POLA PETEMPATAN MARITIM DI PULAU BORNEO: KAJIAN KES DI DAERAH LIMBANG, SARAWAK

Main Article Content

Mohammad Raduan Mohd Ariff
Amaluddin Bakeri

Abstract

Di rantau Asia Tenggara khususnya di bahagian kepulauan, petempatan maritim yang lumrah dapat dilihat pada masa kini adalah dalam bentuk kampung-kampung air. Lokasi petempatan kampung air secara umumnya terletak di kawasan pinggir pantai, muara dan tebing sungai-sungai utama. Antara petempatan kampung air yang utama terletak di Kepulauan Sulu, Kepulauan Sulawesi, Kepulauan Riau dan Pulau Borneo. Di Pulau Borneo, taburan petempatan kampung air sebahagian besarnya terletak di Kalimantan seperti di Samarinda, Balikpapan dan Banjarmasin. Kampung air juga terdapat di Negara Brunei Darussalam iaitu di Kampong Ayer Brunei Darussalam. Di Sabah kampung air antaranya terletak di Pitas, Kota Kinabalu dan Kota Marudu. Manakala di Sarawak kampung air seperti yang terdapat di Miri, Limbang dan Lawas. Selain itu, ia turut terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan. Perbincangan yang diutarakan dalam artikel ini terlebih dahulu akan menghuraikan tentang latar belakang sejarah kampung-kampung air di PulauBomeo. Seterusnya penulisan ini akan membincangkan secara terperinci tentang pola petempatan kampung air di daerah Limbang, Sarawak. Penelitian kemudiannya akan dilakukan ke atas taburan dan corak petempatan kampung-kampung air di daerah Limbang pada masa kini. Penghuraian tentang morfologi petempatan kampung air di daerah Limbangjuga akan dilakukan. Bahagian akhir penulisan ini menjelaskan secara terperinci tentang saiz, bahan binaan, rekabentuk dan senibina rumah-rumah di kampung-kampung air daerah Limbang. Untuk melihat secara jelas tentang aspek saiz, bahan binaan, rekabentuk dan senibina rumah, perbincangan akan ditumpukan kepada Kampung Seberang Kedai yang merupakan petempatan kampung air terbesar di daerah Limbang. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles