecah rumah dan mencuri sama ada pada waktu siang atau malam (Rokiah Ismail, 2002). Kejadian jenayah di bandar banyak dikaitkan dengan kehadiran pendatang tanpa izin. Ini kerana kawasan bandar di Semenanjung Malaysia menjadi tumpuan pendatang tanpa izin. Kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia berlaku dengan banyaknya bermula tahun 1995. Berikutan dengan itu, kadar jenayah dalam negara telah meningkat sebanyak 15 peratus sejak tahun 1995 (New Straits Times, 20 Oktober, 1998). Bentuk jenayah yang banyak dilaporkan berlaku ialah seperti merompak, mencuri, merogol dan kongsi gelap. Selain kedatangan pendatang tanpa izin, analisis pihak polis juga mendapati masalah kemelesetan ekonomi juga mempengaruhi peningkatan kadar jenayah sejak beberapa dekad kebelakangan ini (Utusan Malaysia 23 Ogos 1999). Ketika kemelesetan ekonomi melanda negara pada tahun 1975 dan 1986 didapati kadar jenayah berada pada tahap yang paling tinggi. Di mana pada tahun 1986, didapati bilangan jenayah keganasan ialah sebanyak 12,845 kes dan bilangan jenayah harta benda pula sebanyak 82,314 kes. Begitu juga apabila krisis ekonomi melanda negara pada tahun 1997 dan 1998, telah meningkatkan kadar jenayah di negara kita. Bilangan jenayah keganasan pada tahun 1997 (16,919 kes), 1998 (19,673 kes) dan tahun 1999 (21,157 kes) adalah tinggi di Malaysia. Begitu juga dengan kejadian jenayah harta benda pada tahun 1997 (104,257 kes), 1998 139,186 kes) dan tahun 1999 (147,958 kes). Ketidakseimbangan keadaan sosioekonomi yang terhasil daripada proses pembangunan yang dialami negara juga boleh menyebabkan wujudnya lebih banyak 61 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 peluang kejadian jenayah. Ketidakseimbangan dan segi pendapatan, mobiliti sosial, penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar serta hubungan kekeluargaan yang semakin renggang memainkan peranan yang besar dalam peningkatan kadar jenayah dalam negara, khususnya di bandar-bandar besar. Masalah penyalahgunaan dadah masih lagi merupakan masalah yang banyak berlaku dalam masyarakat di bandar utama Semenanjung Malaysia. Masalah penyalahgunaan dadah banyak berlaku dalam band& di kawasan tengah (23.4%), timur (23.0%), selatan (17.2%) dan utara (16.5%) (Jadual 2). Keadaan ini berlaku kemungkinan disebabkan bekalan dadah mudah diperoleh di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan bandar yang hampir dengan sempadan negara jiran seperti Kota Bharu, Alor Star, Kangar dan Johor Bharu. Sindiket dadah menggunakan pelbagai kemudahan pengangkutan yang terdapat di bandar bagi mengedarkan dadah kepada pengedar tempatan. Selain itu, kemudahan menarik golongan sasaran juga telah menyebabkan pengedar dadah senang memasarkan dadah yang mereka peroleh. Biasanya pengedar dadah di bandar menjadikan remaja sebagai golongan sasaran mereka. Hakikatnya masalah penggunaan dadah berkait rapat dengan peningkatan jenayah dalam masyarakat. Perangkaan Polis DiRaja Malaysia menunjukkan pada tahun 1983 terdapat sebanyak 15296 kes penjenayah dipenjara. Daripada jumlah tersebut didapati 6535 kes terlibat dengan dadah. Manakala pada tahun 1985 pula sebanyak 18096 kes penjenayah dipenjara dan sebanyak 7486 kes terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Perangkaan sehingga 30 september 2000 menunjukkan seramai 8470 penagih dadah yang sedang mengikuti program rawatan di Pusat Serenti. Selain daripada masalah jenayah dan penyalahgunaan dadah, masalah sosial yang mendapat perhatian semua pihak ialah masalah inses. Secara amnya, inses bermaksud perhubungan jantina antara pasangan lelaki dan perempuan yang dilarang bernikah oleh agama atau adat. Walaupun peratusan