PEMBONGKARAN PETEMPATAN KAMPUNG AIR DI PULAU BORNEO: KAMAN KES KOTA KINABALU, SABAH

Main Article Content

Amaluddin Bakeri Mohammad Raduan Mohd Ariff

Abstract

Petempatan kampung air merupakan bentuk petempatan tradisi yang lumrah terdapat di sebahagian besar pinggir pantai, pulau-pulau dan muara-muara sungai Pulau Borneo amnya dan negeri Sabah khasnya. Semasa keagungan kerajaan-kerajaan maritim sebelum abad ke-19, petempatan kampung air adalah bekas kota-kota yang menjadi pusat pentadbiran dan perekonomian sesebuah kerajaan maritim tersebut. Petempatan tersebut kemudiannya musnah akibat penjajahan kuasa-kuasa barat dan peranannya berubah daripada sebuah petempatan pusat kepada petempatan terpinggir. Pada masa kini, kebanyakan petempatan kampung air telah dianggap sebagai kawasan setinggan yang bermasalah. Ia juga dikatakan sebagai kawasan black area yang sering dikaitkan dengan pelbagai kegiatan jenayah antaranya termasuklah penyeludupan, perjudian, dadah dan pelacuran. Petempatan kampung air juga menjadi punca kepada berlakunya masalah pencemaran air sungai atau laut. Ini kerana sampah sarap dan sisa kumbahan penduduk dibuang terus ke sungai atau laut yang kemudiannya menghadirkan bau yang busuk serta pemandangan kurang menyenangkan. Dalam pada itu pembinaan rumah-rumah yang terlalu padat dan sesak telah mendedahkan petempatan kampung air kepada bahaya kebakaran. Keadaan di atas telah menyebabkan tidak semua kewujudan petempatan kampung air diiktiraf oleh kerajaan tempatan. Sebilangan petempatan kampung air dianggap oleh pihak berkuasa sebagai kawasan negatif dan bermasalah.2Pihak berkuasa mengkategorikan kampung-kampung air tersebut setaraf dengan penempatan setinggan.3Oleh yang demikian di penempatan tersebut tidak dilakukan sebarang bentuk pembangunan, malah pihak berkuasa telah mengambil pendekatan untuk menghapuskan petempatan kampung-kampung air dengan melaksanakan usaha pembongkaran terhadap petempatan yang terlibat. Bagi membincangkan usaha membongkar petempatan setinggan di kampung air dengan lebih mendalam, artikel ini akan meneliti aktiviti pembongkaran petempatan kampung air di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Bahagian awal artikel ini terlebih dahulu akan menghuraikan latar belakang petempatan kampung air di Sabah dari zaman keagungan kerajaan maritim pada abad ke-18 hingga masa kini. Perbincangan seterusnya akan melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan kampung air 1 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 pada masa kini sehingga membawa kepada pelaksanaan usaha pembongkaran petempatan tersebut. Seterusnya penelitian akan dibuat secara khusus tentang pelan tindakan dan pelaksanaan yang dibuat pihak berkuasa tempatan dalam merobohkan petempatan kampung-kampung air. Di bahagian akhir kertas kerja ini pula menghuraikan tentang kesan dan masalah yang berlaku setelah usaha membongkar petempatan kampung air dilakukan. LATAR BELAKANG PETEMPATAN KAMP UNG AIR Petempatan kampung air telah wujud sejak beberapa abad yang lalu. Petempatan kampung-kampung air yang besar merupakan bekas kota-kota bagi kebanyakan kingdom maritim. Antaranya termasuklah Kesultanan Maguindanao, Kesultanan Makassar, Kesultanan Sambas, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.4Pada abad ke-18, pantai barat negeri Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei dan pada masa yang sama sebahagian besar daripada pantai timur negeri itu menjadi wilayah takluk Kesultanan Sulu.' Pada masa pentadbiran Kesultanan Sulu, kampung air merupakan tempat tinggal bagi golongan aristokrat Taosug yang mentadbir wilayah-wilayah negeri Sabah. Petempatan golongan aristokrat Tousug ini didirikan di kawasan muara-muara sungai. Dengan demikian mereka mentadbir wilayah-wilayah kekuasaannya dan muara-muara sungai. Pada masa tersebut bahagian penghujung setiap penjuru kampung air dibina kubu-kubu pertahanan yang dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata dan menara kawalan. Selain itu, petempatan kampung air turut mempunyai "rumah bicara" yang digunakan untuk membincangkan hal-hal yang berhubung dengan pentadbiran negeri dengan pemimpin tempatan, majlis keramaian, menyambut tetamu dan tempat menaksir cukai. Kampung air juga dilengkapi dengan pelantar untuk kemudahan kerja-kerja seharian dan gedung untuk menyimpan sumber perikanan. Kesemua rumah penduduk didirikan di atas air kecuali rumah-rumah Datu.6 Sebilangan besar daripada penempatan kampung air di atas telah musnah akibat dibakar atau diserang oleh pihak Inggeris dalam usaha mereka menghapuskan lanun dan amalan perhambaan di Borneo Utara sekitar tahun 1880an. Petempatan yang musnah tidak dibangunkan semula kerana pihak Inggeris melaksanakan dasar pentadbiran yang berteraskan kepada ekonomi daratan. Pihak Inggeris tidak memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi yang berasaskan kelautan. Walau bagaimanapun ciri petempatan air di muara-muara sungai wujud juga semasa Borneo Utara berada di bawah pentadbiran British North Borneo Chartered Company (BNBCC) (1881-1941). Tetapi dalam skala yang kecil. Petempatan ini wujud kerana muara sungai telah dijadikan sebagai log pond dalam usaha membawa keluar kayu balak bagi tujuan eksport. Pekerja-pekerja yang terlibat telah membina perkampungan air berhampiran log pond bagi memudahkan mereka berulang-alik ke tempat kerja. Apabila usaha mengeksploitasi kayu balak selesai, biasanya