An Analysis on Johor-Singapore Water Issue: Supply and Demand

Main Article Content

Ruhana Padzil

Abstract

Water source is the most valuable source to man, even the world today recognizes
that water resource is important and has good economic value, especially to countries
depending on industry sector and ports such as Singapore. Until now, half of
Singapore depends for its water supply from Johor. This article will discuss the issue
of Singapore-Johor water supply starting from the history of Singapore-Johor water
supply agreement. Aside from this, the article will also discuss the development of
water use in Singapore by analysing the supply and demand in Singapore. It is
important to see how the Public Utilities Board, Singapore or PUB succeeded in
increasing its supply and made profits from the sale of its resources particularly for
the industry, port and domestic use. The Singapore-Johor water agreement was first
signed in 1927 and was discussed again in 1955. The agreement was renewed again
with two different water agreements, i.e. the Mount Pulai Water Agreement signed
in 1961 and will end in 2011. While the second agreement, after a series of
discussion, was signed in 1962 and will end in 2061. Within 149 years, Singapore
has undergone rapid development in various sectors such as shipping, trade, and
increased population. Development of port facilities, urban structures, and the
increasing demand from the military has improved the basic utility needs. The
frequent water crisis in Singapore between the years 1824-1900 caused the colonizers
to receive pressures and protests from the people of Singapore, traders and top
leaders of Singapore. Finally through the Majlis Perbandaran Singapura (MPS), the
colonizers agreed to build Singapore’s water supply sector. In 1910, MPS negotiated
with the State of Johor by helping them get clean water supply especially in Johor
Bharu. In 1921, a memorandum of understanding between the two states was signed,
where MPS will bear the expenses for research, studies, provision of materials for
water supply and others. Singapore will build their facilities, and will build water
ponds in Johor to distribute raw water to Singapore, and after processing in
Singapore, MPS will distribute clean water to Johor. According to this water
agreement, the source of raw water will be sold for 3 cents for every 1000 gallons.
Based on the 2000 data, Johor supplied raw water as ‘social costing’ for as much as
RM6, 900 a day or RM2.5 million a year. However, Singapore, through the profit
trade analysis of the Water Department, for the year 2000 PUB received SD251.8
million. Analysis since 1927 until 2003 shows that Singapore has benefited from
the sale of water received from Johor.
Keywords: Resource, supply, agreement, development, and crisis
56
Jati, Vol. 12, December 2007
PENGENALAN
Dalam syarahan Perdana Adam Smith, di University Glasgow beliau menyatakan
kepentingan air dapat disamakan dengan kepentingan udara kepada manusia,
kedua-dua barangan ini dianggap sebagai barangan non-ekonomi kerana sebelum
ini ia tidak pernah diberikan nilai ekonomi. Malah, pemahaman tentang sumber
air selalu dikaitkan sebagai sumber milik awam dan melibatkan aktiviti kebajikan,
namun konsep ini mula berubah apabila bekalan air dianggap sesuatu barangan
ekonomi dan sebagai input penting dalam aktiviti ekonomi. Terdapat beberapa
perdebatan intelektual dan saintifik yang berkongsi pendapat yang sama iaitu,
pengiktirafan air sebagai barangan gunaan yang memerlukan pengawalan
menyeluruh. Pengawalan penggunaan sumber air perlu dilaksanakan melalui
perancangan jangka panjang.1 Memasuki millenium baru, semua pihak bersetuju
sumber air mempunyai nilai komersial yang tinggi dan merupakan economic good
terutamanya bagi negara yang bergantung kepada pelabuhan dan industri seperti
Singapura.
Singapura dianggap sebagai water-stressed country kerana mengalami
kekurangan sumber bekalan air. Singapura amat bergantung kepada Johor bagi
mendapatkan bekalan air tambahan untuk menampung keperluan negara tersebut.2
Sumber air Singapura sangat terhad di mana hampir 50% daripada Pulau
Singapura digunakan sebagai kawasan tadahan bagi negara tersebut.3 Bagi
menampung keperluan sumber air bersih Singapura, negara tersebut mendapatkan
sumber air daripada kawasan tadahan air Johor yang dianggarkan seluas 98,000
ekar atau 70% daripada keluasan tanah Singapura (lihat Peta 1).
Seperti yang dilaporkan dalam laporan tahunan Jabatan Air, setiap 10 tahun
permintaan bekalan air sentiasa meningkat sebanyak 4% disebabkan oleh
Peta 1: Kawasan Tadahan Singapura di Sungei Johor dan Gunong Pulai
Sumber: Report on Water Supply of Johore by Singapore Municipality,
Singapore, Methodist Publishing House, 1924.
57
Ruhana Padzil - Analisis Isu Air Singapura-Johor
peningkatan populasi dan pembangunan ekonomi. Justeru itu pihak Jabatan Air,
Public Utilities Board, Singapore (PUB)4 menegaskan strategi baru untuk memastikan
bekalan air Singapura mencukupi untuk menampung keperluan masa depan dan
mengurangkan pergantungan kepada bekalan air Johor. Pergantungan ini dilihat
sebagai liabiliti kepada Singapura kerana ia melibatkan beberapa isu politik yang
menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura tegang.
Bahagian pertama artikel ini akan menyentuh tentang sejarah perbekalan air
Singapura-Johor, manakala bahagian kedua akan menganalisis tentang perbekalan
dan permintaan di Singapura dan memperlihatkan bagaimana PUB, Singapura
mendapat keuntungan daripada penjualan air tersebut.
SEJARAH PERBEKALAN AIR SINGAPURA-JOHOR
Bermula awal abad ke 20, pihak Majlis Perbandaran Singapura (MPS) menyedari
bahawa Singapura akan berdepan dengan masalah bekalan air dalam jangka
panjang kerana permintaan yang tinggi daripada sektor ekonomi dan pelabuhan.