kejadian inses di bandarbandar utama Semenanjung Malaysia kecil, tetapi masalah ini telah menarik perhatian banyak pihak. Masalah inses ini jika tidak dibendung akan menimbulkan pelbagai kekeliruan dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Penelitian hasil kajian menunjukkan peratusan inses adalah banyak berlaku dalam masyarakat bandar di utara (1.7%) dan timur (1.4%) tanah air. Namun demikian masyarakat di bandar lain tidak terlepas daripada masalah sosial ini (Jadual 2). Abd. Hadi (1998) menyatakan keadaan-keadaan persekitaran sosial yang membolehkan inses berlaku ialah mangsa yang senang didekati oleh penceroboh dan ketiadaan hadangan yang berkesan. Dalam konteks jenayah, kemampuan penjenayah menghampiri mangsa merupakan satu faktor yang amat penting. Jadi dalam masalah inses, sasaran atau mangsa adalah seorang perempuan yang senang didekati oleh bakal pesalah kerana tinggal serumah atau berhampiran dengan penceroboh. Ketiadaan hadangan yang berkesan pula merujuk kepada ketidakhadiran "orang berkesan" yang mampu menjadi agen kawalan tidak formal dalam sesebuah keluarga. Kehadiran mereka merupakan satu bentuk pengawasan tidak rasmi dan 62 Jadual 2: Pandangan Masyarakatdi BandarTerhadap Masalah Sosial Haris - Masalah Sosial Di Bandar Keseluruhan e3-*!, 28.0 4.3 1.0 a1 --, 2.5 20.8 VD tn -■ 6 r--- ■6 7.2 1.3 3.2 3.8 1.8 en ,-- in d 0 o ,-, . - act 383 in cr, 13 csi 34 284 77 138 — c:r, oo cr, 18 4 In 25 18 ao sc M ,-1 Zon Timur 24.7 6.3 ,-. ,--, 23.0 7.1 12.3 .--.1 4:5 71: d 3. O 1 N N —, 6 0 o ,-, .64 87 (-1 Len VD it) cc CV el 43 N --. r‘l —, crk Cr, tr) (-1 ,-, If) CP') Utara C" 35.2 0 71" 1.7 t---- .--I 4.0 tr) ,- tr) r --- in r--- 0' \ 2.8 3.4 3.4 ■c) 7t: ,---, ,---■ .— r-o 0 6, © v■I CA C --- (c) cc) C--- 01 N C71 0 (--- tr) .fD VD 00 N N I N Tengah c C"-- ,..0 N ,c 3.8 0.4 c -,i 2.3 23.4 C71 tri 01 C7 00 :::i ■D \.0 (=> 3.4 ---, kr; VD d r---- •-∎ 0.4 <=:, c; 0 1-1 —. iz. 126 18 N CA ,—, ,--. ,—. ,- -■ -■ 00 CV 47 32 ,--■ cc) cc) VD ,--, 24 ce) 00 N IC-- •I• Selatan es CS \ CA 3.3 0.8 1.4 0.£ C--: 4. 1 10.3 5.2 12.5 01 .--■ 0*£ 3.3 3.0 00 d 00 d 0 c:=1 o ,-1 Bil. 108 12 63 15 00 01 VD ,--■ c-i --, l"-- M Bentuk Masalah Sosial Jenayah Vandalisme cn a) c, Masalah Perpaduan Merokok, Judi dan Arak Penggunaan Dadah Pergaulan Bebas Lepak Seks Bebas Kemiskinan Pencemaran Lalu LintasJalan Raya Delikuensi Masalah Kesihatan Masalah Rumah Tangga Gangguan Seksual = CI E = 63 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 mampu menjadi satu bentuk halangan kepada kelakuan yang tidak diingini berlaku. TINDAKAN MENGAWAL MASALAH SOSIAL DI BANDAR Pelbagai langkah dan tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa untuk membendung masalah sosial daripada terus berleluasa dalam masyarakat. Namun demikian, kita perlu mengakui bahawa langkah atau tindakan yang diambil tidak dapat mencegah kejadian tersebut daripada tidak berlaku langsung. Dalam kajian ini, responden telah mencadangkan beberapa tindakan yang sesuai diambil bagi mengatasi masalah sosial yang berlaku di kawasan masing-masing. Kebanyakan responden mencadangkan dua bentuk cara kawalan masalah sosial, iaitu kawalan berbentuk formal dan tidak formal. Kawalan berbentuk formal melibatkan sistem tatacara dan sistem autoriti seperti peraturan, undang-undang dan peranan agensi seperti polis, mahkamah, pusat tahanan dan badan kebajikan masyarakat. Kawalan tidak formal pula lebih cenderung untuk mensosialisasikan atau mengintegrasikan individu dengan norma masyarakat melalui teguran, pujian dan usaha sokongan. Justeru itu, peranan yang dimainkan oleh keluarga , jiran, sekolah dan sebagainya amat penting dalam mengintegrasikan masyarakat. Kawalan formal yang dicadangkan oleh responden adalah berkait dengan penguatkuasaan undang-undang (25.5%). Kawalan formal ini bersifat social exclusive (melalui penghukuman secara sosial) yang sering digunakan dalam aspek pencegahan berhubung kes-kes jenayah harta benda, jenayah kolar putih, jenayah yang melibatkan kekerasan, dan masalah delinkuens serta penyalahgunaan dadah. Penemuan ini menunjukkan masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat di bandar percaya bahawa penguatkuasaan undang-undang lebih berkesan untuk menangkis (deteren) ahli masyarakat daripada melakukan penyimpangan sosial atau pelanggaran undang-undang. Dengan itu, setiap individu akan berhati-hati agar tidak melakukan kesalahan serta tidak mengulangi kesalahan demi menggelakkan diri daripada hukuman. Sebanyak 22.8 peratus daripada responden mencadangkan agar menggunakan pendekatan keagamaan dalam menangani masalah sosial. Penggunaan pendekatan keagamaan ini adalah berbentuk social inclusive (melalui proses sosialisasi) bagai mencegah masalah sosial daripada berlaku. Keadaan berisiko kepada kejadian masalah sosial akan dapat dikurangkan melalui pendidikan agama. Pendidikan agama yang sewajarnya akan dapat membantu individu menilai sesuatu perbuatan sama ada baik ataupun buruk. Kelompok masyarakat yang berilmu pengetahuan akan lahir dalam masyarakat sekiranya masyarakat itu dibekalkan dengan asas-asas keagamaan yang kukuh. SALAH LAKU SOSIAL REMAJA MENGIKUT KAWASAN BANDAR Golongan remaja mempunyai tanggungjawab dan peranan yang amat penting di dalam penerusan dan pengekalan institusi dan sistem kemasyarakatan dalam negara. Namun begitu, para remaja tidak dapat lari dari masalah dan kerenah tingkah laku negatif atau salah laku sosial. Golongan remaja ini dikatakan berada pada tahap 64 Haris - Masalah Sosial Di Bandar Jadual 3: Cadangan Utama Untuk Menyelesaikan Masalah Sosial Cadangan mengatasi masalah sosial Bilangan Peratus Memberi Didikan Agama 312 22.8 Penguatkuasaan Undang-undang 349 25.5 Memberi Motivasi 46 3.4 Menjalankan Kempen Kesedaran 110 8.0 Memberi Kaunseling 95 6.9 Meningkatkan Peranan Ibu Bapa 102 7.5 Menjalankan Aktiviti Pemulihan 32 2.3 Meningkatkan Peranan Media Massa 20 1.5 Meningkatkan Peranan Masyarakat 27 2.0 Meningkatkan Peranan Kerajaan 92 6.7 Menggalakkan Penglibatan Dalam Aktiviti Sekolah 19 1.4 Meningkatkan Peranan Pihak Sekolah 87 6.4 Melakukan Kajian 9 0.7 Meningkatkan Peranan Rakan Sebaya 6 0.4 Menyediakan Peluang Pekerjaan 7 0.5 Mengadakan Kerjasama Semua Pihak 44 3.2 Menyediakan Lebih Banyak Kemudahan Rekreasi 4 0.3 Tidak Jawab 7 0.5 Jumlah 1368 100.0 65 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 peralihan di mana mereka tidak lagi dianggap sebagai kanak-kanak tetapi tidak boleh diterima sebagai dewasa (Hopkins, 1983; Erikson, 1968). Dalam proses membesar dan mematangkan diri, remaja memerlukan bimbingan dan dorongan serta panduan yang sewajarnya agar mereka menjadi individu yang berdisiplin, bersopan santun dan bertanggungjawab. Sekiranya mereka tidak mendapat bimbingan dan asuhan yang sempurna, maka mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat serta menyimpang daripada norma-norma masyarakat. Peningkatan penglibatan remaja dalam aktiviti salah laku khususnya yang berbentuk jenayah merupakan satu daripada masalah sosial yang merungsingkan masyarakat. Dalam kajian yang dijalankan, responden kajian diminta menyatakan apakah masalah salah laku sosial yang berlaku di kalangan remaja di kawasan tempat tinggal mereka. Jadual 4 dan 5 menunjukkan bentuk-bentuk salah laku di kalangan remaja lelaki dan perempuan berdasar kawasan penempatan. 