pekerja-pekerja balak tersebut enggan berpindah ke tempat-tempat lain. Mereka mengambil tindakan berubah kepada pekerjaan lain seperti menjadi petani, nelayan, peniaga atau buruh 2 Amaluddin, Mohammad Raduan - Pembongkaran Petempatan Kampung Air pelabuhan. Perkampungan air ini dihuni oleh pembalak-pembalak tersebut dan seterusnya generasi mereka. Semasa berlakunya Perang Dunia Kedua, petempatan pinggir pantai khususnya bandar-bandar di muara sungai telah mengalami kemusnahan yang teruk. Ini disebabkan serangan yang dilakukan oleh tentera Jepun dalam usaha menawan Borneo Utara pada 1942 adalah dari arah laut.7Semasa Jepun mendarat hampir keseluruhan perkampungan air di muara-muara sungai telah terbakar. Penduduk hilang tempat tinggal dan mats pencarian. Pentadbiran Jepun (1942-1945) di Borneo Utara bersifat keras dan zalim.8 Dalam usaha membangunkan prasarana dan sistem pertahanan di Borneo Utara, Jepun telah melaksanakan kerahan tenaga. Keadaan ini menyebabkan penduduk sentiasa berada dalam keadaan kebimbangan. Sebilangan besar penduduk kampung air telah melarikan din ke pulau-pulau terpencil yang jauh dari pusat-pusat pentadbiran dan perdagangan. Di pulau-pulau ini mereka mendirikan perkampungan air yang barn, bersifat sementara. Bahan binaan rumah diperoleh daripada bahan-bahan dari kawasan persekitaran seperti kayu bertam, nibung, buluh dan nipah. British menawan kembali Borneo Utara pada tahun 1945 melalui tentera bersekutu di bawah pimpinan General Mac Arthur. Semasa usaha penawanan semula dijalankan, serangan juga dilakukan dari arah laut. Ini menyebabkan petempatan pinggir pantai mengalami kemusnahan sekali lagi khususnya petempatan yang berada di sekitar pelabuhan. Kehadiran semula British telah membawa keamanan kepada Borneo Utara. Penduduk yang telah melarikan diri ke hutan dan pulau-pulau terpencil semasa pentadbiran Jepun kembali semula ke tempat asal mereka bagi meneruskan aktiviti masing-masing. Di bawah pentadbiran Crown Colony (1945-1963) melalui Reconstruction and Development Plan 1948-1955, pihak British telah membangunkan semula Borneo Utara. Usaha pembangunan yang dilakukan oleh pihak British di bawah pelan tersebut lebih tertumpu di Kota Kinabalu. Kepesatan pembangunan ekonomi Borneo Utara telah menarik lebih ramai penduduk untuk berhijrah ke negeri itu. Penghijrah masuk ini antaranya suku kaum maritim dari Indonesia dan Filipina. Kemasukan suku kaum maritim tersebut telah menambah dan mengembangkan lagi perkampungan air di muara-muara sungai. Semua perkampungan air yang ada masih tertumpu di muara sungai, lazimnya berhampiran pelabuhan dan juga perkampungan nelayan di sepanjang pantai. Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 selepas bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia, ekonomi Sabah telah berkembang dengan pesat dan banyak kawasan negeri itu telah dibangunkan. Perkembangan ini sekali lagi menarik penduduk dari negara-negara jiran khususnya Indonesia dan Filipina untuk masuk ke Sabah. Mereka berhijrah untuk bekerja sebagai buruh ladang atau buruh industri. Mereka menjadi sumber tenaga buruh utama yang mendukung ekonomi Sabah. Selain daripada kepesatan ekonomi, penghijrahan mereka ke Sabah juga disebabkan oleh masalah ketidakstabilan ekonomi dan politik negara jiran itu.9 3 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Pendatang dari Indonesia dan Filipina hampir keseluruhannya tinggal di perkampungan air, khususnya berhampiran dengan pusat-pusat bandar. Tumpuan untuk tinggal di kawasan berhampiran dengan bandar menyebabkan kawasan perkampungan air menjadi sesak, kerana rumah yang dibina terlalu hampir antara satu sama lain. Pembinaan rumah di kawasan yang tepu dan padat di sesebuah kampung air, menyebabkan kampung air tersebut menjadi kotor dan kelihatan menjijikkan. Keadaan begini menyebabkan banyak pihak menganggap perkampungan air di Sabah hari ini sebagai kawasan setinggan. Selain dianggap kawasan setinggan, perkampungan air juga dianggap sebagai black area. Suasana perkauman dan segregasi di kampung air begitu jelas sehinggakan orang luar merasakan begitu terasing dan kurang selamat ketika berada di perkampungan air di Sabah. Di kawasan ini juga banyak aktiviti yang menyalahi undang-undang negara dijalankan oleh penduduk. Antaranya termasuklah menyimpan rokok dan batik yang di seludup dari Filipina dan Indonesia, tempat pengedaran dadah, penghidu gam, tempat perjudian, pelacuran, kecurian dan banyak lagi gejala sosial yang tidak sihat.1 ° Perlu dijelaskan, penghijrah masuk Filipina dan Indonesia tidak semua membina rumah di perkampungan air yang tertumpu di kawasan bandar. Sebilangan mereka yang masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah dan bimbang akan ditangkap oleh pihak berkuasa membina perkampungan air di tepi pulau-pulau yang agak jauh dari pusat bandar. Penempatan berhampiran pulau lazimnya didominasi oleh satu-satu suku kaum tertentu. Penghuni perkampungan air di pulau ini menjadikan pekerjaan menangkap ikan sebagai mata pencarian utama mereka. USAHA PEMBONGKARAN PETEMPATAN KAMPUNG AIR Perkampungan air di Sabah pada hari ini sebilangan besarnya dianggap oleh pihak berkuasa sebagai kawasan negatif dan bermasalah. Oleh yang demikian tidak semua petempatan kampung air diiktiraf oleh pihak kerajaan. Petempatan kampung air yang tidak diiktiraf telah dikategorikan setaraf dengan petempatan setinggan. Di petempatan tersebut pihak kerajaan tidak menyalurkan sebarang bentuk pembangunan, sebaliknya seboleh mungkin cuba menghapuskan kawasan petempatan tersebut. Salah satu langkah untuk menghapuskan petempatan kampung-kampung air yang tidak diiktiraf adalah dengan melakukan usaha pembongkaran rumah-rumah di perkampungan air yang telah dikenal pasti. Usaha pembongkaran petempatan setinggan di perkampungan air di Sabah khususnya di Kota Kinabalu telah dijalankan sejak pertengahan tahun 1980 an lagi. Tindakan membongkar rumah-rumah setinggan di perkampungan air tersebut adalah tertakluk kepada undang-undang yang diguna pakai bagi menangani masalah setinggan. Undang-undang berkenaan adalah Undang-undang Kecil Bangunan 1951, Land Ordinance (Chapter 68) dan Kanun Keseksaan (Panel Code) Seksyen 447.1 ' Perlu dijelaskan, sejak tahun 1986, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah memperkenalkan Polisi Pembendungan yang memberi kuasa kepada 4 Amaluddin, Mohammad Raduan - Pentbongkaran Petempatan Kampung Air semua kerajaan tempatan membendung pembangunan dan perkembangan petempatan setinggan di kawasan masing-masing. Rumah barn yang dibina selepas berkuat kuasanya Polisi Pembendungan tersebut akan dirobohkan oleh majlis tempatan. Bagaimanapun bangunan setinggan yang sedia ada diberi kelonggaran bertapak sehingga kerajaan bersedia membangunkan kawasan tersebut. Polisi ini melibatkan petempatan di kampung-kampung air di mana penduduknya akan dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.I2 Tujuan utama Polisi Pembendungan adalah untuk mengehadkan atau menghentikan pembinaan rumah-rumah di petempatan setinggan khususnya di kampung air sama ada di kawasan tanah milik kerajaan atau milik persendirian. Polisi ini juga bertujuan untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar khususnya di kawasan berhampiran dengan bandar. Selain menghentikan pembinaan, melalui polisi ini juga pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan kerja-kerja mengubahsuai bagi tujuan membesarkan saiz rumah di kawasan setinggan. Rumah-rumah di kawasan yang dikenal pasti akan dinombori dan didaftarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Kinabalu.' Tindakan membongkar petempatan setinggan khususnya di kampung air telah pun bermula dengan begitu agresif pada tahun 2000 di mana sebanyak 2,484 buah rumah telah pun dirobohkan di beberapa kawasan. Bagaimanapun pada tahun 2001, hanya sebanyak 630 buah rumah setinggan telah dirobohkan.14Bilangan ini merupakan penurunan sebanyak 75% berbanding tahun sebelumnya. Ini kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan antaranya termasuklah Pilihan Raya Kecil Likas dan juga operasi pembancian yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan dan juga Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu." Pada tahun 2002 usaha membongkar petempatan setinggan di kampung air telah dipergiatkan semula. Bilangan rumah setinggan yang telah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan telah meningkat kepada 4,406 buah rumah.16Peningkatan tersebut adalah sebanyak 599% berbanding tahun 2001. Ini adalah kesan tindakan drastik pihak kerajaan dalam usaha membanteras petempatan haram di sekitar bandar raya Kota Kinabalu. Antara petempatan kampung air setinggan yang terlibat di bandar raya tersebut adalah Kampung Sembulan, Kampung Kuala Likas, Kampung Lok Urai, Kampung Pondo dan Kampung Lokub Jalan Sepanggar. Pada masa kini, kawasan yang menarik perhatian umum adalah perkampungan air Pulau Gaya khususnya Kampung Air Pondo dan Kampung Air Lok Urai. Kedua-dua perkampungan air ini merupakan tempat tinggal bagi pendatangpendatang Filipina yang masuk secara tidak sah. Gambar 1.0 menunjukkan salah sebuah rumah pendatang Filipina di Kampung Air Pondo, Pulau Gaya. Oleh yang demikian pihak berkuasa tempatan bersungguh-sungguh menjalankan operasi membongkar rumah-rumah di kedua kampung air tersebut. Pada tahun 2002, operasi pembongkaran secara besar-besaran telah dilakukan di kedua kampung air berkenaan. Dalam operasi tersebut sebanyak 815 buah rumah di Kampung Air Pondo dan 646 buah rumah di Kampung Air Lok Urai telah pun dirobohkan. 5 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Gambar 1.0: Menunjukkan Salah Sebuah Rumah Pendatang Filipina Di Kampung Air Pondo, Pulau Gaya Usaha pembongkaran dan pemindahan setinggan di kawasan Pulau Gaya telah pun menarik perhatian kerajaan pusat dan kerajaan negeri.18Bagi tujuan melancarkan lagi usaha membongkar petempatan setinggan khususnya di kampungkampung air satu Jawatankuasa Khas telah pun ditubuhkan. Jawatankuasa ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan arahan dari semasa ke semasa kepada bahagian penguatkuasaan bagi melakukan sebarang tindakan pembongkaran.' Pada tahun 2003 usaha membongkar petempatan setinggan di kampung air di lakukan dengan lebih hebat lagi melalui pelaksanaan Ops. Nyah I dan II yang dilakukan secara kerjasama di antara Bahagian Penguatkuasaan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu dengan pihak polis. Operasi membongkar petempatan kampung air di bawah misi Ops. Nyah telah dilakukan ke atas petempatan kampung air setinggan yang besar terutamanya petempatan Kampung Air Pondo dan Kampung Air Lok Urai di Pulau Gaya. Pada tahun tersebut sebanyak 108 buah rumah setinggan di Kampung Air Pondo dan 179 buah rumah setinggan di Kampung Air Lok Urai telah dirobohkan.2° Kampung-kampung air lain yang terlibat dalam operasi tersebut adalah Kampung Air Sembulan Lama dan Kampung Air Likas. Sebelum kerj a-kerj a pembongkaran dilakukan pihak berkuasa akan mengeluarkan notis perobohan kepada penduduk yang terlibat. Gambar Rajah 1.0 menunjukkan contoh notis merobohkan rumah yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu. Notis tersebut mengehendaki penghuni rumah terbabit perlu merobohkan bangunan atau struktur binaan yang didirikan di kawasan yang tidak mendapat kelulusan dalam masa tujuh hari dari 6 Amaluddin, Mohammad Raduan - Pembongkaran Petempatan Kampung Air Gambar Rajah 1.0: Contoh Notis Merobohkan Rumah Yang Dikeluarkan Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (KOTA KINABALU CITY HALL) 1, Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Tel: 088-239500 Fax: 088-233815, 219175 Laman Web: htlp://mwdbkk.sabah.goymy Bil Kami: DBKK No 700-1/4/1 KIt.6 Tarikh:31 3.2004 Sesiapa yarn :kenaan, Tuan/Puan NOTIS PEROBOHAN BANGUNAN/STRUKTUR DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN BANDARAYA KOTA KINABALU, 1951 Perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah didapati telah mendirikan satu bangunan/struktur di kawasan Taan Kemajuan Likas, Kota Kinabalu tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu sebagaimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil 2(1) Undang-undang Kecil (Bangunan) Mafia Perbandaran Kota Kinabalu, 1951 dan yang demikian, tuan/puan telah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh dihukum di bangunan/struktur tersebut di bawah Undang-undang Kecil 4(2) Undang-undang Kecil yang sama. 3. SILA 0,4113IL PERHATIAN selaras dengan Undang-undang Kecil 4(2) Undang-undang Kecil yang sama, tuan/puan adalah diperintahkan untuk merobohkan bangunan/struktur tersebut dalam tempoh tujuh/(7):hari daripada tarikh penerimaan notis ini. Kegagalan tuan/puan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh yang ditetapkan, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu boleh merobohkan bangunan/struktur tersebut dan semua kos-kos yang terlibat hendaklah dibayar oleh tuan. Sekian, harap maklum. ( SYLVISTER DULIP SINTIA ) PEGAWAI PENGUATKUASA B.P MAYOR DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU PENGESAHAN PENERIMA NOTIS Notis DiTerima Oleh : Nama Pemilik/Frenghuni NO.KP/KPT Tandatangan : Notis diserahkan oleh : Nama : NO.KP/KPT : Tarikh/masa Tandatangan : Nama saksi NO.KP/KPT : P K. 01441L1 211u3 Sumber: Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan, Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, Kota Kinabalu. 7 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 tarikh penerimaan notis. Jika notis tersebut gagal dipatuhi oleh penduduk yang terbabit tindakan pembongkaran akan dijalankan pada bila-bila masa oleh pihak penguat kuasa sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak atasan.2' Dalam usaha membongkar rumah-rumah di petempatan kampung air, pihak penguat kuasa yang terlibat akan melakukan tindakan tersebut secara berkumpulan (kira-kira 10 orang). Mereka mengunjungi rumah-rumah yang dikenal pasti dengan menggunakan bot-bot laju dan membawa bersama peralatan-peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja merobohkan rumah. Antaranya termasuklah gergaji rantai untuk kayu, gergaji rantai untuk besi dan telimbuh.22 Sebaik sahaja tiba di rumah-rumah perkampuangan air yang di kenal pasti, pihak penguat kuasa akan memberikan masa kepada penghuni rumah untuk keluar dari rumah dengan kadar segera. Sebilangan penghuni rumah yang terlibat akan keluar membawa bersama barang-barang keperluan yang dirasakan penting, manakala sebilangan lagi enggan berbuat demikian. Malahan mereka juga membiarkan anak-anak mereka dan ibu bapa yang telah tua tinggal di dalam rumah yang hendak dirobohkan tersebut. Tujuan berbuat demikian adalah untuk meraih simpati kepada pihak penguat kuasa supaya tidak merobohkan rumah-rumah mereka. Walau bagaimanapun, bagi anggota penguat kuasa setelah masa yang diberikan kepada penghuni rumah tersebut tamat, mereka akan segera menj alankan tugas. Kerja merobohkan rumah akan dilakukan dengan memotong tiang-tiang rumah menggunakan gergaji rantai. Mereka tidak akan mengendahkan barang-barang atau suara tangisan kanak-kanak serta rintihan golongan tua yang terdapat di dalam rumah tersebut. Ini kerana tempoh masa yang diberikan untuk tuan rumah mengosongkan rumah berkenaan telah pun tamat. Oleh kerana tindakan yang tegas ini, kanak-kanak dan golongan tua akhirnya terpaksa keluar meninggalkan rumah mereka. Mereka kemudiannya menyertai jiran tetangga dan saudara-mara yang senasib dengan mereka yang sedang berkumpul di tepi pantai sambil memerhatikan anggota penguat kuasa merobohkan rumah-rumah mereka. Gambar 1.1 menunjukkan bekas rumah-rumah yang telah dirobohkan di Kampung Air Pondo. Setelah rumah dirobohkan, penghuni-penghuni rumah tersebut akan pergi ke rumah saudara-mara mereka yang tinggal di perkampungan air di sekitar Kota Kinabalu. Sebilangan mereka juga ada yang menumpang di rumah saudara-mara mereka di kawasan penempatan pelarian di Telipok atau Kinarut. Ada juga yang tinggal di surau atau masjid buat sementara waktu. Perlu dijelaskan, selain pihak berkuasa tempatan, usaha pembongkaran kampung-kampung air juga dilakukan oleh pihak swasta atau pemaju apabila sesebuah kawasan setinggan itu diserahkan kepada mereka oleh kerajaan untuk dibangunkan. Mereka bertanggungjawab untuk mengusir atau memindahkan penduduk di kawasan petempatan setinggan yang terbabit. Kawasan tersebut kemudiannya akan dimajukan dengan projek-projek pembangunan ekonomi yang lebih menguntungkan. Ini adalah sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pengurusan Sutera Harbour di Kota Kinabalu yang telah memusnahkan semua kampung air yang terlibat. 8 Amaluddin, Mohammad Raduan - Pembongkaran Petempatan Kampung Air Gambar 1.1: Menunjukkan Bekas Rumah-rumah Yang Telah Dirobohkan Di Kampung Air Pondo PENEMPATAN SEMULA PENDUDUK KAMPUNG AIR Pihak kerajaan dalam usaha mengawal pertumbuhan dan perkembangan petempatan setinggan di perkampungan air telah melaksanakan skim penempatan semula penduduk kampung air ke tanah daratan. Skim ini dilakukan terutamanya kepada penduduk kampung air yang rumah-rumah mereka telah dirobohkan dalam operasi membongkar perkampungan air setinggan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Usaha menempatkan semula penduduk kampung air ke tanah daratan di Sabah amnya dan Kota Kinabalu khasnya telah dilakukan oleh pihak kerajaan sejak awal dekad 80an lagi. Dalam skim penempatan semula penduduk, kerajaan melalui Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) telah menguatkuasakan The Site and Services Scheme for Squatters Settlements terutamanya di kawasan Kuala Menggatal dan Inanam. Pada akhir tahun 1989, di bawah skim penempatan semula telah terdapat sebanyak 190 buah lot tanah telah diagihkan kepada penghuni yang layak.23Langkah menempatkan semula penduduk kampung air bukan sahaja dilakukan bagi mengatasi masalah pertumbuhan dan perkembangan setinggan, malah bertujuan untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada penduduk yang terlibat. Pada masa kini pihak kerajaan Sabah telah melaksanakan skim penempatan semula dengan memberi rumah kepada penduduk yang berkelayakan. Ini sebagaimana yang dapat dilihat kepada penduduk kampung air Kuala Likas. Penduduk yang terlibat telah diberi rumah sebuah enam tiang yang dibina di kawasan penempatan semula yang dikenali sebagai Kampung Warisan di Kalansanan. 9 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Rumah-rumah di kawasan penempatan semula di atas telah dibina dengan menggunakan bahan binaan campuran batu dan kayu. Bentuk rumah-rumah di penempatan semula tersebut adalah seragam iaitu segi empat tepat. Setiap buah rumah mempunyai saiz berukuran 40 kaki panjang x 30 kaki lebar. Pembinaan rumah-rumah di Kampung Warisan ini melibatkan tiga fasa. Fasa pertama terdiri daripada 100 unit rumah telah didirikan. Manakala fasa kedua sebanyak 400 unit rumah telah didirikan. Usaha pembinaan unit-unit rumah sebuah bagi fasa pertama dan kedua ini telah dilakukan oleh pihak DBKK. Fasa ketiga pula telah dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar yang melibatkan dua kategori iaitu fasa tiga A dan fasa tiga B. Fasa tiga A terdiri daripada 300 unit rumah pangsapuri kos rendah. Manakala fasa tiga B sebanyak 500 unit rumah pangsapuri kos rendah masih lagi dalam proses pembinaan.' Rumah-rumah di kawasan penempatan semula di atas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan talian telefon. Di sekitar kawasan penempatan semula pula disediakan kemudahan infrastruktur seperti masjid, surau, kedai runcit, padang permainan, sekolah, balai raya dan jalan bertar. Penduduk kampung air yang ingin memohon rumah-rumah yang disediakan di kawasan penempatan semula di atas mestilah mempunyai syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Antaranya mereka nlestilah warganegara Malaysia atau telah mendapat taraf penduduk tetap dan tidak mempunyai sebarang bentuk hartanah di tempat lain. Selain bentuk penempatan semula seperti di atas kerajaan juga mendirikan penempatan semula sementara rumah panjang di Telipok. Penempatan semula rumah panjang ini adalah bertujuan untuk menempatkan penduduk kampung air dari Pulau Gaya yang terlibat dalam operasi pembongkaran. Rata-rata mereka ini adalah golongan pendatang dari negara jiran Filipina yang mendirikan rumah-rumah di petempatan Kampung Air Pondo dan Kampung Air Lok Urai.25 Pembinaan rumah-rumah panjang ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama melibatkan kira-kira 12 buah rumah panjang yang setiap satunya mempunyai lima pintu atau lima unit rumah. Satu keluarga diberi satu unit rumah. Fasa kedua pula melibatkan kira-kira 10 buah rumah panjang. Bagaimanapun setiap rumah panjang mempunyai bilangan unit rumah yang berbeza-beza. Pembinaan rumah-rumah panjang ini juga menggunakan bahan binaan campuran batu dan kayu. Saiz satu unit rumah adalah 20 kaki panjang x 15 kaki lebar. Gambar 1.2 menunjukkan penempatan semula rumah panjang pendatang Filipina di Telipok. Rumah-rumah di kawasan penempatan semula rumah panjang di atas juga dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih. Kemudahan-kemudahan lain seperti masjid, kedai runcit dan padang permainan juga disediakan. Bagaimanapun kemudahan infrastruktur yang disediakan di kawasan penempatan semula rumah panjang ini tidak sebanyak dan sebaik kemudahan asas yang terdapat di Kampung Warisan dan pangsapuri kos rendah. 10 Amaluddin, Mohammad Raduan - Pembongkaran Petempatan Kampung Air Gambar 1.2: Menunjukkan Penempatan Semula Rumah Panjang Pendatang Filipina Di Telipok Pada dasarnya, penduduk Pulau Gaya yang dipindahkan ke skim penempatan semula rumah panjang di Telipok ini mestilah mempunyai kewarganegaraan Malaysia atau telah mendapat taraf penduduk tetap. Penduduk yang layak dan ingin berpindah melalui skim ini perlu membuat permohonan terlebih dahulu ke bahagian Unit Penempatan, Jabatan Ketua Menteri. Pada tahun 2003, unit ini telah memindahkan sebanyak 51 buah keluarga yang merupakan penduduk setinggan Kampung Air Pondo, Kampung Air Lok Urai dan Kampung Lok Baru ke kawasan penempatan semula rumah panjang di Telipok.26Mereka yang dipindahkan ini sebilangan besarnya adalah keluarga yang hilang tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan sepanjang operasi pembongkaran dilakukan pada tahun 2002. KESAN DAN MASALAH STRATEGI PEMBONGKARAN PETEMPATAN KAMPUNG AIR Strategi pembongkaran petempatan kampung air yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan telah menimbulkan kesan langsung dan tidak langsung kepada kampung dan cara hidup penduduk kampung air yang terlibat. Usaha pihak berkuasa membongkar petempatan kampung-kampung air dan tindakan mereka menyerahkan kawasan setinggan untuk dibangunkan kepada pihak swasta sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah pertumbuhan kawasan setinggan di bandar. Ini kerana penduduk kampung air setinggan yang telah dirobohkan akan membuka kawasan setinggan yang baru berhampiran atau bersebelahan dengan kawasan yang dibangunkan oleh pihak swasta tersebut. Pembinaan rumah setinggan lebih mudah 11 Jati, Bilangan 9, Diseniber 2004 dilakukan kerana tidak melibatkan sebarang kerja pembersihan." Penduduk kampung air yang terlibat juga akan membina rumah baru mereka di kawasan kampung air yang berhampiran di mana tidak terdapat projek pembangunan. Ini akan menyebabkan kampung air yang sedia ada akan bertambah keluasannya atau menjadi semakin padat. Penduduk seboleh yang mungkin tidak mahu berpindah dan kampung air kerana kawasan tersebut merupakan lokasi yang berhampiran dengan tempat kerja dan mudah untuk mendapatkan segala kemudahan yang disediakan di bandar. Masalah pembinaan rumah setinggan barn setelah rumah setinggan lama dirobohkan adalah berikutan pihak pemerintah tidak menyediakan kawasan penempatan semula penduduk kampung air yang mencukupi. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk setinggan tidak mempunyai pilihan. Mereka akhirnya membuka petempatan setinggan yang barn. Bagi penduduk kampung air yang terpilih untuk mengikuti skim penempatan semula juga menerima kesan daripada usaha pemindahan yang dijalankan. Dalam kehidupan di kampung air lama penduduk bebas menjalankan aktiviti mereka. Di tempat lama ahli keluarga boleh menjalankan aktiviti ekonomi seperti menangkap ikan, menambang dan berniaga kecil-kecilan. Di kawasan penempatan barn aktiviti menangkap ikan dan menambang tidak dapat dijalankan kerana lokasi penempatan semula terletak jauh di kawasan daratan. Jarak penempatan semula juga lokasinya jauh dari pusat bandar. Oleh yang demikian, penduduk yang terlibat dengan aktiviti perniagaan kecil-kecilan di bandar sebelum ini seperti berniaga ikan, sayur-sayuran, makanan dan minuman serta lain-lain tidak dapat menjalankan kegiatan tersebut. Bagi meneruskan hidup, mereka telah berniaga kecil-kecilan di kawasan penempatan semula. Bagaimanapun perniagaan di tempat ba' tidak sebaik di tempat lama. Ini kerana perniagaan sebelum ini dijalankan dengan orang luar. Tetapi kali ini perniagaan dijalankan dengan komuniti sendiri. Pasaran yang ada sangat sempit dan tidak menguntungkan. Satu lagi masalah adalah, sebelum ini berniaga boleh dilakukan sehingga larut malam. Bagaimanapun perniagaan di tempat barn terhad dari segi masanya di mana perniagaan dibuka sehingga jam 6.00 petang sahaja. Gambar 1.3 menunjukkan salah seorang penduduk yang berniaga kecil-kecilan di kawasan penempatan semula. Bagi memenuhi keperluan hidup, ramai penduduk di kawasan penempatan semula bekerja menjual tenaga sebagai buruh dalam sektor pembinaan dan perniagaan di bandar. Bagaimanapun untuk pergi ke tempat kerja, mereka memerlukan bayaran tambang pengangkutan yang mahal. Di tempat lama perkara ini tidak berlaku, kerana mereka menggunakan perkhidmatan bot penambang yang jauh lebih murah dan segi bayaran tambangnya. Oleh kerana masalah pengangkutan di tempat barn, keperluan untuk memiliki kenderaan sendiri adalah sangat mendesak. Sebilangan besar penduduk terpaksa membeli motosikal atau kereta sendiri untuk keperluan ke tempat kerja atau urusanurusan lain. Oleh kerana harga motosikal dan kereta mahal, ramai penduduk yang 12 Amaluddin, Mohammad Raduan - Pembongkaran Petempatan Kampung Air Gambar 1.3: Menunjukkan Salah Seorang Penduduk Yang Berniaga Kecil-kecilan Di Kawasan Penempatan Semula membeli kenderaan tersebut dengan cara berhutang. Keadaan ini menyebabkan penduduk dibebani dengan masalah hutang. Masalah di atas menjadi semakin rumit apabila didapati di tempat baru keperluan perbelanjaan bulanan mereka meningkat. Ini kerana segala kemudahan yang disediakan di tempat baru seperti api elektrik, air dan telefon perlu dibayar. Dalam masa yang sama anak-anak pergi ke sekolah menggunakan bas atau van pengangkut yang perlu dibayar setiap bulan dari segi tambangnya. Peningkatan perbelanjaan bulanan juga disebabkan oleh meningkatnya perbelanjaan dapur. Semasa tinggal di kampung air sumber perikanan dan sayursayuran boleh didapati secara percuma. Di tempat baru, hampir keseluruhan barangan keperluan dapur terpaksa dibeli di pasar. Selain orang dewasa, kanak-kanak juga menerima masalah di tempat baru. Kanak-kanak tidak lagi bebas