Justeru itu, pihak MPS memutuskan untuk meneruskan usaha dan mendapatkan
kerjasama Kerajaan Johor untuk menambahkan bekalan air di Singapura. Usaha
ini telah dimulakan pada tahun 1910 oleh Robert Pierce dan Stephen G. William
yang mengambil inisiatif mengadakan rundingan dengan Setiausaha Kerajaan Johor
menyelidik sumber air di Lenggiu dan Sisik Bharu.5 Pihak MPS juga menawarkan
kepakaran mereka untuk membangunkan kawasan tadahan air di Gunung Pulai
dan sebahagiannya akan diagihkan kepada Johor mengikut keperluan.6 Rancangan
ini berjalan lebih lancar apabila Johor bersetuju menerima seorang Penasihat British
pada tahun 1914.7 Beberapa ahli komiti MPS telah mengadakan perundingan serta
tinjauan ke beberapa buah kawasan tadahan air Johor. Pembangunan sumber air
ini dijalankan secepat mungkin oleh pihak British dengan melaksanakan kajian khas
untuk membina bentuk penyaluran bekalan air ke Singapura. Projek pembinaan
Tambak Johor juga akan membantu penyaluran sumber air tersebut ke Singapura.
Bermula tahun 1920 pihak MPS telah mengadakan siri perundingan dengan
Kerajaan Johor untuk meneruskan kajian di Gunung Pulai dan Muntahak. Keduadua
pihak bersetuju meneruskan rancangan pembekalan air di Gunung Pulai
kerana kawasan tadahan ini merupakan kawasan yang paling dekat dengan
Singapura. Pencarian seterusnya dijalankan di Muntahak, Panti dan Tengkil.8
Antara kawasan tadahan yang dikenalpasti untuk bekalan sumber air yang
seterusnya ialah Muntahak yang terletak di kawasan Sungai Johor yang dapat
membekalkan sumber yang lebih tinggi daripada Gunong Pulai. Justeru itu pihak
MPS memberi penekanan kepada pembangunan kawasan tadahan air di Muntahak
kerana kawasan tersebut mampu menyelesaikan krisis air Singapura di masa
depan.
Bagaimanapun di peringkat awal, pihak MPS dan Kerajaan Johor bersetuju
kawasan tadahan Gunong Pulai diserahkan kepada Singapura untuk dibangunkan
sumber airnya. Terdapat dua buah sungai iaitu Sungai Pulai II dan Sungai Pulai
III yang mengalir ke bahagian selatan (rujuk Peta 1).9 Lokasi ini berhampiran
dengan Johor Bharu dan mengikut kajian purata air yang dapat dibekalkan ke
Singapura ialah 1.2 juta gelen. Hasil penyelidikan menunjukkan jumlah yang dapat
dibekalkan dari Skim Gunong Pulai melalui siri pertama (lihat jadual 1). Skim ini
dijangka siap pada tahun 1927 dan bernilai $43 juta berbanding dengan Skim
58
Jati, Vol. 12, December 2007
Seletar di Singapura yang hanya bernilai $15 juta. Saluran paip ini akan dibina
dari Gunong Pulai ke Johore Bharu dan dihubungkan di depot yang akan dibina di
Sungei Skudai.10 Melalui saluran paip ini, sumber air tersebut akan melalui Tambak
Johor ke Woodlands dan dibawa ke Kolam Air McRitchie untuk diagihkan kepada
Bandar Singapura. Bekalan ini akan dapat menampung keperluan ekonomi,
pelabuhan dan ketenteraan Singapura. Bagi menjayakan projek tersebut Singapura
bersetuju menyediakan peruntukan awal bagi membangunkan kawasan tersebut.
Namun begitu bayaran tahunan untuk penyelenggaraan akan ditanggung oleh
kedua-dua pihak.
Jadual 1: Jumlah air yang dapat dibekalkan dari Skim Gunong Pulai melalui siri pertama
Kawasan Aliran minimum Kadar aliran Purata
Lokasi Tadahan (Gelen Gelen Simpanan
(ekar) (per hari) (per hari) (Gelen)
Sungei Pulai I 1,500 2.4 juta 0.5 juta 1.2 juta
Sungei Pulai II 0,469 600,000 1.3 juta 1.2 juta
Total 2,019 3 juta 6.3 juta 1.2 juta
Sumber: Singapore Municipality Report. 1922. Johore Scheme. Methodist Publishing
Kedua-dua pihak bersetuju mengeluarkan memorandum persefahaman yang
ditandatangani oleh wakil MPS dan ahli Kerajaan Johor, Ketua Jurutera Johor dan
Presiden Lembaga Pembandaran Johor mengenai persetujuan Kerajaan Johor
perbekalan air ke Singapura. Antara isi kandungan memorandum tersebut ialah;
i) Johor berhak mendapat bekalan pertama sebanyak 500,000 gelen air
bersih sehari bermula pada tahun 1924 dan apabila skim ini siap secara
keseluruhan pada 1928 mereka berhak mendapat sebanyak 800,000
gelen sehari dengan harga 35 sen bagi setiap 1,000 gelen.
ii) Johor akan membantu mengeluarkan modal untuk penyediaan material
kerja-kerja bekalan air.
iii) Kawasan tadahan air di Muntahak akan dijadikan tanah rezab.
Sepanjang 10 tahun tidak dibenarkan sebarang aktiviti pembangunan.