1. Salah Laku Sosial Remaja Lelaki Secara keseluruhannya terdapat 17 masalah salah laku utama di kalangan remaj a lelaki yang dinyatakan oleh responden. Empat masalah salah laku sosial yang paling banyak dilakukan oleh keseluruhan remaja lelaki ialah merokok, penggunaan dadah, lumba haram dan disiplin sekolah (Jadual 4). Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja dan belia yang paling ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan merokok. Golongan ini biasanya mempunyai sifat seperti mahu mencari kepuasan yang cepat, mudah kecewa, dan mudah pula untuk mencari jalan keluar daripada sesuatu persoalan atau masalah. Faktor yang sering dikaitkan dengan tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah ialah pengaruh rakan sebaya. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menunjukkan tiga bentuk salah laku yang paling banyak dilakukan oleh remaja bandar di seluruh negara iaitu merokok (17.1%), penggunaan dadah (13.2%) dan lumba haram (10.9%). Pecahan salah laku sosial yang dilakukan oleh remaja lelaki bandar mengikut zon menunjukkan salah laku sosial yang paling banyak dilakukan di selatan tanah air ialah menghisap rokok (20.7%), penggunaan dadah (14.4%) dan lepak (11.4%). Di kawasan tengah pula salah laku sosial yang banyak dilakukan oleh remaja lelaki ialah merokok (18.8%), penggunaan dadah (12.0%) dan diikuti dengan salah laku disiplin sekolah (10.3%). Bagi remaja di utara pula, mereka paling banyak terlibat dengan salah laku yang berkait dengan disiplin sekolah (14.8%), merokok (12.5 %) serta aktiviti penyalahgunaan dadah (11.9%). Bagi kawasan di pantai timur kebanyakan remaja lelaki paling banyak terlibat dalam salah laku lumba haram (14.8%), penggunaan dadah (14.0%) dan merokok (13.4%). 2. Salah Laku Sosial Remaja Perempuan Secara keseluruhannya terdapat 25 bentuk masalah salah laku sosial yang dilakukan oleh remaja perempuan di bandar. Masalah salah laku sosial yang paling banyak berlaku di kalangan remaja perempuan bagi semua bandar di Semenanjung Malaysia ialah masalah lepak (14.7%), masalah disiplin sekolah (13.7%) dan seks bebas 66 Haris - Masalah Sosial Di Bandar (13.1%) (Jadual 5). Berdasarkan kawasan, hasil kajian mendapati masalah salah laku remaja perempuan yang paling banyak berlaku di kawasan selatan ialah dari segi masalah disiplin sekolah (15.8%), lepak (15.90%) dan seks bebas (10.9%). Bagi kawasan tengah, remaja perempuan didapati paling banyak terlibat dalam salah laku seks bebas (19.2%), lepak (13.5%) dan diikuti masalah disiplin sekolah (12.2%). Di bandar-bandar utara tanah air, remaja perempuan didapati paling banyak terlibat dalam aktiviti melepak (19.3%), diikuti dengan pergaulan bebas (11.9%) dan melanggar disiplin sekolah (9.7%). Di kawasan timur pula, didapati masalah melanggar disiplin sekolah adalah paling banyak berlaku (15.4%), diikuti dengan masalah lepak (13.7%) dan masalah pergaulan bebas (13.7%). Berdasarkan penemuan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 5, didapati salah laku yang agak ketara berlaku di kalangan remaja perempuan bagi semua bandar di Semenanjung Malaysia ialah berkaitan dengan salah laku seks dan lepak. Golongan remaja perempuan mungkin terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral ini kerana terpengaruh dengan cara gaya hidup bebas sekarang. Keadaan ini dapat dilihat melalui kewujudan kumpulan bohsia di kalangan gadis-gadis remaja. Masalah lepak pula dianggap sebagai trend masa kini di semua kawasan sama ada di bandar atau luar bandar. Remaja yang terlibat dalam aktiviti melepak dikatakan lebih ramai datangnya daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah. Punca kepada aktiviti melepak ini adalah pelbagai seperti keadaan