seperti dahulu kerana semuanya asing bagi mereka. Semasa tinggal di perkampungan air, kanak-kanak dapat bermain bersama-sama seperti mandi sungai dan bermain perahu. Kanak-kanak juga dapat melakukan kegiatan ekonomi seperti menjual rokok, VCD, makanan ringan dan barang-barang permainan. Dengan berbekalkan sedikit modal yang diberi oleh ibu bapa mereka, kanak-kanak akan berjaja di kaki-kaki lima dan lorong-lorong bandar dan pagi hingga malam. Ada juga kanak-kanak yang menjalankan kegiatan menggilap kasut pengguna. Kanak-kanak di tempat baru, buat sementara waktu tidak mengenali antara satu sama lain. Di antara mereka belum dapat mengenal pasti kehebatan dan kejaguhan masing-masing. Lanjutan daripada itu, setiap aktiviti yang dilakukan seperti 13 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 permainan, perbualan dan lain-lain akan berakhir dengan perkelahian dan pergaduhan. Perkelahian dan pergaduhan ini membantu dalam proses menyusun strata dan hierarki kanak-kanak yang tinggal di kawasan penempatan. semula. Keluarga yang barn dipindahkan ke kawasan penempatan barn biasanya menghadapi masalah kejutan budaya. Pada peringkat awal mereka memerlukan masa untuk mengenali dengan lebih dekat jiran jiranyang barn. Oleh yang demikian, timbul kesukaran untuk mendapatkan pertolongan jiran tetangga sekiranya mereka menghadapi masalah di tempat barn. Dalam pada itu, penduduk yang tinggal di kawagan penempatan semula merasakan hubungan mereka dengan sanak saudara dan sahabat handai di petempatan kampung air lama mulai merenggang. Ini disebabkan mereka sudah terasing dari segi lokasi. Di antara mereka dengan penduduk kampung air lama, hanya ziarahmenziarahi semasa Hari Raya Aidil Fitri, semasa saudara-mara atau teman sakit teruk, semasa berlaku kematian dan semasa mengadakan majlis perkahwinan. Amalan gotong-royong semasa melakukan aktiviti-aktiviti keramaian juga tidak dapat dilaksanakan di tempat barn. Oleh kerana mereka tidak mengenali jiran tetangga dengan sebenar-benarnya, urusan majlis keramaian dilakukan sendiri oleh tuan rumah dengan dibantu oleh ahli keluarga terdekat. Sebilangan penduduk pula mengupah pengusaha-pengusaha ketering dan sebagainya untuk mengurus dan mengendalikan majlis keramaian khususnya perkahwinan. Dengan demikian adat dan budaya semasa tinggal di kampung air yang diamalkan selama ini terpaksa dikorbankan. KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan di atas kampung air telah berubah dari sebuah pusat pentadbiran, perdagangan dan petempatan golongan aristokrat kepada kawasan petempatan terasing yang menjadi tempat tinggal golongan yang terlibat dengan aktiviti ekonomi pinggiran. Perkembangan kawasan bandar telah mengundang ramai penduduk dari kawasan-kawasan lain untuk mendirikan rumah-rumah di petempatan kampung air. Pembinaan rumah yang terlalu banyak menyebabkan kampung air menjadi sebuah petempatan yang padat dan sesak. Pertumbuhan dan perkembangan petempatan kampung air pada masa kini telah dikaitkan dengan kemasukan pendatang tanpa izin dari Selatan Filipina dan Indonesia. Keadaan ini telah menyebabkan petempatan kampung air dipandang serong oleh banyak pihak. Tambahan pula petempatan ini sering dikaitkan dengan pelbagai masalah jenayah dan kegiatan negatif. Kampung air juga serba kekurangan dari segi kemudahan awam dan fizikal, is juga merupakan kawasan yang kotor kerana persekitarannya dipenuhi dengan sampah sarap. Selain itu, penduduk kampung air juga mempunyai semangat perkauman yang menebal dan akhirnya mewujudkan segregasi di kawasan tersebut. Keadaan kampung air yang sedemikian rupa telah menyebabkan pihak berkuasa bertindak untuk menghapuskan petempatan kampung-kampung air. Usaha pembongkaran kampung-kampung air dilakukan sendiri oleh pihak berkuasa tempatan 14 Amaluddin, Mohammad Raduan - Pembongkaran Petempatan Kampung Air dan bagi operasi di kawasan yang dianggap black area kerjasama dengan pihak polis telah dilakukan. Di peringkat awal usaha ini menampakkan kejayaan, bagaimanapun pembinaan rumah-rumah di perkampungan air setinggan terus berlaku. Ini kerana selepas usaha pembongkaran dilakukan penduduk yang terlibat tidak segera dipindahkan ke kawasan penempatan semula. Selain itu wujud masalahmasalah lain yang mempengaruhi kejayaan usaha pembongkaran kampung-kampung air antaranya termasuklah kurangnya komitmen daripada pemilik tanah yang terbabit, masalah campur tangan politik dan ancaman keselamatan kepada pegawai penguat kuasa yang bertindak. Usaha kerajaan membongkar perkampungan air setinggan yang mendatangkan pelbagai masalah sosial serta langkah memindahkan penduduk yang terlibat ke kawasan penempatan semula merupakan satu langkah yang baik. Walau bagaimanapun pelaksanaannya perlu mengambil kira faktor-faktor sosioekonomi masyarakat yang terbabit. Perkara ini bukan sahaja dapat mendatangkan kesan positif yang berpanjangan dalam usaha kerajaan menangani masalah perkampungan air setinggan pinggir bandar, tetapi juga dapat menjaga kebajikan sosioekonomi masyarakat yang terlibat. Pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan tenaga buruh dalam sektor-sektor ekonomi di bandar. NOTA HUJUNG 1 Artikel ini telah dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pada 14-16 Disember 2004. 2 Sila lihat, Mohammad Raduan Mohd. Ariff, "Strategi Pembangunan dan Pola Perubahan Penempatan Kampung Air di Pulau Borneo", dalam Beriga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam, Bil. 68, Julai-September 2000, hal. 50. 