Selepas tahun 1930, pihak MPS perlu memberikan notis dalam tempoh
setahun sekiranya mereka berminat membangunkan kawasan ini.
iv) Sewa tanah di Gunong Pulai ialah 30 sen per ekar untuk 2000 ekar yang
pertama dan $5.00 untuk ekar yang selebihnya yang akan direzabkan.11
Pihak MPS menyatakan kesediaan mereka mempertimbangkan tentang
pembangunan sumber air di kawasan Sungai Johor untuk keperluan masa depan.
Bagi meneruskan membangunkan sumber air ini pihak MPS telah melantik Messrs
Drew & Napier sebagai perunding dan penasihat undang-undang. Setelah melalui
beberapa siri perundingan dan melakukan beberapa pindaan satu draf perjanjian
telah dikeluarkan dan akhirnya pada 5 Disember 1927 Kerajaan Johor yang diwakili
oleh Sultan Johor dan Presiden MPS telah menandatangani perjanjian bekalan air
Singapura- Johor secara rasmi.12
59
Ruhana Padzil - Analisis Isu Air Singapura-Johor
Di antara syarat-syarat perjanjian perbekalan air yang termaktub antara
Kerajaan Johor dan MPS adalah seperti berikut;
1. Perjanjian ini mengesahkan di bawah Enakmen Tanah 1910,
mengizinkan kerja-kerja perbekalan air dengan keluasan tanah 2,100
ekar.
2. Kerajaan Johor memberikan sepenuh kebebasan dan hak ekslusif untuk
menduduki dan menggunakan bagi tujuan yang disebutkan.
Memberikan hak ekslusif dan kebebasan untuk menakung dan
menggunakan air di atas tanah yang disebutkan.
3. Pihak Komisioner Singapura akan membayar Kerajaan Johor sewa
sebanyak 30 sen untuk setiap ekar yang disebutkan bermula pada tahun
1924.
4. Kerajaan Johor selama 21 tahun dari tarikh ini tidak dapat mengubah
sempadan yang ditetapkan dan ia perlu meminta keizinan bertulis
daripada pihak komisioner Singapura.
5. Pihak Komisioner perlu memberikan notis secara bertulis kepada
Kerjaan Johor untuk menggunakan dan menduduki bahagian tanah
yang disebutkan.
6. Kerajaan Johor memberikan jaminan subjek kepada beberapa perjanjian
untuk memberikan hak eksklusif dan kebebasan untuk menakung dan
menggunakan air di atas tanah yang disebutkan.
7. Pihak Komisioner akan membayar Kerajaan Johor setiap sejumlah $5.00
untuk setiap ekar tanahyang dirizab yang terletak dibawah klause 5.
8. Kerajaan Johor memberikan kebenaran kepada pihak komisioner dan
kakitangan dan semua pihak yang disahkan memasuki kawasan rizab
tersebut secara bebas bersama kenderaan dan tidak berkenderaan.
9. Pihak Komisioner akan memasuki dan menggunakan kawasan rizab
tersebut untuk tujuan yang disebutkan iaitu, membina dan
membangunkan kerja-kerja perbekalan air, membina kolam air, tambak,
tangki, saluran paip, membina bangunan jentera dan plant yang
diperlukan
10. Sekiranya berlaku pertelingkahan antara Kerajaan Johor dan pihak
Komisioner tentang pembinaan bangunan maka ia perlu mengikut
mengikut provisi dalam prosiding yang telah disebutkan sebelumnya
yang telah diserahkan kepada Sultan Johor.
11. Johor berhak mendapatkan bekalan air bersih sebanyak 800,000 gelen
sehari.
12. Kerajaan Johor akan membayar sebanyak 25 sen bagi setiap seribu gelen
air yang dibekalkan oleh MPS
13. Perjanjian ini akan tamat 15 tahun dari tarikh ia ditandatangani dan
pihak Komisioner akan menyerahkan seluruh laporan akaun yang
mengandungi capital expenditure income dan outgoings untuk memastikan
sama ada pihak Singapura membuat keuntungan atau tidak daripada
bekalan air Johor tersebut.13
60
Jati, Vol. 12, December 2007
Perbekalan air Singapura-Johor berjalan lancar sehingga berlakunya Perang
Dunia Kedua yang memperlihatkan kemusnahan sistem bekalan air dan kesuraman
ekonomi dan nilai utiliti di Malaya. Pihak British telah mengemaskan semula
rancangan perbekalan air dan memberikan perhatian yang serius di kawasan
pelabuhan dan bandar. Menyedari kepentingan Singapura sebagai pelabuhan
utama dan industri di rantau Asia Tenggara akan tergugat kerana kekurangan air
maka pihak MPS sekali lagi terpaksa meminta bantuan Johor dan pada tahun 1947,
pihak MPS telah ke Johor Bharu untuk merundingkan kerjasama mendapatkan
bekalan air.
Pihak MPS sekali lagi mengadakan kajian di beberapa buah tempat seperti
Tebrau, Kulai, Senai dan Skudai. Kerajaan Johor dan MPS juga telah mengadakan
rundingan untuk menyambung kembali perjanjian 1927.14 Berikutan perisytiharan
darurat tahun 1948, kedua-dua pihak bekerjasama meneruskan perjanjian untuk
meningkatkan keselamatan di kawasan tadahan.