persekitaran, rumah sempit, bising, tidak ada ketenangan, sikap dan nilai remaja sendiri. Tingkah laku melepak dikatakan boleh mendedahkan remaja kepada tingkah laku devian oleh rakan-rakan seperti membaca dan menonton bahan lucah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin, berjudi, mengambil dadah dan lain-lain lagi. Penganalisis dalam bidang kriminologi menghuraikan keterlibatan dalam salah laku sosial, terutamanya di kalangan remaja banyak berpunca daripada ketiadaan reaksi masyarakat terhadap tingkah laku anti sosial (Abd. Hadi, 2004; Merton, 1957; 1971). Ketiadaan reaksi ini merujuk kepada kelonggaran atau izin yang seolah-olah diberikan kepada anggota masyarakat untuk melakukan perbuatan tertentu yang melencong dari peraturan tertentu dalam masyarakat mereka (Abd. Hadi, 2004). Tuntutan masyarakat yang memerlukan perilaku penyesuaian, sikap toleran dan permisif, takutkan akibat negatif dan penyelewengan dalam masyarakat itu sendiri merupakan faktor ketiadaan reaksi ini. TINDAKAN MENGAWAL SALAH LAKU SOSIAL REMAJA Beberapa cadangan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja lelaki dan perempuan telah disuarakan oleh responden kajian. Jadual 6 di bawah menunjukkan tindakan-tindakan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah salah laku remaja lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya didapati cadangan yang dikemukakan bagi mengatasi masalah salah laku sosial di kalangan remaja lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Dua cadangan yang paling banyak dikemukakan adalah meningkatkan 67 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Keseluruhan ei', ' 10.4 1.5 ,-- N 10.9 10.3 8.5 I 7.4 13.1 1.2 1.2 I 2.0 2.7 0.7 0 c; 0 ..-1 Bil. 142 N 234 149 41 1 54 101 17 27 7 3 00 en 1-1 U OZ Timur es35"' , 10.3 2.3 13.4 4 kr) cT c-, oci 5.4 14.0 1.4 4 1. 4.0 0.3 0 0 ..-■ Bil. 47 52 20 N Crl --■ ,—' —. rr) 49 v-) kr) 7I• I 4 1 ,.. kr) r9) Utara 14.8 12.5 11.4 3.4 11.4 2.3 0 oc; kr■ co ,- kr) ..t. <r) c; 3.4 ,.--■ -, — --, O 0 c; cz ,-, • N N 0 ,,c) (-.1 14 21 N DO .r::, N N t---- s.0 . t--- Teng ah 10.3 oo 7.8 5.3 cr, CT cr, kr) ..-+ CT cr, X) O . N . --, in . —.■ t--- .■ . I I 1.7 M I 0.2 O © 1.1 49 OC MN .71- 00 N 43 I LS N oc) r-- oc) oo "Tr t--- ..i. Selatan ....0 6-, Irl ,„; VD ___; N . Oc) N CP, _ ff.) cz) ,..,.; 11.5 C:, (-,-; VD 1--: OC ■.c> 14.4 S'£ 2.2 I 2.2 1.4 0 O © 1■1 • 40 12 42 ,—+ —, OC N kr) N fn V) 13 00 (",-) Co V:, kr) . N VZ en Salah lakuremaja lela ki Disinlin Sekolah Lari Dari Rumah Merokok Lu mba Haram Biadan Leu ak Seks Bebas Jenavah Gan2sterisme Pen22unaan Dadah Minum Arak Va ndalisme Kurang Didikan Agama Beriudi Meno nton Video Lucah Pergaulan Bebas Kesalahan Jalanraga 0 03 E = .-t Jadu al 4: Pandang an Masyarakatdi Bandar Terhadap Salah Laku Remaja Lelaki 68 Jadu al 5: Pandangan Masyarakatdi Bandar Terhadap Salah LakuRemajaPerempuan Haris - Masalah Sosial Di Bandar Keseluruhan :',..,'5" N r".; ci -. (-. VD c‘i r-- vS 7t 6 4.8 I r-. 71- "". m -- --; r- --; 0.4 I oo 4 cA rr: on 6 on -. VD r‘i N- 6 on 6 ■ID e5 on 6 ,-• cis 1.0 I -. 6 vnl 6 100.0 _4 •-, 0:1 r- oo cl ,. Cr, m Cr, ,. v:, 201 cr■ 15 r'I CA VD 54 .1- 18 '4D VD (:) .1- co ,t vn rl M c‘i t-- 1368 A 0 N = E 0 15.3 I 8.8 VI 2.8 I L L CT CT C-- . 7r -- C-- 0.3 2.8 e. VD en r.... VD 01 0.3 0.3 0.3 r- 7r CD. • ao 54 M 23 01 27 M 24 48 rn m ,71- VD — ,. 6 CT ,.. VD N on -. -, --, oo •ct vn . . 351 Utara ..,,* 1:) Cr; C). CT 7.3 ':). CD 8.0 'C). CD I rg rn ..... '''' vn 00 ,,c) CD 2.3 --. ,..-. 4.0 -. V-) ' 2.3 VD CD VD CD . VD CD VD CD on 7: . — VD c> 100.0 1-- -' VD -" rn -- --, 14 I -• cA 34 -. v.) -. 7r NI r- CT . 7r -. --, . --, .-, '(7.1 m -. . 