3 Ibid. 4 Sila lihat Amaluddin Bakeri, "Hubungan Petempatan Kampung Air Sarawak Dengan Negara Brunei Darussalam: Kajian Kes Di Kampung Seberang Kedai, Limbang", Tesis Sarjana, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002, hal. 2. 5 Sila lihat Mohammad Raduan Mohd. Ariff, "Dari Kota Air Ke Perkampungan Setinggan: Satu Kajian Tentang Sejarah Perkembangan Perkampungan Air di Sabah 1750- 1990", Kertas Kerja dibentangkan dalam Simposium Antarabangsa Kampong Ayer, Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam, 6-9 September 1996, hal. 1-2. 6 Dam merupakan gelaran bagi golongan aristokrat masyarakat Taosug. Dalam susun lapis Kesultanan Sulu, golongan ini menduduki tempat teratas selepas Sultan. Mereka terdiri daripada keluarga diraj a terdekat yang mempunyai pertalian darah dengan Sultan. Ada juga Datu yang terdiri daripada orang awam Taosug yang memegang jawatan tersebut melalui 15 Jati, Bilangan 9, Disember 2004 proses pelantikan oleh Sultan. Walaupun bilangan Datu kecil, namun mereka tetap mempunyai kuasa. Maklumat lanjut sila lihat Mohammad Raduan Mohd. Ariff, Dart Pemungutan Tripang Ke Penundaan Udang: Sejarah Perkembangan Perusahaan Perikanan Di Borneo Utara 1750-1990, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1995, hal. 11-12. 7 Sila lihat K.G. Tregonning, A History of Modern Sabah, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1965, hal. 213-216. 8 Maklumat lanjut tentang pentadbiran Jepun di Sabah sila lihat Stephen R. Evans, Sabah (North Borneo): Under The Rising Sun Government, Stephen R. Evans, Malaysia, 1999. 9 Maklumat lanjut sila lihat Mohammad Raduan, "Dari Kota Air Ke Perkampungan Setinggan", Op. Cit., hal. 139-140. 10 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kegiatan haram pendatang asing Filipina di Sabah, sila lihat Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana Peters, Marja Azlina Omar, "Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian Dari Sudut Keselamatan", dalam Jati, Jurnal Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Bil. 8, Disember 2003, hal. 217-240. Lihat juga Bilcher Bala, Baszley Bee Basrah Bee, Saat Awang Damit, Sabihah Osman, Maureen De Silva, Mohd Saffie Abdul Rahim, "Pendokumentasian Kampung Air Di Sabah: Warisan Dan Pembangunan", Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Serantau Kampong Ayer, anjuran Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam, pada 29-31 Januari 2005. 11 Maklumat diperoleh dari, Unit Setinggan, Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan, Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, Kota Kinabalu. 12 Sila lihat Zahra Yaacob, "Kelainan Ciri Perkembangan dan Pembangunan Petempatan Kampong Ayer: Transformasi Sosial Komuniti Terpinggir di Sabah", Kertas Kerja dibentangkan dalam Simposium Antarabangsa Kampong Ayer, Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam, 6-9 September 1996, hal. 7. 13 'Ibid. 14 Jumlah rumah setinggan yang dirobohkan pada tahun 2001 dikira setakat bulan Oktober. Sila lihat Laporan Tahunan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu 2000-2001, Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Hal Ehwal Korporat, Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, 2001, hal. 118. 15 Ibid. 16 Unit Setinggan, Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan, Op. Cit. 17 Azrina @ Rina Sukut, " Sejarah Sosioekonomi Perkampungan Air Di Pulau Gaya, 1970-2003", Latihan Ilmiah, Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, 2002/2003, hal. 84. 16 Amaluddin, Mohammad Raduan - Pembongkaran Petempatan Kampung Air 18 Sila lihat Laporan Tahunan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu 2000-2001, Op. Cit., hal. 118. 19 Ibid. 20 Sila lihat, "Statistik Perobohan Setinggan Tahun 2003", Unit Setinggan, Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan, Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, hal. 1. 21 Maklumat diperoleh melalui temu bual dengan En Nicholas Linggu. Beliau merupakan Anggota Penguat kuasa, Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu. Temu bual diadakan di pejabat beliau pada 03 Jun 2004, jam 11.00 pagi. 22 Sila lihat Laporan Tahunan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu 2000-2001, Op. Cit., hal. 120. 23 Ibid., hal. 9. 24 Sila lihat, Ulang Tahun ke-35 1967-2002, Penerbitan Khas Sempena Ulang Tahun ke-35, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Kota Kinabalu, 2002, hal. 41. 25 Penjelasan lanjut tentang rumah-rumah pendatang Filipina di perkampungan air Pulau Gaya, sila lihat Amaluddin Bakeri, Mohammad Raduan Mohd Ariff, "Kampung Air Pulau Gaya: Kampung Warisan", Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Serantau Kampong Ayer, anjuran Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Negara Brunei Darussalam, pada 29-31 Januari 2005. 26 Azrina @ Rina Sukut, Op. Cit., hal. 86. 27 Mohammad Raduan Mohd Ariff, "Strategi Pembangunan dan Pola Perubahan Penempatan Kampung Air di Pulau Borneo", Op. Cit., hal. 53. 17

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
BAKERI, Amaluddin; MOHD ARIFF, Mohammad Raduan. PEMBONGKARAN PETEMPATAN KAMPUNG AIR DI PULAU BORNEO: KAMAN KES KOTA KINABALU, SABAH. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 9, p. 1-17, dec. 2004. ISSN 2600-8653. Available at: <https://jati.um.edu.my/article/view/5924>. Date accessed: 22 may 2019.
Section
Articles