Perkara utama yang disentuh pada peringkat awal ialah berkaitan dengan
kawasan simpan di Lubok Pekan (Sungai Johor) dan perluasan Skim Tebrau.15
Pihak Singapura telah meminta Kerajaan Johor memanjangkan tempoh perjanjian
selama 30 tahun. Beberapa perbincangan telah diadakan dan antara objektif yang
dibincangkan ialah pengagihan bekalan air yang maksimum dengan kadar kos yang
minimum. Pihak MPS berhasrat membangunkan kawasan rizab di Sungai Johor
untuk memenuhi keperluan di kedua-dua negeri tersebut. Mereka menimbangkan
penjanjian yang seterusnya hendaklah meliputi keperluan jangka panjang. Dalam
rundingan yang dijalankan pihak Kerajaan Johor bersetuju untuk menerima royalti
hasil penjualan sumber air tetapi juga menekan untuk mengadakan perjanjian
jangka pendek. Perbincangan ini turut melibatkan hak tanah untuk membina
saluran paip di kawasan tadahan. Pertambahan keperluan sumber air bersih di
Johor juga menyebabkan mereka perlu membangunkan sumber air dengan
kerjasama Singapura. Sekiranya pihak Singapura tidak bersedia untuk
menambahkan jumlah air kepada Johor maka Kerajaan Johor berniat
membangunkan kawasan Tebrau dengan usaha mereka sendiri.16 Tambahan ini
bergantung kepada persetujuan Singapura untuk membekalkan nilai tambahan
dengan harga 18 sen untuk 1,000 gelen dengan pihak Johor mencadangkan
beberapa kawasan seperti yang terdapat dalam jadual seperti yang disediakan
dalam jadual.
Jadual 2: Keluasan kawasan tadahan yang disewa oleh Singapura dan jumlah
sewa tahunan
Kawasan tadahan ekar Sewa per ekar Sewa tahunan
Pulai II dan III 2,100 0.30 sen $630
Pontian Kechil 3,141 $5.00 $15,5705
Pulai I 1,368 $5.00 $6840
Ayer Hitam 9,085 $35,600
Sumber: SSJ/48. New Waterworks Agreement with Singapore Council, 20 September 1955.
Kerajaan Johor menunjukkan persetujuan dengan menetapkan beberapa syarat.
Antara syarat tersebut ialah dalam jangka panjang pihak Johor berhak
61
Ruhana Padzil - Analisis Isu Air Singapura-Johor
mendapatkan bekalan sebanyak 4 juta gelen sehari. Bermula tahun 1948 sebanyak
2 juta gelen akan dibeli, meningkat kepada 3 juta gelen selepas tahun 1955 dan 4
juta gelen selepas tahun 1960. Walau bagaimanapun permintaan ini tidak dapat
dipenuhi oleh pihak Singapura.
Bekalan air bersih yang akan dibeli dari Singapura tetap dikenakan pada
kadar bayaran sebanyak 25 sen untuk 1000 gelen. Bekalan ini akan disalurkan ke
kawasan seperti Skudai, Senai, Kulai, Tampoi dan Ayer Molek.17 Persetujuan
Singapura untuk memajukan skim ini akan membantu Johor mengatasi masalah
perbekalan air di negeri tersebut. Setelah Kota Singapura diiktiraf sebagai
bandaraya pada tahun 1950, pihak MPS telah ditukar kepada Singapore City Council
(SCC). Pihak SCC telah meneruskan penyelidikan dengan menubuhkan Public
Utilities Board (PUB) untuk mengendalikan isu berkaitan dengan perbekalan air di
Singapura.18
Perundingan ini diteruskan sehingga sebelum pembentukan Malaysia
dirasmikan. Pada tahun 1961 Johor dan Singapura sekali lagi menandatangani
bekalan air bagi menggantikan Perjanjian 1927 secara rasmi. Perjanjian bekalan air
yang baru ini dibuat ini dikategorikan kepada dua perjanjian yang berasingan.
Perjanjian pertama adalah perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1961 iaitu
Perjanjian Gunong Pulai yang akan tamat pada 2011. Perjanjian air 1961
menyatakan Singapura berhak mengambil sebanyak 86 juta gelen sehari (mgd)
daripada Pontian dan Gunong Pulai, Tebrau dan Sungai Skudai. Manakala
perjanjian kedua, yang melibatkan kawasan tadahan Sungai Johor ditandatangani
pada tahun 1962 akan tamat pada tahun 2061. Perjanjian ini menyatakan Singapura
berhak mengambil 250 juta gelen sehari (mgd) daripada Sungai Johor. Secara total
perjanjian-perjanjian ini mengizinkan Singapura menyalurkan air ke Singapura
sebanyak 336 juta gelen sehari mgd).19 Perjanjian bekalan Air 1927 secara mutlak
terbatal dengan perjanjian baru ini. Dalam perjanjian menyebutkan Lembaga
Elektrik Johor akan membekalkan sumber tenaga kepada projek bekalan air baru
ini. Secara ringkasnya perjanjian 1962 ini menyebutkan;
1. Jumlah maksimum air yang akan disalurkan ialah sebanyak 250 mgd.
2. Hak menggunakan Sungai Johor akan dilindungi.
3. Singapura akan membayar 3 sen untuk 1000 gelen.
4. Lembaga Elektrik Johor akan membekalkan sumber tenaga
5. Jabatan Saliran dan Perparitan bertanggungjawab dan memainkan
peranan dalam memantau paras sungai dan membuat pengiraan ke atas
sebarang penyaluran air ke Singapura.20
Kedua-dua perjanjian bekalan ini juga tercatat di bawah 1965 Separation
Act antara Singapura dan Malaysia. Perjanjian ini menjelaskan Singapura akan
membeli sumber air dari Kerajaan Johor sebanyak 3 sen (RM0.03) untuk setiap 1,000
gelen.21 Manakala Johor akan membayar Singapura sebanyak 50 sen (RM0.50)
untuk setiap 1,000 gelen sumber air yang dirawat. Kedua-dua provisi ini
menyatakan keperluan Kerajaan Johor untuk menyemak semula harga air dalam
25 tahun sekali.22 Harga air ini boleh disemak selari mengikut nilai mata wang,
kos buruh, kos tenaga dan material yang digunakan untuk perbekalan air.23
Malaysia bagaimanapun tidak pernah menyemak kadar air dalam tahun 1986 dan
62
Jati, Vol. 12, December 2007
1987 kerana mempertimbangkan kedudukan kewangan dan ekonomi ketika itu. Pada
Jun 1988, satu memorandum persefahaman antara Malaysia dan Singapura telah
ditandatangani bagi membincangkan isu bekalan gas dan air oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Lee Kuan Yew untuk memberikan
Singapura hak membina kolam air bagi mendapatkan bekalan tambahan untuk 100
tahun lagi.24 Perbincangan bagi menaikkan harga air terus berlangsung di mana
Kerajaan Malaysia telah mencadangkan satu formula harga baru bagaimanapun
pihak Singapura tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan memerlukan masa
mengkaji formula tersebut sebelum bersetuju dengan harga lain yang ditetapkan oleh
Kerajaan Malaysia.