176 Tengah . IN ' cl 6.3 " 00 L'I oo .c5 0.4 3.8 13.5 N N- -. ,-. --, ,.0 co 6.1 5.1 0.4 v:, O ,-• N— ,-. 0.4 1.3 0.2 N r---: VD ci, 0.2 VD c; 100.0 • = 02 58 Oc> M eq en 00 rl rn (.1 oo --. 64 -. 0, °O '' m gi 24 cl m 10 I V) CA VD .-. 34 t-,) ,-• on 474 Selatan c° Vi vs) .:,, o■ ,, 4.4 4.9 ' ,... 4 CT 4 CT 6 ,, CD r, r,i ' 5.2 3.3 0.3 1.4 N \ •rS 0.3 0.3 . 0.3 CD .c;, v1 eS .-.. —, C! o ,-1 = • go ln oo vn 0") CT C,1 VD .. 00 ^. . 15 I 55 I 40 CA 00 1 CT ". CA ". --, tr, 23 ,.. r. 1 ..■■ 22 I N I •Zr 367 Salah laku remaja perempuan Disiplin Sekolah Lari Dan Rumah Meroko Membuang Bayi Berpakaian Seksi Lumba Haram Biadap Lepak Seks Bebas Membazir Wang Jenayah Gangsterisme Penggunaan Dadah Pelacuran Minuman Keras Vandalisme Hamil Luar Nikah Kurang Didikan Agama Berjudi Materialistik Menonton Video Lucah Pergaulan Bebas Mudah Terpedaya Bunuh Dir Hedonisme ,a a E a 69 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Jadual 6: Cara Mengatasi Salah Laku Remaja Lelaki dan Perempuan Tindakan Lelaki Perempuan Bilangan Peratus Bilangan Peratus Meningkatkan Pengawasan Ibu Bapa 301 22.0 349 25.5 Menyediakan Ithidmat Kaunseling 160 11.7 213 15.5 Memberikan Didikan Agama/ Moral 240 17.6 294 21.5 Penguatkuasaan Undang-undang 217 15.9 104 7.6 Memberi Motivasi 78 5.7 86 6.2 Menjalankan Aktiviti Pemulihan 77 5.6 44 3.2 Meningkatkan Peranan Masyarakat 25 1.9 19 1.4 Menjalankan Kempen Kesedaran 47 3.4 49 3.6 Menggalakkan Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarela 48 3.5 24 1.8 Meningkatkan Peranan Kerajaan 22 1.6 8 0.6 Meningkatkan Peranan Pihak Sekolah 53 3.9 75 5.5 Memperkukuhkan Ikatan Kekeluargaan 29 2.1 41 3.0 Memperbanyakkan Kemudahan Rekreasi 2 0.1 3 0.2 Menjalankan Kajian 6 0.4 4 0.3 Meningkatkan Peranan Media Massa 11 0.8 13 1.0 Memberikan Latihan Kemahiran 12 0.9 11 0.8 Wujudkan Peluang Pekerjaan 11 0.8 2 0.1 Mengenakan Denda/ Hukuman 22 1.6 24 1.8 Tidal( Jawab 7 0.5 5 0.4 Jumlah 1368 100.0 1368 100.0 70 Haris - Masalah Sosial Di Bandar pengawasan oleh ibu bapa dan memberikan didikan agama atau moral kepada anakanak remaja. Kos kehidupan yang tinggi di bandar, mendorong ibu bapa bekerja untuk menampung keluarga. Keadaan ini menyebabkan tidak banyak masa yang dapat diluangkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, terutamanya anak remaja. Kesibukan dengan tugas harian dan kealpaan membahagikan masa, ramai ibu bapa tidak dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Kesannya ikatan kekeluargaan semakin tipis dan anak remaja akan mudah terdorong untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kesibukan ibu bapa dengan tugas harian menyebabkan kurangnya pengawasan mereka ke atas aktiviti anak, tidak berkesempatan untuk memberi didikan agama asas kepada anak serta tidak mengambil berat tentang pencapaian akademik anak-anak. Selain itu, ibu bapa yang mementingkan kerja juga mengabaikan tanggungjawab mereka berkongsi masalah dengan anak remaja dan menerapkan akhlak yang mulia dalam diri anak-anak. Kekurangan pengawasan oleh ibu bapa ke atas anak-anak, terutamanya remaja memudahkan berlakunya pelbagai bentuk salah laku (West, 1982; Wilson, 1987; Abd. Hadi, 2004). Menurut Abd. Hadi (2004) dalam kebanyakan komuniti, penyelewengan yang paling lazim ialah perbuatan delinkuen, jenayah dan percubaan hubungan seksual antara lelaki dan perempuan. Ketidakupayaan ibu bapa menguatkuasakan pengawasan ke atas anak-anak ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti tanggungjawab kerja yang berat, ketidakupayaan akibat daripada umur yang tua atau kecacatan fizikal, masalah dalam hubungan perkahwinan ibu bapa, kedegilan anak dan anak meninggalkan rumah ibu bapa mereka. Tindakan anak remaja meninggalkan rumah ibu bapa