Walau bagaimanapun perundingan ini mula tegang apabila pengerusi PUB
Johor, Adam Hamid membuat kenyataan bahawa Singapura mendapat keuntungan
daripada penjualan air Johor, terutama untuk kegunaan sektor pelabuhan dan
industri negara tersebut.25 Perbincangan air ini diburukkan lagi dengan munculnya
beberapa isu lain seperti isu penggunaan ruang udara Malaysia oleh pihak tentera
udara Singapura, pengeluaran CPF penduduk Malaysia, lokasi, imegresen dan
fasiliti kastam Malaysia, pembangunan Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan
pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor.
Pihak Singapura membuat kenyataan balas bahawa mereka hanya berminat
untuk berunding isu harga air mentah dan air bersih yang terkini dan
mempersoalkan sama ada Malaysia akan meneruskan perjanjian air selepas tahun
2061. Ketika ini juga pihak Kerajaan Malaysia menegaskan mereka mahu
menaikkan harga air mentah yang dijual kepada Singapura iaitu daripada RM0.60
naik kepada RM7.40/4.56m3.26 Sementara itu cadangan Singapura bagi
menetapkan harga baru ialah sebanyak RM0.12/4.546m3.27 Perundingan mengenai
perbekalan air masih diteruskan dan Kerajaan Malaysia mula menyemak semula
harga air mengikut perjanjian 1961 dan 1962. Secara rasminya Singapura meminta
bekalan air mentah ditambah sebanyak 14 juta gelen sehari atau 350 juta gelen
sehari, manakala air yang telah dirawat akan dibekalkan oleh Johor dan Pahang
sebanyak 400 juta gelen sehari bagi memenuhi permintaan sebanyak 950 juta gelen
sehari bagi 60 tahun akan datang.
Walau bagaimanapun Malaysia bersetuju untuk membekalkan sebanyak 250
juta gelen sehari sahaja dan mencadangkan Singapura mencari sumber tambahan
dari Indonesia.28 Perundingan ini terus berlangsung sehingga tahun 2003,
bagaimanapun isu ini terhenti beberapa ketika tanpa kedua-dua negara mencapai
kata putus tentang harga baru air tersebut, dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan
oleh kedua-dua kerajaan hingga kini.
AIR SEBAGAI KOMODITI EKONOMI
Sungguhpun Singapura merupakan negara yang mencapai GDP per kapita yang
tertinggi di Asia Tenggara namun kekurangan sumber alam terutamanya air
menyebabkan negara tesebut menghadapi water stressed. Bekalan air menjadi isu
keselamatan di Singapura kerana ia bukan saja untuk kegunaan domestik tetapi
juga mengekalkan kedudukan sebagai negara industri dan pelabuhan penting di
Asia Tenggara. Semenjak tahun 1965, pihak PUB Singapura telah mengingatkan
kerajaan Singapura dengan permasalahan ini dan pentingnya mereka mencari
tambahan bekalan air dari sumber lain.
63
Ruhana Padzil - Analisis Isu Air Singapura-Johor
Pihak PUB telah menjalankan kerja-kerja yang ekstensif untuk mendapat
perbekalan tambahan termasuk membesarkan kolam air dan membina kolam air
baru. Sehingga hari ini pulau Singapura mempunyai 9 buah kolam air termasuk
Kolam Air Pontian/Gunong Pulai dan Linggui di Johor. Untuk memastikan bekalan
air mencukupi pihak PUB turut merawat air yang telah diguna atau wastewater.
Awal tahun 2000, industri air Singapura menunjukkan 2% air ini dibekalkan kepada
semua sektor dan dalam tahun 2002, 480 juta gelen wastewater telah dirawat semula.
Sumber air ini diproses di Jurong Water Reclamation Plant dan PUB telah melabur
dalam teknologi pemprosesan sumber air untuk merawat air ini dan menjualnya
dengan harga yang lebih rendah. Selain itu PUB turut menggunakan proses
desalination dan memperkenalkan NEWater untuk membekalkan jumlah tambahan
kepada semua sektor.29
Untuk menjayakan industri air di Singapura, pihak PUB telah membuat
strategi untuk mengadakan perjanjian air setelah terlibat dalam pembangunan
bersama tertamanya pembangunan tiga segi Singapura-Johor-Riau (SIJORI) yang
membentuk inter-state interdependence.30 Dalam perjanjian antara Singapura dan
Wilayah Riau yang ditandatangani pada tahun 1990 menyebutkan bahawa:
“on economic co-operation in the framework of the development of Riau
include cooperation over issues like trade, tourism, investment, infrastructural
and spatial development and cooperate on the sourcing, supply and
distribution of water to Singapore.”31
Bagi mengawasi permintaan air di pulau tersebut, Singapura telah
melaksanakan beberapa program untuk mengurangkan penggunaan air dan
memastikan pengguna sedar bahawa air bersih merupakan sesuatu yang bernilai
dan perlu dihargai oleh penduduk. Pelan ini termasuk mengadakan latihan,
pendidikan dan publisiti tentang memulihara air, menggalakkan pengitaran semula
air yang tidak boleh diminum seperti air yang digunakan untuk sektor industri,
air laut. Usaha ini diwujudkan melalui kempen menjimatkan air, memberikan
intensif fiskal seperti pemotongan cukai sebagai insentif menyekat pembaziran,
cukai penjimatan air ini berasaskan kepada jumlah air yang digunakan dan denda
di atas setiap pembaziran dan salahguna air. Selain itu harga air untuk kegunaan
domestik juga akan dinaikkan kepada pengguna yang mengguna air lebih daripada
40m/bulan. Singapura menetapkan pengawalan undang-undang dan pentadbiran
dengan melantik water auditor untuk memeriksa jumlah air yang digunakan untuk
sektor industri, domestik dan ekonomi.32
PERMINTAAN DAN PERBEKALAN AIR SINGAPURA
Mengikut kajian yang dibuat oleh Diane Siegal33 permintaan air di Singapura
berasas kepada pertama; pertumbuhan populasi dan pertumbuhan penggunaan per
kapita dan kedua; berasaskan jumlah penjualan air ke semua sektor. Melalui data
statistik yang diberikan oleh PUB Singapura, menunjukkan terdapat perbezaan
anggaran jumlah penggunaan air di Singapura. Antara anggaran penggunaan setiap
hari ialah 1.2-1.4 juta m3 atau 242.2 hingga 300 juta gelen sehari. Jumlah permintaan
di Singapura (berasaskan pertumbuhan penduduk) adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3. Ia menjelaskan bahawa pertumbuhan kadar populasi
64
Jati, Vol. 12, December 2007
di Singapura hari ini amat bergantung kepada polisi kerajaan Singapura dan kadar
pertumbuhan ekonomi Singapura. Dalam kes Singapura, jumlah penduduknya
terdiri daripada penduduk sementara dan penduduk tetap dan kedua-dua
kumpulan ini harus diambilkira sebagai golongan terbesar pengguna air di pulau
tersebut. Perbezaan permintaan air daripada kumpulan ini telah diambilkira
sebagai punca permintaan air semakin bertambah dan diramalkan sentiasa
meningkat.34 Bagaimanapun tidak ada kes yang menunjukkan berlaku peningkatan
secara drastik terhadap permintaan air di Singapura.
Jadual 3: Permintaan Air Berasaskan Pertumbuhan Penduduk
Tahun Permintaan Air (m3/kapita/year)
1993 129
1994 135
1995 135
1996 138
1997 142
1998 114
1999 113
2000 113
2001 110
2002 110
Sumber: Laporan Tahunan PUB, 2002.
Sementara, kumpulan penyelidik Asia-Europe Institute (AEI- Dato’ Shaharil Talib,
Ruhana Padzil dan Tuah Yusoff), Universiti Malaya pada tahun 2003 telah
menganalisis jumlah permintaan dan jumlah bekalan air Singapura dari tahun 1917-
2000 untuk melihat financial costing yang tanggung dan diperolehi oleh Singapura.
Jumlah permintaan dan perbekalan air di Singapura bukan sahaja dianalisis melalui
peningkatan jumlah penduduk tetapi melalui peningkatan sektor komersial,
industri, perkhidmatan, permintaan air dari Johor dan sebagainya. Melalui analisis
permintaaan dan perbekalan ini pihak penyelidik mendapati pihak Singapura telah
menjana keuntungan melalui permintaan dan perbekalan air ke sektor-sektor
tersebut. Kajian ini dibuat dengan menganalisis data-data permintaan dan
perbekalan yang diperolehi daripada laporan tahunan PUB Singapura bermula
pada tahun 1917-2000. Oleh kerana terdapat beberapa data yang tidak disertakan
dalam laporan tahunan PUB yang terkini, maka pihak penyelidik mengambil
keputusan menggunakan analisis permintaan dan bekalan air Singapura pada
tahun 1959 sebagai asas pengiraan untuk melihat keuntungan bersih hasil daripada
perbekalan air ini sahaja. Melalui pembelian air mentah daripada Johor pada harga
RM0.03/4.546m3 (RM0.03/1000 gelen) Singapura telah memperolehi keuntungan.
Jumlah ini berasaskan kapasiti perjanjian air Malaysia–Singapura yang
ditandatangani secara rasmi pada tahun 1961 dan 1962 yang menetapkan bekalan
65
Ruhana Padzil - Analisis Isu Air Singapura-Johor
air Johor ke Singapura ialah 336 juta gelen sehari air. Manakala Singapura menjual
semula bekalan air bersih dengan harga RM0.50/546m3 (RM0.50/1000 gelen)
kepada Johor. Melalui sebut harga daripada perjanjian-perjanjian tersebut kaedah
pengiraan untuk melihat keuntungan PUB dapat dijelaskan seperti berikut.
Berasaskan data penjualan air 1962 (penjualan air bersih) pengiraan dibuat seperti
berikut.
Jadual 4: Hasil Pendapatan PUB berasaskan data tahun 1962, Social Costing vs
Financial Costing
Jumlah keseluruhan unit penjualan
air bersih dari Singapura 24 juta gelen
(1000 gelen per unit)
Jumlah Keuntungan komersial SD$2.7 juta
Bekalan Singapura ke Johor
(1000 gelen per unit) RM$7.8
Johore Social Cost $0.03 *16.2 juta gelen= $0.486 juta
Keuntungan Singapura daripada (2.7 juta/24 juta) *
sudut pandangan financial costing 16.2 juta = $1.8225 juta, atau 67.50%
berasaskan bekalan air yang daripada jumlah keuntungan
diterima daripada Johor komersial PUB Singapura.