mereka dilihat sebagai langkah permulaan mereka untuk hidup berdikari. Keadaan ini dipermudahkan lagi dengan terdapatnya tarikan peluang pekerjaan di bandar Semenanjung Malaysia. Kedapatan peluang pekerjaan ini telah mendorong ramai remaja, terutamanya wanita untuk berhijrah ke bandar-bandar besar. Menurut Abd. Hadi (2004) pengaruh jarak dari keluarga ini telah memudahkan keterlibatan remaja, terutamanya wanita untuk terjerumus ke dalam kancah maksiat seperti pelacuran. KESIMPULAN Berdasarkan penemuan daripada kajian yang dijalankan, beberapa masalah sosial utama yang berlaku dalam masyarakat telah dikenalpasti, antaranya masalah jenayah, vandalisme, inses, merokok, buang bayi, penderaan, penyalahgunaan dadah, lepak, pergaulan bebas dan sebagainya. Masalah jenayah dan penggunaan dadah merupakan masalah sosial yang paling banyak dan paling meruncing berlaku dalam masyarakat, khususnya dalam masyarakat di bandar. Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak, lebih-lebih lagi pihak pemimpin dan agensi kerajaan diperlukan bagi mengatasi salah laku ini. Semua pihak perlu memandang serius akan perkembangan masalah sosial ini kerana perkembangannya dalam masyarakat boleh mempengaruhi aspirasi pembangunan negara pada masa depan. Ini kerana sebilangan besar yang terlibat 71 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 dalam masalah sosial ini terdiri daripada golongan muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa depan. Tanpa komitmen daripada semua pihak dan langkah pengguatkuasaan susulan, golongan ini akan mudah hanyut dan terjerumus ke dalam kancah masalah lain yang seterusnya boleh menggugat pencapaian pembangunan negara pada masa depan. Pemantauan dan penguatkuasaan undangundang adalah penting dalam membendung masalah sosial yang berlaku. Aktiviti dan program membendung masalah sosial perlu mengambilkira aspek yang berkaitan dengan faktor risiko yang boleh membiakkan masalah sosial dalam masyarakat. Pendedahan kepada risiko atau berada dalam keadaan berisiko boleh mencambahkan seseorang individu kepada kecenderungan melakukan tingkah laku antisosial. Lazimnya, faktor yang menggalakkan kepada salah laku sosial adalah faktor yang berkemampuan untuk mencambahkan berbagai-bagai masalah sosial lain dalam masyarakat. Pengenalpastian faktor risiko bagi kejadian masalah sosial memerlukan kerjasama bersungguh-sungguh daripada semua pihak. Masalah tidak akan selesai sekiranya setiap pihak saling lepas tangan' dan mengabaikan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Oleh itu, ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan mestilah gigih mengenalpasti keadaan berisiko 'the root of the problems' dan menggunakan alternatif yang terbaik bagi menyekat percambahan keadaan berisiko yang boleh menyumbang kepada kejadian masalah sosial. Asas kepada pembasmian keadaan berisiko adalah dengan menggunakan pendekatan pendidikan. Dalam konteks ini, aspek pendidikan akan menjadi faktor protektif yang boleh membantu memperkukuhkan kepatuhan masyarakat kepada undang-undang, peraturan dan norma-norma sosial dan seterusnya melindungi masyarakat daripada terlibat dalam salah laku yang tidak diingini. Pendidikan yang sempurna adalah pendidikan yang mampu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sekiranya individu dalam masyarakat diberikan didikan yang baik dan sempurna maka lahirlah kelompok masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan din serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Masalah sosial wujud sekiranya perubahan sosial menghakis faktor proaktif dan banyak mencetuskan faktor risiko. Hakisan faktor protektif dan pengukuhan faktor risiko boleh mencetuskan tingkah laku bermasalah dan seterusnya tingkah laku tersebut akan membawa kepada pelbagai masalah lain. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu untuk mengukuhkan faktor protektif dalam kehidupan masyarakat. Faktor protektif ini akan bertindak sebagai alat kawalan sosial yang tidak formal dan membolehkan individu akur pada norma masyarakat. 72 Haris - Masalah Sosial Di Bandar RUJUKAN Abdul Ghafar Taib, (1989). Dadah dan Pencegahannya di Malaysia. Kuala Lumpur: PAN Publishing (M) Sdn. Bhd. Abd. Hadi Zakaria (2004). Ketiadaan Reaksi Masyarakat Terhadap Kelakuan Anti Sosial. The Malaysian Journal of Social Administration. Vol. 3(1): 71-82. Abd. Hadi Zakaria. (1998). Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Becker, E. (1967). Beyond Alienation: A Philosophy of Education for the Crisis of Democracy. New York: G Braziller. Brown, R. (1965). Social Change and Social Walfare. Adelaide: Abiennal Conference of the Australian Associaton of Social Worker. Burgess, E. W. (1968). The Urban Community: Selected Papers from the Proceedings of the American Sociological. Eitzen, S. D. dan Zinn, M. B. (2000). Social Problem. (8th edn). Boston: Allyn and Bacon. Erikson, E, H. (1968). Identity, Youth and Crisis. New York: N.W. Norton. Hirschi, T. (1969). Causes of Delinquency. Berkeley, California: University of California Press. Hopkins, J.R. (1983). Adolescence—The Transitional Years. New York: Academic Press. Jessor, R. (1992). Risk Behaviour in Adolescents. Dalam Rogers, D. and Ginzberg, E. (eds). Adolescent at Risk: Medical and Social Perspectives. Boulder, Colorado: Westview Press: 19-34 Julian, J. (1977). Social Problem. (2nd. edn.). Englewood Cliffs: Prentice-Hall. Loftland, J. (1969). Deviance and Identity. Englewood Cliffs: Prentice-Hall. McWhirter, J. (eds) (1993). At-Risk Youth: A Comprehensive Response. Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Company. Merton, R. K. (1971). Social Problems and Sociological Theory. Dalam Merton, R. And Nisbet, R. (eds.). Contemporary Social Problems (3rd. edn.). New York: Harcourt Brace Jovanovich. Miller, W. B. (1975). Violence by Youth Gangs and Youth Group as a Crime Problem in Major American Cities. Washington D.C: National Institute for Juvenile Justice and Deliquency Prevention Office. 73 fad, Bilanigan 9, Disember 2004 New Straits Times, 20 Oktober 1998. Nye, F, I. (1973). Family Relationship and Delinquent Behaviour. Westpont, Conn: Greenwoc,c1Press. Reckless, `,.V. C. (1973). The Crime Problem. (5th. Edn). Englewood Cliff. N . J.: Prentice Hall. Rokiah Is mail (2002). Kawalan Sosial dan pelbagai Dimensi Fungsinya dalam Strategi Menangan i Jenayah dan Delinkuensi di Malaysia. Dalam Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Isriail (eds.). Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsa.an Malaysia: 88 —109. Smelser, N. J. (1976). Comparative Methods in the Social Sciences. Englewood Cliff. N.J.: Prentice-Hall Tallman, I dan McGee, R. (1971). Definition of Social Problem. Dalam Smigel, E.O. (ed). Handbook on the Study of Social Problems. Chicago: Rand McNaly and Company: 19-58. Utusan Malaysia, 23 Ogos 1993. West, D. J. (1982). Delinquency: Its Roots, Careers and Prospects. London: Heinemann. Wilson, H. (1987). Parental Supervision Re-Examined. British Journal of Criminology. Vol. 27: 275-301. 74

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
ABD. WAHAB, Haris. MASALAH SOSIAL DI BANDAR SEMENANJUNG MALAYSIA: TINJAUAN DARIPADA PERSPEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 9, p. 55-74, dec. 2004. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/5928>. Date accessed: 22 may 2019.
Section
Articles