Sumber: Handbook for the Economic Analysis of Water Supply Projects
Dengan menggunakan analisis hasil dan data statistik penjualan dan perbekalan
air, perbandingan social costing dan financial costing (penjualan air mentah dari Johor
dinilai sebagai social costing dan financial costing merujuk kepada hasil tahunan
projek air, kos projek, keuntungan tahunan dan nilai terkini) telah dibuat seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Analisis ini bermula dari tahun 1917-2000 analisis
data yang dikumpulkan juga menunjukkan bahawa Singapura telah memperolehi
keuntungan bersih daripada penjualan sumber airnya ke sektor-sektor penting
seperti sektor komersial dan industri, sektor domestik dan sebagainya. Jadual ini
menunjukkan financial costing perbekalan air Singapura dengan menganalisa kos
pembelian air dan hasil yang diperolehi oleh PUB daripada setiap 1000 gelen air.
Graf berwarna merah menunjukkan kos pembelian air Singapura antara tahun 1917
sehingga tahun 2000, manakala graf berwarna biru hasil daripada penjualan air
ke sektor-sektor tertentu. Dalam jadual 5 turut menunjukkan graf kedua yang
mewakili jumlah air yang dijual dan menunjukkan keuntungan yang diperolehi
oleh PUB Singapura seperti yang ditunjukkan dalam graf berwarna ungu. Pada
peringkat permulaan di antara tahun 1917-1959 menunjukkan kos pembelian dan
pembangunan perbekalan air Singapura tidak menunjukkan perubahan tetapi
bermula tahun 1961, terdapat peningkatan keuntungan daripada penjualan air PUB.
Peningkatan keuntungan ini berterusan daripada tahun 1961 sehingga 2000.
66
Jati, Vol. 12, December 2007
Rajah 1: Perbandingan kos/hasil perbekalan air dengan Jumlah perbekalan air
dan Keuntungan
Sumber: Koleksi Laporan Tahunan PUB Singapura, 1950-2000.
Pada masa yang sama perkembangan sektor industri dan permintaan yang semakin
meningkat dan pengalaman krisis air pada tahun 1951 dan tahun 1959, pihak PUB
menyedari sebagai sebuah negara kecil dan kawasan tadahan air yang terhad,
Singapura akan berdepan dengan masalah kekurangan air yang berterusan
sekiranya tidak mencari bekalan alternatif. Semenjak tahun 1965, pihak Jabatan
Perbekalan Air, PUB telah bertindak menambah jumlah kolam air untuk
menyediakan penduduk, sektor industri, pelabuhan dan komersial dengan bekalan
air yang mencukupi selain daripada 50% diperolehi dari kawasan tadahan di Johor.
PUB juga telah memperluaskan kolam tadahan seperti Kolam Air Choa Chu Kang,
Woodleigh dan Bukit Timah (lihat Rajah 1). PUB juga telah mengenakan harga yang
tinggi untuk sektor perkapalan dan sektor industri di Singapura. Bagaimanapun
krisis air dan kenaikan harga akhirnya telah memberi impak kepada ekonomi dan
penduduk di Singapura. Pada tahun 1972 kerajaan Singapura telah mempergiatkan
67
Ruhana Padzil - Analisis Isu Air Singapura-Johor
kempen jimatkan air secara besar-besaran. Melalui rajah 1, memperlihatkan usaha
mempergiatkan usaha meningkatkan bekalan air daripada Johor Waterworks bermula
pada tahun 1981, 1987, 1989, 1992, 1994 dan 2001. Aktiviti ini sah diteruskan
sehingga Perjanjian Gunung Pulai tamat pada 2011 dan Sungei Johor pada tahun
2061.35 Sehingga kini sebanyak 680,000m3 perbekalan air Singapura diambil melalui
kawasan tadahan di sekitar kota Singapura.36 Bagi menampung permintaan yang
semakin tinggi pihak PUB telah menggunakan pelbagai kaedah untuk membantu
krisis perbekalan air di Singapura. Pihak PUB telah memperkenalkan beberapa
kaedah seperti kaedah desalinasi, recycling plant dan yang terbaru menggunakan
NEWater sebagai sumber terbaru. NEWater merupakan mengitar semula air yang
telah digunakan setelah melalui beberapa proses penapisan rawatan yang intensif.
Daripada data-data yang diambil dan dianalisis daripada laporan tahunan PUB
Kerajaan Singapura meneruskan pencarian sumber air dan sehingga kini pihak
Singapura masih berbincang untuk membeli air dari Indonesia untuk menampung
keperluan sektor komersial, industri, perkapalan dan domestik yang akan datang.
Jadual 6 menunjukkan anggaran yang diperlukan oleh pihak Singapura bagi
memenuhi permintaan perbekalan air negara tersebut sehingga tahun 2020.
Penggunaan air di Singapura menunjukkan jumlah yang semakin meningkat
Melalui rajah 1 (analisis ini diambil melalui usaha berterusan melalui koleksi
data laporan tahunan PUB Singapura tahun 1917-2000) memperlihatkan peristiwaperistiwa
penting yang berlaku dalam perkembangan perbekalan air di Singapura.
Terdapat empat peristiwa krisis air di Singapura yang menyebabkan pihak berwajib
Singapura merancang dengan teliti supaya Singapura tidak berhadapan dengan
masalah air di masa hadapan. Bermula tahun 1980 sehingga 2001, kerja-kerja
perluasan bekalan air banyak dijalankan di kawasan tadahan Johor.
Rajah 2: Ramalan Permintaan dan Perbekalan Penggunaan
Harian Air di Singapura
Koleksi Laporan Tahunan PUB Singapura, 1950-2000
68
Jati, Vol. 12, December 2007
KESIMPULAN
Daripada analisis yang dibuat dengan mengumpul dan membandingkan jumlah
pembelian, permintaan dan perbekalan menunjukkan bahawa PUB Singapura telah
berjaya menjadikan sektor perbekalan air sebagai sektor yang penting serta
mempunyai nilai ekonomi dan memberikan pendapatan yang penting kepada PUB.
Pengalaman dan mempunyai kawasan tadahan yang terhad menyebabkan
Singapura sehingga kini meneruskan bekalan alternatif bagi menampung keperluan
mereka. Sehingga kini walaupun isu harga air Malaysia dan Singapura masih belum
mencapai kata putus, Singapura jelas memberikan tumpuan untuk membangunkan
projek bekalan airnya di mana mereka telah berjaya meningkatkan penggunaan
bekalan air tempatan sebanyak 680,000m3 daripada sumber yang ada di pulau
tersebut. Singapura juga telah memperkenalkan dan mengeluarkan sumber air baru
yang dikenali sebagai NEWater. Prospek penggunaan air NEWater sebagai air
minuman dan juga untuk kegunaan industri telah berjaya meningkatkan sumber
air sendiri tanpa terlalu bergantung daripada sumber luar. NEWater dijangka
menampung 20% keperluan air Singapura sehingga tahun 2010. Walaupun proses
air NeWater memerlukan modal yang lebih tinggi namun dengan bantuan teknologi
baru akan membantu kos pemprosesan NEWater dalam jangka panjang. Selain itu,
pencarian sumber air tambahan masih diteruskan ke Riau dan Sumatera, Indonesia.
Manakala isu bekalan air antara Malaysia dan Singapura mungkin akan berlanjutan
dan ini membimbangkan Singapura kerana dalam jangka panjang ia boleh menjadi
isu kritikal sekiranya tidak diselesaikan dengan baik.
NOTA HUJUNG
1 Salvo Creaco, “Water Resources Planning: the Italian Experience,” XIII International
Economic History Congress Buenos Aires, 22-26 July 2002.
2 Diane Siegal, Singapore’s Water Trade with Malaysia and Alternatives, (Harvard University:
John F. Kennedy School of Government), p. 7.
3 www.pub.gov.sg.
4 PUB merupakan agensi yang terlibat sepenuhnya dalam menguruskan perbekalan dan
sumber air di Singapura seperti mengintergrasikan sumber air termasuk penyediaan kolam
air, sistem pengaliran, waterworks, sungai dan penambakan.
5 CO 273/522. Admiralty to Colonial Office, 3 Mei 1923. ff. 111-21.
6 CLMJ 2465/20. Water Supply for Johore and Singapore, General Adviser, Johore, 20
September 1920.
7 Eunice Thio, “British Policy Towards Johore”, JMBRAS. 90: 1. hal. 29.
8 Stephen G. Williams, Singapore Municipality: Johore Scheme, (Methodist Publishing House).
9 Ibid.
10 Ibid.
11 GAJ 677/20, Water Supply from Johore, H. Harriot (GA) kpd. State Secretary, Johore, 17
Januari 1921.
69
Ruhana Padzil - Analisis Isu Air Singapura-Johor
12 GAJ 67/21, Water Supply from Johore, Water Engineer Department, Singapore, 21 Julai
1921.
13 GAJ 764/23. Agreement as to Water Rights at Gunong Pulai, His Highness the Sultan
and Sovereign Ruler of the State and Territories of Johore and The Municipal Commissioners
of the Town Singapore, 5 Disember 1927.
14 SSJ 8/48, New waterworks Agreement with Singapore City Council, 20 September 1955
15 Ibid.
16 CLMJ 318/48, Water Supply from Kulai, Senai, and Skudai. 1948.
17 Ibid.
18 Report of Waterworks Extension, City Council of Singapore, (Government Printing Office
Singapore 1955).
19 JON 017C/324, Water Agreements, 29 Februari 1964, Loan Agreement (Johor River
Waterworks Project) between International Bank for re-construction and Development and
PUB Singapore.
20 Ibid.
21 Section 16 (i) of the 1961 and Section 13 (1) of the 1962 Agreement.
22 Section 17 of the 1961, and Section 14 of the 1962 Agreement.
23 Ibid.
24 Lee Poh Onn, The Water Issue Between Singapore and Malaysia. Economic and Finance, 1,
(Singapore: ISEAS, 2003).
25 Straits Times, 21 March 2002.
26 Straits Times, 24 Oktober 2002.
27 Lee Poh Onn, The water issue.
28 Laporan Institut Pertahanan dan Strategik Singapura, 2002.
299 Diane Segal, Singapore’s Trade with Malaysia and Alternatives, (Harvard University: John
F. Kennedy School of Government, 2004).
30 Treaties Supplement No. 1. 1990. Agreement between the Government of the Public of
Singapore and the Government of Indonesia on Economic Co-operation in the Framework
of the Development of Riau Province. Governt Gazzette. Singapore.
31 Ibid.
32 Laporan PUB, 2002.
33 Ibid.
34 Ibid.
35 Koleksi Laporan Tahunan PUB Singapura, 1917-2000.
36 Lee Poh Onn, The water issue.

Article Details

How to Cite
PADZIL, Ruhana. An Analysis on Johor-Singapore Water Issue: Supply and Demand. JATI - JOURNAL OF SOUTHEAST ASIAN STUDIES, [S.l.], v. 12, p. 55-69, dec. 2007. ISSN 2600-8653. Available at: <http://jati.um.edu.my/index.php/jati/article/view/5759>. Date accessed: 21 aug. 2018.
Section
Abstract